.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 8, 2012

Hari-hari terakhir

Hari ni dah 19 Syawal 1433. Sesi persekolahan sebelum syawal menjelang tinggal lagi 6 hari. Alhamdulillah, hari Jumaat minggu depan dapat cuti berganti. Tapi hari Khamis tu aku kena ambil CRK jugak. Sebenarnya dah apply CRK untuk hari Jumaat, tapi dah dapat cuti, ingat nak tukar ke hari Khamis. Sebabnya last trip feri dari Tioman ke Mersing hari Khamis tu sampai pukul 11 pagi je. Aku ada 2 periods lagi lepas rehat tu. Last class akan berakhir pada pukul 1.40. Tak sempattt...  So, kena apply CRK jugak. 

Hari-hari terakhir ni, mula la rasa jasad je yang melayang-layang kat sekolah ni. Nak mengajar beria pun rasa malas. Tapi nasib baik semua syllabus dah habis cover. Tinggal lagi nak buat revision sebab minggu depan students exam. Nasib baik PPD Rompin bagus sebab nak student Form 1 pun sit for exam instead of PBS tu. 

So, lepas cuti raya ni la aku memang kena pulun PBS habis-habisan. Banyak pulak nak kena buat kerja sebab instrument aku buat hari tu, salah. Sebab aku tak pergi pun kursus tu. Lepas tu pulak, cikgu yang pergi kursus tu untuk subjek KHB dah pun berpindah. So, aku belasah je la buat ikut pemahaman sendiri. Tapi bila dah implement, aku ada rasa gak macam aneh je... Lepas consult dengan kawan kat luar, memang salah pun.. So, sila buat yang baru dan bazirkan kertas sekolah. Haisy!

Hmm, tak sabar betul nak balik kampung. Dah lama tak balik kampung. Aku siap dah mintak izin dengan Mr. Polaris nak ajak adik bongsu aku tido sama-sama dengan kami. Hehe. Rindu 'Aleya. Ye la, nak tinggalkan Mr. Polaris dan aku tido dengan 'Aleya, rasa kejams. So, kita ajak je 'Aleya tido sama-sama. Dah lama tak tido peluk-peluk dengan si kecik tu.. Hmm, rinduuu...

No comments: