.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, September 22, 2012

My first baby project... DONE!

Jangan nak speku bukan-bukan.

Alhamdulillah, berkat dengan bantuan dan usaha semua pihak, maka selesai sudah program pertama aku sepanjang menguruskan perpustakaan atau Pusat Sumber Sekolah selama hampir 6 bulan, Program Khidmat Bantu PSS oleh PKG-PKG yang terlibat yang bertempat di PSS SMK Tekek.

Aku selaku Guru Perpustakaan & Media yang buta kayu dengan PSS ni terasa sangat bersyukur dengan program ini. Dalam seram sejuk, demam-demam, sakit-sakit badan pun alhamdulillah perjalanan program sangat lancar.

Ecewah, macam ucapan masa majlis penutup program pulak. Hehe..

Nah, jom tgk gambar.

PSS ~ sebelum

Discussion

Kaunter sirkulasi ~ Sebelum

Stok buku baru sampai

Proses teknik

Budak2 pembantu

Pembantu paling berjasa

I bajet bz uolsss

Daddy Alisya, PK Hem, Abang Aboi

Dah siap!

Susunan rak dan labelling ~ Selepas


TQ

En. Minhat, En Azhar, En. Azmi and En. Rudzuan

GPM, Pengetua, YDP PIBG, PK Koko

Ucapan GPM

Alhmdulillah, selesai jugak akhirnya. Walaupun masa tu aku sangat tak sihat, tapi aku memang nekad nak program ni diteruskan jugak. Sebab bukan senang pegawai-pegawai PKG tu nak datang buat khidmat bantu. Mereka dah hampir 3 tahun plan. Tapi kerana masalah kewangan, kelulusan dan sebagainya, baru kali ni mereka dapat datang atas biaya sendiri. Touching jap i! 

Betapa mereka ikhlas sangat nak membantu. 

Walaupun mereka yang berkenaan tak pernah jenguk pun sepanjang program berlangsung, tak apalah. Tak menjejaskan apa-apa pun. Dan walaupun yang berkenaan tu cakap berapi-api, bercita-cita nak itu dan ini, maaflah, aku takkan berusaha apa-apa untuk dia lagi. Cukuplah cukup sudah. 

Tapi kalau untuk sekolah, untuk kepentingan pelajar-pelajar, tak apa. Itu sudah kewajipan aku. Amanah yang berat untuk dipikul. 

Apapun, alhamdulillah, program ini telah selamat dilaksanakan. Cuma tinggal lagi beberapa perkara untuk disempurnakan. InsyaALLAH, aku akan berusaha. Untuk PSS. Bukan untuk dia. Alhamdulillah, they came on the right time. They ignited my fire of passion into PSS...

Mujur juga ramai colleagues yang membantu. Kalau tak, pengsan kot aku. Huhu.. .

Semoga ini menjadi kenangan dan pengalaman yang terindah dan paling berharga dalam profesion perguruan aku yang baru setahun jagung ni. InsyaALLAH. 

Masa mula-mula diberi mandat untuk menguruskan PSS. Aku dapat PSS yang macam ni.... 

Kosong!

Dengan buku yang macam ni dlm stor


SESAK NAPAS MASA TU WEHHH!!!!

2 comments:

marinahunny said...

tahniah tahniah. Gud jod my dear. Mesti rasa puas hati sgt kan...

Miss Polaris said...

tq akak.. puas hati sgt.. sbb tak sangka mampu buat semua tu dgn bantuan mereka.. alhamdulillah..