.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, November 4, 2012

Kuat!

Malam tadi, keputusan permohonan tukar keluar. Da keputusan untuk aku adalah;

Maha Suci ALLAH, permohonan aku TIDAK DILULUSKAN. 

Cuba zikir-zikir dalam hati, ada hikmahnya keputusan yang ALLAH kurniakan ini. 

Mula-mula suami telefon bagitahu keputusan, aku sangat tenang. Tak sedih langsung. Dia pulak yang membebel-bebel marahkan pengetua yang tak menyokong permohonan aku. Aku pulak yang pujuk-pujuk dia supaya bertenang. 

Sekalinya Kak Long sms, "Sabar la, Kak Long pun terkilan jugak. Banyakkan istighfar. Macam umi.... "

Terus merambu ramba air mata. Dah la malam tadi aku sorang-sorang kat rumah. Menangis sorang-sorang kenangkan nasib diri. Rindu umi pulak tu. Rindu sangat nak mengadu dekat umi. Kalau dulu, masa umi ada.... gaduh dengan Mr. Polaris zaman bercinta cintun dulu pun mengadu dekat umi. In fact, aku boleh habiskan kredit telefon RM10 hanya untuk call umi. She is my mom, and my bestfriend. Sorry, tak sanggup nak guna was. Sebab dunia akhirat, umi la umi aku. Dan mama juga. 

Pesan-pesan pada diri, ALLAH bagi dugaan sesuai dengan kemampuan aku. Sebagai mana aku kuat menghadapi saat pemergian umi seorang diri, kuat juga diri ini menanggung pengalaman keguguran dan sakit akibat radang rahim seorang diri di sini tanpa suami di sisi. ALLAH ada, ALLAH uji aku kerana sayang aku. Alhamdulillah. Semoga nanti kuat juga diri ini mengandungkan anak-anak dan menjaga mereka seorang diri di sini. Kiranya ALLAH lebih tahu aku tidak sekuat itu untuk mengandung dan menjaga anak-anak seorang diri, insyaALLAH nanti aku akan melalui detik itu bersama suami di sisi. InsyaALLAH, ketetapan ALLAH adalah yang terbaik. 

Ya, aku anak umi. Umi pun bertabah hati merasai sakit perit menanggung kanser dalam dada, anak umi juga pastinya kuat seperti umi. Kecik sangat dugaan untuk aku berbanding umi. Umi gemar menghela nafas beriring dengan kalimah Astaghfirullahalazim saat berteleku di sejadah usai solat setelah menerima perkhabaran ada ujian ALLAH yang sedang bertunas dalam diri. Saluran susu yang berkhidmat untuk 8 anak-anaknya. Besar jasa umi. Sebab itulah mudahnya umi menghembuskan nafas terakhir. Subhanallah. 

ALLAH lebih tahu, aku tak mampu menguruskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang baru bermula tahun ini untuk pelajar yang ramai di luar sana. Maka ALLAH ingin aku asah kemahiran beralatkan pelajar seramai 50 orang ini dulu. Dah mahir di sini, insyaALLAH ada rezekinya nanti aku berkongsi dengan bakal anak didik di luar sana. Subhanallah. 

ALLAH lebih tahu, pasukan kadet polis sekolah ini masih memerlukan aku dan Ida untuk memantapkan kemahiran kawad anak-anak pulau ini. Mereka ada bakat. Aku dan Ida nampak bakat mereka. Dan ALLAH tak mahu mereka yang bakal menjadi penasihat kadet ini nanti mensia-siakan bakat mereka. Subhanallah. 

ALLAH lebih tahu, perpustakaan sekolah ini akan lebih baik di bawah pengurusan aku. Bakal memberi sumbangan yang besar untuk anak-anak didik. Bakal memberi ruang yang lebih selesa untuk mereka belajar kerana rumah mereka bukanlah tempat belajar yang kondusif. 

Dan ALLAH akan perkenankan semua doa-doa kami bila sampai masanya nanti. InsyaALLAH. 

Tapi dengar suara suami terbatuk-batuk, menghembus-hembus hingus di hidung, mengadu sakit kepala lantran demam yang dah seminggu tak kebah-kebah, hati isteri mana yang tak terusik. ALLAH, jagakan dia untukku..... Amin. Amin. Amin. 

No comments: