.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, August 28, 2012

Hidangan Syawal 2012

Prawn Olio
Ini hidangan yang aku masak untuk suami berbuka puasa sehari sebelum kami bertolak pulang ke kampung. Aku masak pukul 4 pagi, masa berbuka pun masih tak basi sebab cuma guna bawang, garam, italian herbs, gula, cili padi, udang dan sosej yang telah digoreng masak. So, sebab dia kering, makanan tak basi. Suami suka. 

Dan aku masak sekali lagi sebagai juadah iftar pertama dan terakhir di rumah keluarga aku di malam terakhir berbuka puasa. Terkejut suami tengok aku goreng sebungkus spiral pasta untuk sekali hadap oleh adik2 aku. Kami 8 beradik. Apa nak heran. Settle beriftar, licin sudah mangkuk prown olio spiral pastaku. Aku tau sangat selera adik-adikku. Mereka kurang suka nasik. Aku pun tak sempat jamah pasta tu hari tu.... 

Strawberry moist choc cake dan best ever carrot cake
Ni kek untuk hidangan hari raya. Resipi moist choc cake ada kat sebelah. Untuk carrot cake pulak kali ni aku guna resipi Kak Ida.  Sedap,cuma tak tahan sebab cream cheese tu takleh hidang atas meja lama-lama. Nanti cair. So, jenuh la ambik dan simpan kek ni dalam peti setiap kali tetamu datang.  

Niatnya nak buatkan pavlova. Gigih beli strawberry kat Mesra Mall sebab tahun lepas strawberry takde kat supermarket kat Jerteh. Cuma ada kiwi.  Tapi kecewa sebab kali ni, kiwi pulak takde kt Jerteh. So, menu pavlova di cancel!

Lontong

Kuah lodeh, nasi himpit dan sambal bilis.
 Nak dijadikan cerita, aku masak kuah lodeh. Ok, superb! Cewahhh. Kak long pulak masak sambal bilis. Ok, superb jugak. Tapi lain pulak ceritanya dengan nasi hmpit. Aku suruh abah beli nasi himpit segera nona sebab aku tak reti buat nasi himpit tradisional tu. So, abah beli. Aku sibuk kelentung kelentang masak kuah lodeh, aku minta tolong Mr. Polaris rebuskan nasi himpit. 

Bila dah masak, aku terperasan, kenapa nasi himpit ni aneh sekali rupanya. Plastiknya lain sikit. Dah la masa tu dah pukul 7.30 pagi. Pagi syawal pulak tu. Lalu aku belah dengan pisau dan cuit dengan jari. MasyaALLAH! Berlari geledah tong sampah. 

Ehhhh, ini ketupat pulut segera!!!!! Cane ni? Cane ni? Nanti keluarga nak breakfast dengan apa lepas solat sunat raya?

Bergegas paw nasi himpit rumah tok wan. Nasib baik tok wan buat nasi himpit banyak. 

Tapi tengahari tu, aku dan kak long masing-masing tengah tapaukan hidangan untuk bawak balik ke rumah mertua. Sibuk cari-cari tupperware untuk isi lontong. Sekali baru teringat. 

"Ehhh, kita mana ada nasi himpit." 

Hehe. Sedih! 

Grilled chicken with mushroon and blackpeper sauce. Sauteed broccoli dan cheesy wedges
 Ni hidangan terakhir yang aku masak sebelum balik ke Nilai. Adik2 aku suka makan western. Tapi tak sempat deboned ayam tu. So, pandai-pandai la buang tulang sendiri.

Mama dan abah pun makan jugak. Cuma gravy and sauteed broccoli termasin sikitttt... 

Carrot cake
Auntie order 3 bijik untuk open house rumah dia. Sebab aku busy berulang alik tido umah mertua dan umah sendiri, maka anak teruna dia datang buat sendiri kat rumah aku. Mula-mula dia tengok aku buat sebiji dan another 2 biji dia bake sendiri. Good boy! 

Cadangnya nak baking choc cake dan carrot cake untuk majis bertandang mama ke rumah kami. Tapi busy sangat. So, takde kek di majlis hari tu. 

No comments: