.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, August 30, 2012

Open house pertama sebagai isteri

Hmm, cuti raya dapat seminggu. Ditakdirkan hari Rabu, 29 Ogos diarahkan untuk menghadiri taklimat induksi di Pekan. Sebagai warga pulau, hari Selasa 28/8 dan Khamis 30/8 merupakan cuti perjalanan keluar dan masuk. 31 Ogos, Merdeka Day. Maka marilah kita memohon CRK hari Isnin. 

Then we got 2 honeymoon weeks. Alhamdulillah.... 

Tapi Mr. Polaris kerja la. Aku dok umah boring tahap apa tahhh... Sampai tahap tengok laptop, online pun dah tak selera. 

Then, sebagai suami yang suka jamu kawan-kawan. Memandangkan isteri ada di sisi, maka di'request' untuk memasak for open house. 

So, here are the menu. 






  1. Nasi himpit
  2. Rendang ayam
  3. Mihun
  4. Soto
  5. Bergedil
  6. Teh wangi panas
Segan sebenarnya nak tunjuk gamabr open house. Sebab Mr. Polaris duduk rumah bujang dengan dua kawan dia. Memang takde perabot. Set pinggan pun percuma sabun. Ada 16 jenis corak pinggan. Hehehe. 

Tapi takpe. Hidangan tetap licin. Alhamdulillah, tetamu kenyang, suami gembira. Walaupun lepas siap open house, hidangan semua dah licin, tuan rumah kelaparan sebab makanan habis. Masa tetamu ada takkan kita nak makan sama kan. Tapi takpe, sempat jugak merasa dan frozen kan rendang ayam kegemaran suami untuk dijadikan lauk semasa isteri jauh di perantauan. Hehe.... 

Suami memang suka aku masak-masak untuk jamu kawan-kawan dia. Dan tengahari tu, suami ada jemput beberapa teman sekerja dia. Ada yang datang bersama isteri. Bertambah kenalan saya. 

Malam pulak, kami dijemput berhari raya di rumah kawan-kawan suami. Sempat pergi dua rumah je.... 

Hmmm, hati gembira. Terasa menjadi seorang suami dan isteri yang normal. Tak PJJ.... Sangat sukeeee!


Sebagai rujukan di kemudian hari ~ Resipi umi:

Resipi pertama: Soto ayam

Sup
2 batang serai
Rempah 4 sekawan
Sup bunjut
Garam, gula, ajinomoto
Bawang putih
Halia
Ayam belah 4

  • Tumis halia, bawang putih dan seraiyang diketuk hingga wangi bersama sup bunjut dan rempah 4 sekawan. Masukkan air. Biar menggelegak, masukkan ayam yang dibelah 4. Masukkan garam gula. Setelah ayam masak. Keluarkan ayam dan carikkan isi ayam dengan menggunakan garfu. 
  • Isi ayam dikeringkan di dalam nonstick pan bersama sesudu mentega. 

Bergedil
Kentang rebus
Daun sup
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam
Bawang goreng

  • Kentang direbus, lecek lumat. Campurkan bawang goreng, daun sup, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam. Bentuk bulat-bulat. Sebelum goreng, celupkan di dalam adunan telur dan goreng. Tunggu perang dan garing baru terbalikkan untuk mengelakkan bergedil pecah. 
# Soto dihidang dengan nasi himpit/mihun, mihun goreng garing, ikan bilis, bawang goreng, sambal kicap, ikan bilis goreng, isi ayam, daun sup, daun bawang. 

Resipi 2: Rendang ayam
Ayam potong kecil
Daun kunyit
Daun limau purut
Serai
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup
Cili giling
Serbuk cili
Santan pekat
Ketumbar
Kerisik
Sekeping asam 

  • Blender bawang, cili padi, serai, halia, kunyit, lengkuas. 
  • Masukkan ke dalam kuali tanpa minyak. Masukkan cili giling. 
  • Setelah sedikit kering, masukkan ayam. 
  • Kacau sebati dan air ayam sedikit kering. 
  • Masukkan santan pekat. Kacau rata. 
  • Masukkan garam gula
  • Kalau tak cukup pedas, masukkan serbuk cili. 
  • Masukkan asam keping, serai, daun kunyit yang dimayang, daun limau purut yang dicarik.
  • Setelah hampir masak, masukkan kerisik dan ketumbar yang telah disangai dan ditumbuk. 
  • Siap!

No comments: