.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, August 13, 2012

24 Ramadhan kali ini....

Hari ini, 24 Ramadhan, setahun yang lalu, 1.40 pagi arwah umi menghembuskan nafas terakhir dipangkuan anak keduanya. Alhamdulillah, besar jiwa anak itu kala terpilih antara lapan beradik dan juga bapa kesayangan menjadi insan terakhir yang memeluk dan mengajarkan kalimah syahadah dan lafaz istighfar buat bonda tercinta. 


Hari ini, mengimbas kembali saat-saat 24 Ramadhan yang lalu, sebaknya hati tak terkira. Beberapa hari selepas arwah umi dipanggil mengadap Illahi, anak itu tak lalu makan, tak lalu minum. Sahur dan berbuka cuma air mata. Dan suatu malam, dia bermimpi, arwah umi datang menarik tangannya dan menyuapkannya nasi. Allah, rindu itu terlalu hebat. Terlalu mencengkam jiwa. 


Dan hari ini, anak itu masih terasa hangatnya kasih bonda. Terlalu rindu untuk mengadu tiap langkah yang terpahat dalam hidup. Kerana itulah lazim seorang anak kedua itu. Menelefon umi setiap malam bila berjauhan sekadar untuk berkongsi rasa. 


Namun, syukur, umi selalu hadir dalam mimpi. Bersama dengan peluk hangat dan lembut ucapnya...  Seperti hari-hari dulu.


Umi, walau kita terpisah oleh satu garis waktu. Terpisah oleh alam kehidupan yang berbza, kasih kita tetap bersatu. Di dunia dan di akhirat. Pintaku pada Ya Rabbi, satukanlah kami sekeluarga di akhirat kelak. Agar dapat kerinduan ini terubat. 

Umi, walau nanti kami bakal mendapat mama baru. Walau nanti abah akan mendapat isteri baru. Walau nanti adik-adik umi bakal mendapat kakak baru. Walau nanti Darwisy akan mendapat Tok Ma baru.... 

Hebatnya umi di mata, di hati dan dalam kenangan kami takkan dapat diganti oleh sesiapa. 

Semoga roh umi sentiasa dicucuri rahmat, dijauhkan dari azab kubur, diluaskan ruang di dalam sana dan sentiasa disinari Nur Illahi. InsyaALLAH. Alfatihah untuk umi.

Dan anak kedua itu adalah aku. 

Alhamdulillah ya ALLAH atas segala rahmah dan nikmat kurniaanMu. 


Tercapai juga hasrat untuk menyarungkan umi dengan jubah konvo
 KONVO IJAZAH SARJANA MUDA 2009 
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Bersama abah dan umi

Saat usai majlis pertunangan anak kedua - 25 Disember 2010

Di majlis resepsi adinda umi di sebelah pihak lelaki di Gemenecheh

Dengan si baju purple

Umi dengan anak bongsu si drama queen

With the bride and groom
Last words, 

              U M I, I  L O V E   A N D   M I S S  Y O U

No comments: