.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 1, 2012

Menu Iftar 12 Ramadhan 1433

Versi tak de flash

Versi ada flash

Masak stail campak-campak. Lepas azan kena tambah garam dan gula pasal kurang rasa. Padahal dah hulur pada kawan-kawan sekerja semangkuk sorang dengan rasa yang kurang itu dengan sedikit pesanan penaja, "Kalau kurang rasa tambah garam gula sendiri". Puasa, nak wat cane. 

Nasib baik berjaya jumpa pucuk ubi kat Tioman ni. Petai kecut dalam peti ais pun berjasa jugak. Tempoyak cilok housemate punya. 

Roomate pulak masak sotong celup tepung untuk kawan dengan pucuk ubi masak tempoyak. Sedapppp... Tak pasal sebelum mandi dan solat maghrib kena exercise sikit sebab perut rasa padat. Dah seminggu lebih bukan puasa dengan milo panas dan biskut, terkejut la perut kot tetiba masuk nasik, sotong celup tepung dan pucuk ubi masak tempoyak. 

Resipi boleh klik sini. Dah penah letak dan sebelum ni. Kat list tepi ni pun ada. 

Murah rezeki bila colleague tingkat bawah datang hantar kek lumut dan cucur pisang sebagai balasan. Adat berjiran~



Pengakuan tulus ikhlas; Udang aku letak 4 ekor je. Tu yang fokus lebih kat stars of the dish tu.... Pasal esok nak buat masak lemak cili api udang. So, mari kita mencatu udang hari ni... 

No comments: