.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, September 26, 2012

49 tahun umi...

Hari ini arwah umi genap 49 tahun. 

26 September 1963-24 Ogos 2011

Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dijauhkan dari siksa kubur, dilapangkan tempat persemadiannya, disinari Nur Illahi, ditempatkan dalam golongan syurga, disatukan kami sekeluarga di akhirat kelak. Amin

Al-fatihah.... 




Umi, mama baik sangat. Umi jangan bimbang ye... 
Kami sayang dan rindu umi sangat-sangat.
Umi, doakan Kak Egie dapat tukar ke Nilai untuk duduk bersama Nazri ye.
Umi doakan Kak Egie cepat sembuh dan dipermudahkan urusan untuk
bagi Darwisy sepupu-sepupu comel ye.
Umi doakan kami ye... 

Mohon pertolongan sahabat-sahabat...

Aku dah isi borang permohonan pindah ikut suami atas masalah kesihatan. 

Aku dah usaha gi KPM.

Aku dah usaha gi JPN Negeri Sembilan.

Aku tengah usaha uruskan kelepasan dari JPN Pahang. 

Doakan semoga JPN Pahang sudi melepaskan aku keluar dari Pahang. 

Doakan ye... 

Mohon... 

Aku memang tak dapat balas. 

Allah je yang dapat balas jasa baik kalian. 

Wassalam. 

Sunday, September 23, 2012

PB

Ok, ni bukan PB aka Pakcik Botak kak MarinaHunny ye.... 

Apa kes kan aku nak up entry tentang laki orang. Hehe.... 

Tapi ni tentang Premium Beautiful. Dah lama aku aim nak beli PB ni... Dulu masa praktikal di Bukit Naning, housemate aku dulu dealer Hai-O. Ada gak la tanya-tanya berapa harga PB. Telan liur je lahhhhh.... Mahal berdooh... 

Pastu dalam tempoh 8 bulan dok tanam anggur sebelum posting, ada la tanya-tanya lagi ex-schoolmate yang bisnes Hai-O ni, harga bagi 1 piece produk. Pun mahal jugak. Plus masa tu memang anggur tak mendatangkan pulangan punnnn....

Lepas dah kerja, kawan aku G'han dok bisnes benda alah ni... Tapi segan dah la nak tanya. Tapi tu pun aku tanya jugak 2 kali harga dia. Sebab rasa macam dah lupa berapa harga yang kawan aku bagitau dulu. Pun tak mampu nak beli. 

Kemudian, one of my schoolmate ada beli PB dengan Ghan. So ada gak la aku tanya-tanya pengalaman dia. Dia kata best. Pastu bila aku kata, "Kau takpe la kaya. Aku tak mampu wehhhh."

Dia kata, "Weh, kau tu dah kerja. Aku ni belum. Benda alah ni boleh bayar ansuran la weh.Serendah yang kita mampu." Oooo, gitu ke... Awat hang tak habaq mai awai-awai????? Kalau tau gitu, sure aku beli sebelum sanding hari tuh.

Tapi buat masa sekarang memang aku aim untuk kesihatan je dulu. Kalau bonusnya aku getting slimmer, alhamdulillah. 

Then, kebetulan minggu ni aku di Nilai, Ghan pulak rumah di Shah Alam. Dan malam tadi Ghan cakap dia nak datang ke rumah. Malus-malus aku jemput Ghan masuk ke rumah bujang lakiku ini. Hehe.. Masak simple2 je. Nasik goreng, sup tauhu telur dan rendang ayam. 

Lepas sesi ukur-ukur, maka dapat la 2 piece dulu pasal waist nipper yang Ghan bawak sume saiz besar. Mentang la aku bagi ukuran pinggang aku dulu, terus dia imagine aku bapak besar sekarang kottt.... Walaupun memang besar bapak sekarang!!!!

Kebetulan malam tadi aku memang angin satu badan dengan perut yang tak berapa nak sihat lagi. So, malam tadi tido pakai PB. Selesa wehhh!!!! Habis angin-angin dalam badan keluar. Kalau malam sebelumnya Mr. Polaris kena urut berejam sebelum aku tido kalau tak aku susah nak bernafas, malam tadi aku tido tak yah ganggu dia. Tapi yang ruginya, tak dapat massage dari laki lah. Hehe... 

Tapi ni rasa nak tukar long girdle yang aku pakai malam tadi dengan yang smaller 1 size kot. Sebab yang ni rasa besar sket. 

So, takat tu dulu review aku terhadap PB. Nanti aku dah dapat one whole set and dah pakai barang seminggu dua, aku buat entry review lagi. Kalau best, boleh la promote kat kawan-kawan. Kalau tak experience dulu, apa aku nak gebang kat kawan-kawan, kan.... 

Okeh, aku nak masuk dapur. Tu dah dengar Mr.Polaris ketung-ketang, ketung ketang dok basuh pinggan mangkuk malam tadi. Hehe.. Bini pulak dok hadap blog. Bertuah bini kan??? Heheh... 


Saturday, September 22, 2012

My first baby project... DONE!

Jangan nak speku bukan-bukan.

Alhamdulillah, berkat dengan bantuan dan usaha semua pihak, maka selesai sudah program pertama aku sepanjang menguruskan perpustakaan atau Pusat Sumber Sekolah selama hampir 6 bulan, Program Khidmat Bantu PSS oleh PKG-PKG yang terlibat yang bertempat di PSS SMK Tekek.

Aku selaku Guru Perpustakaan & Media yang buta kayu dengan PSS ni terasa sangat bersyukur dengan program ini. Dalam seram sejuk, demam-demam, sakit-sakit badan pun alhamdulillah perjalanan program sangat lancar.

Ecewah, macam ucapan masa majlis penutup program pulak. Hehe..

Nah, jom tgk gambar.

PSS ~ sebelum

Discussion

Kaunter sirkulasi ~ Sebelum

Stok buku baru sampai

Proses teknik

Budak2 pembantu

Pembantu paling berjasa

I bajet bz uolsss

Daddy Alisya, PK Hem, Abang Aboi

Dah siap!

Susunan rak dan labelling ~ Selepas


TQ

En. Minhat, En Azhar, En. Azmi and En. Rudzuan

GPM, Pengetua, YDP PIBG, PK Koko

Ucapan GPM

Alhmdulillah, selesai jugak akhirnya. Walaupun masa tu aku sangat tak sihat, tapi aku memang nekad nak program ni diteruskan jugak. Sebab bukan senang pegawai-pegawai PKG tu nak datang buat khidmat bantu. Mereka dah hampir 3 tahun plan. Tapi kerana masalah kewangan, kelulusan dan sebagainya, baru kali ni mereka dapat datang atas biaya sendiri. Touching jap i! 

Betapa mereka ikhlas sangat nak membantu. 

Walaupun mereka yang berkenaan tak pernah jenguk pun sepanjang program berlangsung, tak apalah. Tak menjejaskan apa-apa pun. Dan walaupun yang berkenaan tu cakap berapi-api, bercita-cita nak itu dan ini, maaflah, aku takkan berusaha apa-apa untuk dia lagi. Cukuplah cukup sudah. 

Tapi kalau untuk sekolah, untuk kepentingan pelajar-pelajar, tak apa. Itu sudah kewajipan aku. Amanah yang berat untuk dipikul. 

Apapun, alhamdulillah, program ini telah selamat dilaksanakan. Cuma tinggal lagi beberapa perkara untuk disempurnakan. InsyaALLAH, aku akan berusaha. Untuk PSS. Bukan untuk dia. Alhamdulillah, they came on the right time. They ignited my fire of passion into PSS...

Mujur juga ramai colleagues yang membantu. Kalau tak, pengsan kot aku. Huhu.. .

Semoga ini menjadi kenangan dan pengalaman yang terindah dan paling berharga dalam profesion perguruan aku yang baru setahun jagung ni. InsyaALLAH. 

Masa mula-mula diberi mandat untuk menguruskan PSS. Aku dapat PSS yang macam ni.... 

Kosong!

Dengan buku yang macam ni dlm stor


SESAK NAPAS MASA TU WEHHH!!!!

Sunday, September 16, 2012

7th anniversary celebration

Simple celebration sahaja. Yang penting dapat sambut bersama-sama. 

Ujian iman dan kesabaran dengan Mr. Polaris yang demam selsema, dan aku yang tak berapa sihat sebab some kind of infection. 

So, less in celebration but big in quality time sparing together. 

Malam sebelum tu, makan ayam penyet favourite aku di Wong Solo Bangi. Tapi sedikit kecewa sebab tauhu, tempe dan terung sambal sejuk. Biasa panas. Dan avocado juice pun takde. Then aku order limau panas, Mr Polaris order sirap limau. Fuhh, bercinta nak minum sebab limau dia rasa weird. Pahit kot. 



Pagi 16 September, sarapan tosai di kedai mamak. Masa tu lapar giler. So, aku niat nak order tosai satu and roti telur satu untuk aku. Tapi istighfar. Order tosai sahaja. Dan tak habis punnnn.... Nafsu memang menggila bila lapar, kan? Errr, nafsu makan aku sorang je kottt.... 


Siap breakfast, pergi beli barang dapur. Mr. Polaris request rendang ayam dan sambal bilis untuk di frozen kan untuk stok lauk seminggu. Sedihkan bila jauh dari suami. Tak dapat nak jaga makan pakai dan kesihatan dia... So, settle la rendang ayam seekor dan sambal bilis. Then, untuk lunch kami rebuskan ketupat nasi Nona segera. 


Petang, rehat-rehat kat rumah sahaja sambil marathon tengok drama Adam dan Hawa Episod 1-12. Best je cerita tu. Sebest novelnya. 

Lepas asar baru bersiap nak keluar. Window shopping saje untuk keluarkan peluh. Bajet exercise la. Tapi terbeli skirt hitam pulak selai. Hehe... 

Dah peluh-peluh setitik dua, rasa lapar pulak. So, zass! Domino's, here we were. Hehe... 


Lepas beli Domino's pizza, terasa tak lengkap pulak celebration tanpa kek, kan? So, beli la dua slice kek Secret Recipe. Chocolate strawberry and my new favourite, Tiramisu. Dulu menggila kat White Choc Macadamia je. Sekarang tidak lagi. 

Ehh, gambar makanan saje kan. Tak pe la, kalau aku tepek gambar celebration lain, pengsan pulak korang. Kui kui kui! 

Dan malam ni laki bini pakat telan ubat, rasa-rasa tido awal kot. 

Hmmm, esok dah nak kena balik Tioman. Malasnya... Tapi nasib baik balik dengan flight. Tak penat sangat. Just take 45 minutes. Dan yang penting tak stress dipukul badai. Ecewahhh... 

Sekian sahaja celebration of 7th years percintaan kami. InsyaALLAH dunia akhirat dia la suamiku. Amin. 

Our 7th Anniversary



Today is our 7th anniversary...
How time flies...

Love you sayang,
here and hereafter...
InsyaALLAH

Saturday, September 15, 2012

Random


* Satu *
Qaisara-yang-comel-geram-nak penyet-

Nasib anak orang. Kalau ayam, dah lama kena jual kat Wong Solo. Geram aihhh nak penyet2, peluk2, cium2 cek mek molek nih. So lovely. 


*Dua*
Sotong celup tepung, ayam masak lemak cili padi, ikan pelaling goreng, sambal bilis 

Ni my handmade meals for our iftar last Wednesday. Nasib baik hosmets makan bertambah. Aku selalu cuak nak masak untuk dorang sebenarnya sebab takut selera masing2 tak sama dengan aku. Tempat asal mereka berbeza. Tapi alhamdulillah, they helped themselves for 2nd helpings. 

Sambal bilis petai rupanya lagi sedap bila campur tempoyak sesudu. Wangi je. 

Dan ikan pelaling dah mula jadi kegemaran aku sejak diperkenalkan oleh roomate. Aku rasa aku tak kenal sebab kat Besut takde kot. Or, sebab aku tak pernah beli ikan sendiri. Biasa abah yang belikan. Sejak arwah umi ada lagi. So, not my fault la kot. Hehe...


*Tiga*
Usaha untuk lebih sihat

Moga dipermudahkan ALLAH. Kerana kami ini hamba, maka segala ketetapan ALLAH itulah yang terbaik untuk kami, dan untuk kemudahan kami. Maka, redha je bila kena telan mentos-sized pill. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami. InsyaALLAH. Lucky for i have him as my husband. Anugerah ALLAH itu yang terindah. Alhamdulillah. 

Friday, September 14, 2012

~* _* ~

Hmmm, akhirnya we got the answer. 

Terasa sedikit pahit, tapi insyaALLAH yang pahit ini bakal jadi pemudahcara dalam urusan kami. 

InsyaALLAH...

Kerana ubat itu sering pahit rasanya.

Berkali-kali aku zikirkan, 

ada hikmahnya di sebalik musibah ini.

ALLAH ingin menguji iman hambaNya yang lemah ini.

Yang sering lupa,

Yang sering lalai,

Yang sering goyah.


Yes, let ALLAH handle them. 

I know, ALLAH loves us. That's why ALLAH always give reason for us to remember Him. 

Alhamdulillah ya ALLAH. 

Thanks for not grant me everything that I want.

Thanks for always grant me everything that i need. 

You know best. 

I know. 

I know.

Redha itu peneguh iman. 

Hati, sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. 

Belajar ber'husnuzhon'

InsyaALLAH. 

Enam

Hari ni, genap 6 bulan kami melayari alam rumahtangga. Walaupun rumah di Nilai, tangga di Tioman, kami tetap bahagia bercinta dalam redha Ilahi. InsyaALLAH. Semoga kebahagian ini kekal di dunia dan di akhirat. InsyaALLAH. Alhamdulillah. 

Terima kasih ALLAH kerana menghadiahkan aku dengan suami sesempurna dia untuk melengkapi hidup aku. Alhamdulillah. 

Sayang, happy 6 monthsary. Maaf, sayang takde hadiah special untuk hari ini. Allah belum izinkan. InsyaALLAH, soon sayang. Soon.... 

Thursday, September 13, 2012

Hikmah musibah....

Hmmm, alhamdulillah esok

14 September 2012 ~ Genap 6 bulan kami nikah.

dan

16 September 2012 ~ Genap 7 tahun kami bercinta. 


Alhamdulillah.


Kalau ikut perancangan kami, aku akan keluar bertemu Mr. Polaris pada hari Sabtu ni. Dan kami akan menginap di Mersing sahaja selama dua malam. 


Tapi Allah merancang yang lebih baik untuk kami. 

Semalam kami mendapat berita tiada feri yang akan beroperasi selama seminggu atau sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian bermula Jumaat ini. So, maknanya feri terakhir akan beroperasi pada hari Khamis atau dalam kata lain, hari ni. Katanya sebab Jabatan Laut buat operasi besar-besaran ke atas semua feri.


Menggelupur jap aku dengar berita. Cane nak kua nihhh? Pikir cane nak kua dulu. Masuk tu belakang citer. Lepas tu bincang dengan Mr. Polaris, then terpaksa la aku ambil cuti. So, esok aku cuti.... Allah beri satu malam tambahan untuk kami. Instead of 2 nights, we will get 3 nites. Or maybe some more. Hehehe.... 

Then tengahari nanti aku keluar ke Tg. Gemok. Tunggu Mr. Polaris di rumah family roomate di Selendang. Dan dapat makan nasik lemak sedap nanti. Hehe... 


Tapiiiii, masuk pulau nanti kena naik flight... Wuwu! RM 233 tuuuu.... From Subang - Tioman. balik KL-KT naik MAS pun xmahal camtu... 

Pasrohhhh je... 

Tuesday, September 11, 2012

Waiting~``~

Tick tock! Tick tock! The clock is ticking non stop. 

And i am waiting for something.

With full of patience. 

The heart beating even more faster for the time get closer. 

Hmmm, dont know how to react when the time is come.

Crying like before?

Or smiling also like before?

Hmmm, ALLAH knows better. 

So, lets be patient!

Dear ALLAH, grant us the best.

You know best. 

....Ameeennn....