.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, August 3, 2012

Menu Iftar~ 13 Ramadhan 1433

Semalam terajin lebih sikit. Sebab mungkin hati sedang ber'riang-ria hari raya' sebab hari ni dah Jumaat. Esok is our date... Hehe... 

So aku masak Udang Lemak Cili Api dengan manggo pudding with fruit cocktail. 

Manggo puding

Hilang warna sejati sebab guna handset je... 

Dan siap makan baru teringat nak snap pic
Hmmm, gambar agak tak mengghairahkan sebab guna handset je. Snap masa tengah berbuka. Malas nak gigiih sangat bangun ambil kamera. Tapi sebenarnya color dia ceria sangat. Rasa pun boleh tahan. Hakhakhak!


Masak Lemak Cili Padi Udang

15 ekor udang
4 Batang serai dititik
8 biji cili padi
Seinci halia
Garam
Gula
Semangkuk santan pekat
Sebiji kentang dipotong baji

Tumbuk cili padi dengan halia. Masukkan ke dalam periuk santan.  Masukkan serai dan kunyit. Bila kuah panas, masukkan kentang. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk. Masukkan garam gula secukup rasa. Pastu bila kuah dah menggelegak, masukkan udang. Biar udang masak jap. Matikan api. 



Menu sampingan, roomate masak sambal terung dengan ikan goreng. Hmmm, sedapppp. Semuanya secukp rasa. Sahur pagi tadi pun masih menu yang sama. Hehe...



Ehhh, sebenarnya kami tak berbuka dengan nasik. Kami berbuka dengan lasagna. Colleague tingkat bawah datang hantar sebab balas bekas puding mangga.  

Lasagna
Walaupun lasagna ni dikukus, bukan dibakar, tapi rasanya sangat sedap. Tq Kak Roslina. Lain kali hantar la lagi. Hehe... 

Lepas isyak baru kami makan nasik sebenarnya. 

Sedih tengok gambar. Pucat je. Tapi takpe, tak menjejaskan rasa. 

No comments: