.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, August 28, 2012

Masak2 untuk suami

Ayam goreng kunyit, kubis masak lemak dan mihun rebus
Malam tadi dinner dengan mihun rebus dan air lada. Perghhh, 3x suami tambah. Rupanya menu macam tu favvy dia... Pukul 11 malam, aku dah masuk rest dalam bilik, off light dah. Tetiba dia masuk bawak mangkuk mihun rebus lagi. Banyaknya sayang makan!!!!! Tapi slim je.... 

Resipi Mihun Rebus Umi:

Bahan
Setengah paket mihun
5 biji bawang putih
sesudu besar lada hitam ditumbuk
Sawi/kubis hiris.
Ayam potong kecik
Telur sebijik


Cara:

  1. Tumbuk bawang putih dengan lada hitam. Tumis hingga perang. Masukkan ayam. Kacau hingga ayam separuh masak. 
  2. Masukkan air.
  3. Setelah menggelegak, masukkan kubis dan batang sawi. 
  4. Masukkan garam, gula, ajinomoto sket. 
  5. Pastu masukkan mihun. Masukkan daun sawi. 
  6. Siap!


Eh, pecahkan telur. Tapi jangan kacau hancur.

Baru siap. 

Hidang dengan daun sup, bawang goreng sendiri dan air lada.  Perghh, terangkat. 

Air lada:

  1. Cili padi 10 biji
  2. Garam gula
  3. Cuka. 

- Blend dan simpan dalam peti ais. 


Tengahari tadi cuma gorengkan ayam dan buat masak lemak kubis. Tak yah letak resipi la kan. Pejam mata pun boleh buat. 

Dan lepas makan nasik tengahari tadi, Mr. Polaris masih sempat habiskan semangkuk lagi mihun rebus. Ini betul-betul die-hard fan nihhhh!!!!

No comments: