.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 23, 2012

PB

Ok, ni bukan PB aka Pakcik Botak kak MarinaHunny ye.... 

Apa kes kan aku nak up entry tentang laki orang. Hehe.... 

Tapi ni tentang Premium Beautiful. Dah lama aku aim nak beli PB ni... Dulu masa praktikal di Bukit Naning, housemate aku dulu dealer Hai-O. Ada gak la tanya-tanya berapa harga PB. Telan liur je lahhhhh.... Mahal berdooh... 

Pastu dalam tempoh 8 bulan dok tanam anggur sebelum posting, ada la tanya-tanya lagi ex-schoolmate yang bisnes Hai-O ni, harga bagi 1 piece produk. Pun mahal jugak. Plus masa tu memang anggur tak mendatangkan pulangan punnnn....

Lepas dah kerja, kawan aku G'han dok bisnes benda alah ni... Tapi segan dah la nak tanya. Tapi tu pun aku tanya jugak 2 kali harga dia. Sebab rasa macam dah lupa berapa harga yang kawan aku bagitau dulu. Pun tak mampu nak beli. 

Kemudian, one of my schoolmate ada beli PB dengan Ghan. So ada gak la aku tanya-tanya pengalaman dia. Dia kata best. Pastu bila aku kata, "Kau takpe la kaya. Aku tak mampu wehhhh."

Dia kata, "Weh, kau tu dah kerja. Aku ni belum. Benda alah ni boleh bayar ansuran la weh.Serendah yang kita mampu." Oooo, gitu ke... Awat hang tak habaq mai awai-awai????? Kalau tau gitu, sure aku beli sebelum sanding hari tuh.

Tapi buat masa sekarang memang aku aim untuk kesihatan je dulu. Kalau bonusnya aku getting slimmer, alhamdulillah. 

Then, kebetulan minggu ni aku di Nilai, Ghan pulak rumah di Shah Alam. Dan malam tadi Ghan cakap dia nak datang ke rumah. Malus-malus aku jemput Ghan masuk ke rumah bujang lakiku ini. Hehe.. Masak simple2 je. Nasik goreng, sup tauhu telur dan rendang ayam. 

Lepas sesi ukur-ukur, maka dapat la 2 piece dulu pasal waist nipper yang Ghan bawak sume saiz besar. Mentang la aku bagi ukuran pinggang aku dulu, terus dia imagine aku bapak besar sekarang kottt.... Walaupun memang besar bapak sekarang!!!!

Kebetulan malam tadi aku memang angin satu badan dengan perut yang tak berapa nak sihat lagi. So, malam tadi tido pakai PB. Selesa wehhh!!!! Habis angin-angin dalam badan keluar. Kalau malam sebelumnya Mr. Polaris kena urut berejam sebelum aku tido kalau tak aku susah nak bernafas, malam tadi aku tido tak yah ganggu dia. Tapi yang ruginya, tak dapat massage dari laki lah. Hehe... 

Tapi ni rasa nak tukar long girdle yang aku pakai malam tadi dengan yang smaller 1 size kot. Sebab yang ni rasa besar sket. 

So, takat tu dulu review aku terhadap PB. Nanti aku dah dapat one whole set and dah pakai barang seminggu dua, aku buat entry review lagi. Kalau best, boleh la promote kat kawan-kawan. Kalau tak experience dulu, apa aku nak gebang kat kawan-kawan, kan.... 

Okeh, aku nak masuk dapur. Tu dah dengar Mr.Polaris ketung-ketang, ketung ketang dok basuh pinggan mangkuk malam tadi. Hehe.. Bini pulak dok hadap blog. Bertuah bini kan??? Heheh... 


1 comment:

marinahunny said...

hahaha suspen jek, hehehe k.na pun teringin jugak nih hahaha