.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, August 9, 2012

Betul-betul makan sampai muntah kali ni...

Malam tadi beriftar di Berjaya Resort and Spa. Sebab dah booking, dapat RM 40 per head saje. Kalau walk in RM 70 hoiiii.... Kali ni pergi bersama 10 colleagues. 11 including me. And 2 babies. 

Malam ni tema hidangan adalah western. Macam-macam ada. Tapi agak pelik di situ sebab dia hidang nasi goreng as carbs portion instead of pasta. Tapi takpe, aku tengok ramai je mat saleh yang dok beratur cedok nasik goreng tu. Macam biasa ada jugak lamb chop, seafood and so on. 

First round aku belasah nasik goreng. Dengar kawan-kawan cakap lamb dia sedap. Ingat nak try. Tapi bila aku buka lid dulang hidangan tu, perghhh bau kambing hidup-hidup, terus kensel! Aku makan je kambing. Tapi yang takde bau kambing, takde rasa kambing. 

Second round makan grilled seafood. Squids and crab. Tapi crab sempat makan sebelah je sebab lagi sebelah tu aku nak sambung makan lepas solat maghrib, tengok dah ada telur lalat. Ye, ada lalat berterbangan di situ masa tu. 

Beef kebab pun sedap jugak. Dan sate dia pun sangat sedap. Tapi sebab masa tu aku dah bukak butang jeans, memang takleh masuk apa dah dalam mulut. Dan ended up, bila berjalan nak balik, terpaksa masuk toilet sebab seriously aku rasa nak muntah. Dan memang muntah pun... 

Perut terkejut kot... 

Balik rumah, rehat-rehat dulu. Pukul 11 malam kot baru boleh solat. Kalau tak, confirm masa sujud aku muntah lagi. Dan siap solat, jalan pelan-pelan pergi ampai baju. Pastu rehat-rehat tengok tv sambil minum air limau kasturi panas. Pukul 12 malam baru perut rasa normal. Pergghhh, rasa kenyang sampai minggu depan... 

Dan pagi ni pun ada lagi rasa nak muntah tu. Serious kesian kat perut. 


Bila mengadu kat Mr. Polaris, dia jawab, "Sebab tu abang tak nak makan buffet iftar kat hotel. Membazir."

Hmm, baiklah. 

No comments: