.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, August 6, 2012

3D 2N updates

Dah dua minggu tak dapat berpuasa dengan suami. Dan kali ni, Pahang bercuti Nuzul Quran pada hari Isnin. So, we decided to stay at Mersing for 2 nites for the mission of hunting baju raya... 


Hari Sabtu masih lagi berbuka puasa sorang diri dalam bilik hotel. Nasib baik Aglio E'Olio spiral pasta yang aku goreng pukul 4 pagi masih lagi tak basi. So, makan separuh, and separuh lagi simpan untuk hubby. Dan aku bawakkan juga dadih mangga. Gigih bekukan dalam freezer dan balut tebal2 dengan surat khabar. Dan akhirnya, masa suami makan pukul 8.30 malam pun still sejuk lagi. 


Esoknya, zasss terus ke Kota Tinggi memburu baju raya. Mr. Polaris dah bagi warning, "Walau macamana sekali pun, kena settle kan semua baju hari ni. Lepas ni memang dah takde masa dah."

Ye la, minggu ni je ada masa. Lagi dua minggu, Mr. Polaris and his bro will just pick me up at Mersing and zass, terus balik kampung. No more shopping. Sobsss~

Nasib baik dapat settlekan within less than 3 hours kot.. So, here you are;

RM530 in one go!
Hmmm, dapat grab 5 pasang baju kurung kain cotton viscose yang dah siap, sepasang jubah dan sepasang baju kurung moden with beads detailes for RM 530, aku rasa macam murah. Tapi tak tau la kot orang lain dapat lagi murah dari ni.. Kalau bukan sebab orang penuh bersesak-sesak dalam Plaza Kota Tinggi tu, aku rasa, lagi rambang mata kot nak memilih baju. 

Tapi 7 pasang tu bukan untuk aku semua. Giler raya sakan ngalahkan budak-budak baru belajar pose kalau macam ni punya banyak bajunya... Aku punya dua je. Yang lain untuk nenek, mertua, adik ipar, adik2... 

So, 


  1. Baju raya (Done)
  2. Duit raya (Done)
  3. Tudung D'haja raya (Done)
  4. Duit raya, new notes (Done)
  5. Biskut raya (Done) ~ Harus la done sbb biskut tunjuk2 je.Tapi sebab nak tunjuk2 and bayar duit tu memerlukan sedikit usaha, kena tanda done jugak.

Tinggal lagi hujung minggu depan, Mr. Polaris akan gi borong kerepek super sedaps kat Balakong and cari kemeja dia untuk wedding abah. Lepas tu dah tak de pape dah kot. Balik kampung nanti tinggal lagi nak settle kan hidangan untuk hari raya dan baju anak sedara the one and only tu. Kasut raya dah tak beli dah kot. Sebab rasa nak pakai wedges favourite yang dah lama tu je. 

Hmm, balik dari Kota Tinggi, singgah bazar ramadhan Mersing. First time okeh jejak bazar ramadhan tahun ni. Kesian kan sebab kat Tioman tak de bazar ramadhan. 

Gigih aku heret Mr. Polaris tawaf bazar dari Pasaraya Tunas Manja hingga ke hujung Pasaraya BS. Sape orang Mersing tau la panjang mana bazar ramadhan tu. Tapi berbaloi okey sebab gerai paling hujung adalah Ayam Penyet Arif Cafe. Terus beli sebungkus. Sambal mintak extra. Hehe.. 

Alhamdulillah, walaupun tak dapat beli McD and Domino's Pizza kat Kota Tinggi, ALLAH bagi aku berbuka dengan hidangan yang lebih sedap.Tak de gambar sebab masa tengah bukak pose aku bangun nak ambil kamera, kena marah dengan laki. Hehehe... 

Dan tadi, masa pergi beli barang dapur kat Tunas Manja, dah nampak dah restoran Arif Cafe. Maknanya kalau bukan bulan ramadhan, kat situ la akan ada ayam penyet sedap tu.. So, next time bila keluar Mersing, wajib nak makan ayam penyet! Sedap sangat hoiii.... Lagi sedap dari Wong Solo kot. Ayam Penyet API memang out of list. Hehe.. 

So, the 2nd dating in ramadhan updates end here. Wassalam.. 

from Masjid Jamek Mersing

No comments: