.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 16, 2012

7th anniversary celebration

Simple celebration sahaja. Yang penting dapat sambut bersama-sama. 

Ujian iman dan kesabaran dengan Mr. Polaris yang demam selsema, dan aku yang tak berapa sihat sebab some kind of infection. 

So, less in celebration but big in quality time sparing together. 

Malam sebelum tu, makan ayam penyet favourite aku di Wong Solo Bangi. Tapi sedikit kecewa sebab tauhu, tempe dan terung sambal sejuk. Biasa panas. Dan avocado juice pun takde. Then aku order limau panas, Mr Polaris order sirap limau. Fuhh, bercinta nak minum sebab limau dia rasa weird. Pahit kot. 



Pagi 16 September, sarapan tosai di kedai mamak. Masa tu lapar giler. So, aku niat nak order tosai satu and roti telur satu untuk aku. Tapi istighfar. Order tosai sahaja. Dan tak habis punnnn.... Nafsu memang menggila bila lapar, kan? Errr, nafsu makan aku sorang je kottt.... 


Siap breakfast, pergi beli barang dapur. Mr. Polaris request rendang ayam dan sambal bilis untuk di frozen kan untuk stok lauk seminggu. Sedihkan bila jauh dari suami. Tak dapat nak jaga makan pakai dan kesihatan dia... So, settle la rendang ayam seekor dan sambal bilis. Then, untuk lunch kami rebuskan ketupat nasi Nona segera. 


Petang, rehat-rehat kat rumah sahaja sambil marathon tengok drama Adam dan Hawa Episod 1-12. Best je cerita tu. Sebest novelnya. 

Lepas asar baru bersiap nak keluar. Window shopping saje untuk keluarkan peluh. Bajet exercise la. Tapi terbeli skirt hitam pulak selai. Hehe... 

Dah peluh-peluh setitik dua, rasa lapar pulak. So, zass! Domino's, here we were. Hehe... 


Lepas beli Domino's pizza, terasa tak lengkap pulak celebration tanpa kek, kan? So, beli la dua slice kek Secret Recipe. Chocolate strawberry and my new favourite, Tiramisu. Dulu menggila kat White Choc Macadamia je. Sekarang tidak lagi. 

Ehh, gambar makanan saje kan. Tak pe la, kalau aku tepek gambar celebration lain, pengsan pulak korang. Kui kui kui! 

Dan malam ni laki bini pakat telan ubat, rasa-rasa tido awal kot. 

Hmmm, esok dah nak kena balik Tioman. Malasnya... Tapi nasib baik balik dengan flight. Tak penat sangat. Just take 45 minutes. Dan yang penting tak stress dipukul badai. Ecewahhh... 

Sekian sahaja celebration of 7th years percintaan kami. InsyaALLAH dunia akhirat dia la suamiku. Amin. 

1 comment:

marinahunny said...

happy anniversary to both of u. Semoga dapat duk sama2 nanti, banyakkan berdoa insyaallah.