Saturday, December 7, 2013

Ujian kasih buat suami....

Rabu, 4 Disember 2013. 

Hari ni, ada check up lagi. Kali ni suami tak ambil cuti pun. Tapi dia sampai je kat rumah pukul 3.30, terus laju-laju gerak gi klinik desa. Takut tak sempat pulak. Tapi kan, aku rasa lagi best check up di KK Tekek, Pulau Tioman kot. Ngada kan.. Hehe. Time kena gi check up sorang-sorang di Tekek dulu, ngada nak suami teman. Ni, suami teman, komplen lagi. Luku baru tawww! Hehe. 

Maghrib tu, masa nak berwuduk dalam bilik air, sebaik sahaja aku melangkah turun ke dalam bilik air, aku nyaris tergelincir sikit. Nasib baik tak jatuh, sempat berpaut dan bertahan dengan kaki kanan yang sedikit ke depan. Tapi memang rasa baby tersentak turun sedikit. Lepas berwuduk tu, dah rasa macam sakit je di kawasan pelvik bila nak angkat tapak kaki nak berjalan.

Lepas solat tu, telefon tukang urut. Ingatkan mak cik orang sini, rupanya orang Indonesia. Dan masih muda kot. Are 40-45 gitu kot umurnya. Then akak tu cakap memang baby terturun banyak. Sebab tu sakit sangat. Lepas mengurut tu, rasa macam makin sakit. 

Memang la bila masuk trimester kedua dan ketiga ni akan rasa sakit di bahagian pelvik. Tapi ini sakit yang bukan main-main. Nak berjalan pun kena berpaut pada suami. Apatah lagi nak bangun dan duduk. Paling menduga perasaan bila dah duduk di tepi katil tu, nak rebahkan badan dan angkat kaki ke atas katil pun tak mampu. Sakit yang teramat. Memang suami la tempat bergantung harap. 

Malam tu memang sakit badan dan tak dapat tidur. Aku siap nangis lagi senyap-senyap sebab rasa tak tahan sangat. Bayangkanlah, bila perut dah besar, memang tak boleh tidur terlentang kan sebab perut menekan tulang belakang menyebabkan sukar bernafas. So, aku tidur mengiring ke kanan. Tapi bila dah lenguh, rasa nak tukar posisi ke kiri pulak kan. Tapi itu pun tak mampu. Kena kejutkan suami minta tolong tukarkan posisi aku. Ya ALLAH, masa tu baru faham, macam mana lenguhnya rasa badan bila tak mampu bergerak macam tu. 

Kesian sangat dekat Mr. Polaris sebab ye la, tengok la saiz bini. Sabo je la... 

Subuh tu, rasa sakit tak berkurang walaupun sebelum tidur aku telan jugak sebijik ubat KK. Then suami decide tak nak gi kerja dan nak bawak aku ke klinik. Wuwu, rasa bersalahnya. 

Tapi pergi klinik pun, doktor tak nak bagi ubat sebab pregnant kan. Dia nasihatkan supaya rehat je. Nasib baik baby ok je. Lepas tu takde keluar darah atau pun air ketuban pun. So, balik rehat sahaja. 

Merasa la makan masakan suami di tenghari tu. Sedapnya makan sawi tumis air dengan lada hitam dan ayam goreng. Sakit-sakit pun, nasik habis sepinggan sebab sedap. Hehe.  Pandai rupanya laki aku masak. Hehe. 

Esoknya suami terpaksa bercuti lagi sebab aku masih lagi tak boleh bangkit sendiri. Dia nak tinggal pun bimbang walaupun aku dah berkali-kali cakap aku ok je. Sebenarnya tak ok pun. Tapi nasib baik dia faham. Petang semalam baru rasa ok sikit. Dah boleh berjalan sendiri. 

So, suami ajak pergi scan 4D. Hamboi, dah 35 weeks baru nak scan. Aku sebenarnya malas sebab baby dah besar. Takut tak nampak. Tapi mujur la, sebelum masuk scan tu Dr. Rekha dah cakap, dia tak janji akan nampak muka baby sebab baby dah besar sangat. Tapi masa menunggu turn tu, aku usap-usap baby sambil pesan dekat baby supaya tunjuk muka, tunjuk dia punya gender nanti. 

Dan alhamdulillah, baby dengar kata mak dia. Baik sungguh. Tunjuk je semua. Muka macam mak dia je... Hidung mahal mak dia ni pun menurun kat dia jugak. Frust la ayah dia sebab anak tak menurun hidung ayah. Hehe. Takpe, anak nombor dua nanti ikut hidung ayah. Apapun, alhamdulillah yang lain-lainnya sempurna. InsyaALLAH. Itu yang paling penting, kan. 

Dan dah dapat video dan gambar anak, asyik la maknye ni tatap muka anak. Tak sabar nak pelok ciom baby. Muehehe... Sabar. Lagi 5 minggu je lagi. InsyaALLAH. 

Sepanjang pregnant ni, ALLAH uji aku dengan alahan yang teruk, sehinggakan hingga hari ni pun aku masih lagi muntah-muntah. Namun, hati selalu terpujuk dengan pergerakan baby dalam perut. Lama kami tunggu anak ini. Berpengalaman merasa bergelar TTC, membuatkan aku lebih menikmati setiap momen sepanjang kehamilan ini. Dugaan-dugaan sepanjang hamil pun membuatkan aku mengerti, besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Rindu umi. Alhamdulillah, Allah kurniakan peluang untuk aku merasainya. Terima kasih ya ALLAH. 

Wednesday, November 27, 2013

Hijrah

Alhamdulillah, hanya padaMu kupanjatkan kesyukuran. 25hb November 2013, akhirnya impian kami untuk tinggal sebumbung tercapai. Alhamdulillah. 

25 November 2013, aku sebenarnya dah tahu keputusan pertukaran boleh disemak pada 9 malam. Tapi memang rasa tak dapat, so aku buat tak tahu je. Relax je tengok tv. Suami pulak tertidur awal depan tv. Pukul 11 malam. Ex-housemate yang dah dapat tukar ke Kedah tahun lepas, sms. 

"Eg, cane? Dapat tukar tak?"

"Ntah la k.yani. Takde mood la nak cek. Tak dapat kot. Dengar cerita, kak Emy dapat."

Selamba yaya je aku balas. Kalau 3 permohonan sebelum ni, aku la yang paling excited nak tahu result dan berangan dapat pindah. Siap gamble angkut kain baju keluar pulau di hujung tahun. Dan buat muka tak malu angkut bawak masuk balik sebab tak dapat pindah di awal tahunnya. Huhu!

Lepas k.yani sms, aku bukak FB jap. Tengok status kawan-kawan. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Kemudian ternampak status kawan aku. Balqis. 

"tawakkal tu 'alaAllah..andai bertukar tmpt kerja itu baik utkku n agamaku, maka Kau luluskanlah pemohonan pertukaranku yaAllah..tapi andai ia tidak baik utkku n agamaku, maka aku redha utk meneruskan kehidupanku d sana lagi..amin ya rabb"

Tetiba, terdetik hati nak cek result. Ya, benar kata Balqis, kalau pertukaran itu yang terbaik untuk kesudahan kami, insyaALLAH, ada rezeki. 

Dannnnn..... 


Terus terkam suami di couch sebelah. 

"Sayang,cuba baca ni! Betul ke ni???"

Suami yang mamai-mamai capai telefon aku. Terus senyum. 

"Betul la tu... Alhamdulillah." Hug!

"Dia tuliis tahniah, kan yang? Betul kan diluluskan, kan yang?" 

Bini masih lagi takleh terima kenyataan. Kot-kot la aku tersalah eja, tertinggal baca perkataan TIDAK di hadapan DILULUSKAN ke apa ke... 

"Ye, betul. Alhamdulillah. Rezeki anak.... " Suami bajet cool sambil usap baby dalam perut. "Baby, nanti baby dengan ibu dah boleh duduk sini dengan ayah.... " 

"Cuba cek dengan telefon abang pulak." Aku masih lagi tak caya. Hehe... Bila suami dah cek, "Betul, lulus la sayang.... " Sambil tunjuk bukti. 

"Jom kita cek guna laptop pulak." Sabo je la suami dapat isteri camni. Maklum la, sikit pun tak terdetik dalam hati aku selepas isi eG-Tukar hari tu bahawa aku dapat pindah. 

Tapi masa nak cek guna laptop tu, website eG-Tukar dah congested. Tak dapat masuk. Masa tu pulak kawan-kawan dok mesej bertalu-talu tanya keputusan. Whatsapp, FB, WeChat, sms tak berenti masuk.  Aku still tak berani nak cakap aku berjaya selagi tak tengok keputusan di laptop. 

Suami dah hilang kantuk. Senyum je tengok bini dok kalut nak login eG-Tukar di laptop. Lama jugak baru dapat masuk website eG-Tukar. Alhamdulillah, betul, permohonan pertukaran aku diluluskan. Alhamdulillah, rezeki anak untuk membesar bersama ibu dan ayah. Terus print screen. Saved!

"Jom sujud syukur."

"Baju seksi sangat ni. Subuh esok lepas solat subuh ye."

Namun hati tak henti-henti ucapkan syukur pada ALLAH. SesungguhNya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Pagi esoknya dapat berita, roomate aku di Tekek pun dapat sama-sama bertukar ke Negeri Sembilan. Alhamdulillah. Berjodoh benar aku dan dia. Masa berkumpul di PPD Temerloh untuk terima surat penempatan pun, dialah sahabat pertama aku kerana kami sama-sama ditempatkan di Pulau Tioman. Sama-sama menangis semasa membuka surat penempatan. Dan petang tu jugak terus ikut dia balik ke rumah keluarganya di Rompin untuk masuk melapor diri di SMK Tekek keesokan harinya. Kemudian menjadi teman sebilik, bersanding pada tarikh yang sama tahun lepas dan kini sama-sama dapat berhijrah ke Negeri Sembilan. Itu tak cerita lagi sama-sama balik jumpa suami di Negeri Sembilan. Sama ada suami aku yang jemput di Rompin atau Mersing atau sama-sama pejam mata spending about RM1K per month for Berjaya Air, twice per month. 

Sungguh, sikit pun tak terlintas di hati aku, permohonan aku akan berjaya. Alhamdulillah, berkat jasa baik pengetua baru yang menyokong semua permohonan guru-guru tak kira tempoh masa berkhidmat. Dan dia juga yang menghantar sendiri borang-borang permohonan guur-guru ke JPN. Kerana prinsipnya, "Semua orang ada alasan tersendiri untuk berpindah. Buat apa nak sekat." Pengetua yang berwajah serius ini, yang sering membuatkan aku kelu kala berbicara dengannya dan jantung berdegup bagai nak pecah dada ini bila berhadapan dengannya, begitu bertanggungjawab membaca satu-satu alasan pindah setiap guru dan akan memanggil guru yang berkenaan dan meminta mengubah alasan kepada yang lebih relevan sekiranya ada kesilapan. Seorang rakan sekerjaku dipanggil untuk mengubah alasan pindah hanya kerana tertinggal perkataan "Bakal" di hadapan isteri kerana dia bakal berkahwin hujung tahun ini. Dia jugalah yang berkongsi tips untuk menanda YA di ruangan Sanggup ditempatkan di PPD lain selain di PPD yang dipohon. Begitu bertanggungjawab dia 

Alhamdulillah, berpeluang bekerja di bawah dua kepimpinan pengetua. Dua pengalaman yang sangat berbeza dan sangat mahal harganya. 

Kalau sebelum ni aku selalu berimaginasi bagaimana keadaan aku menjaga bayi seorang diri di Tekek, membawa bayi menaiki flight Berjaya Air 2 kali sebulan, hantar di ke rumah pengasuh dan pelbagai lagi. Maka minggu terakhir sebelum cuti akhir tahun bermula, aku sibuk menyusun atur buku-buku di mejaku di bilik guru supaya senang guru yang menggantikan aku semasa cuti bersalin mencari buku-buku yag berkaitan.  Memastikan fail-fail PBS lengkap dengan eviden dan sebagainya. Mengemaskini perpustakaan yang aku terima kosong tanpa perabot dan kini lengkap untuk beroperasi. Mengemas baju-baju untuk ditinggalkan selama bercuti 4 bulan setengah. 

Kini, aku wajib mempersiapkan untuk kembali menajamkan skill memandu setelah 2 tahun dimanjakan suami untuk duduk bersenang lenang di kerusi co-pilot. Wajib mempersiapkan mental dan fizikal untuk mengajar subjek-subjek lain yang mencabar, menjadi guru kelas dengan pelbagai sistem e untuk dikemaskini, menguruskan eviden-eviden PBS untuk lebih banyak kelas, memegang lebih banyak waktu mengajar dan pelbagai lagi tugas guru yang lebih mencabar di luar pulau ini. Tiada lagi bersenang lenang mengadap perpustakaan dengan 15 waktu mengajar seminggu kerana aku guru PSS. 

Syukur, ALLAH mendengar doa hambaNya yang bukanlah rajin melazimi solat dhuha, hajat dll setiap hari. Terkadang cuma aku menggagahkan diri mencuri sedikit waktu. Namun aku tak lupa untuk berdoa, "Kurniakanlah yang terbaik untuk kerjayaku, rumahtanggaku, anakkku kerana sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Kiranya aku masih ditakdirkan untuk berada di sini selepas kelahiran anak ini, kuatkan imanku, pinjamkan aku sedikit kekuatanMu untuk aku teruskan hidup di sini. Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui. Amin, ya Rabbal Alamin."

Selalu aku ingatkan diri, jangan tamak meminta dari ALLAH. Ya, memang hanya pada ALLAH kita memohon. Namun jangan tamak. Betapa dah banyak ALLAH beri nikmat, sesekali ALLAH uji dengan dugaan, bersabarlah. Bertabahlah. IKat hati agar sentiasa dekat dengan ALLAH.  Nak kerja, ALLAH dah bagi. Nak kawin, ALLAH dah permudahkan. Nak anak, ALLAH dah kurniakan. Nak duduk bersama suami, alhamdulillah ALLAH dah izinkan kini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Dan kini masih lagi berdoa agar dapat sekolah yang tak jauh dari rumah. 

InsyaALLAH, selepas pantang nanti aku, suami dan our little caliph akan masuk ke pulau untuk menguruskan barang-barang, nota serah tugas dan dokumen pertukaran. Bukan lagi sebagai penduduk Tioman, tapi sebagai pelancong. InsyaALLAH. Alhamdulillah. Amin. Seperti doa-doaku sebelum ini. 

Patutlah petang 25 November, walaupun pulang lewat dari kebiasaannya, suami begitu gigih mengemas rumah, menukar susun atur perabot kerana menginginkan ruang yang lebih luas untuk our ittle caliph meneroka dunia baru nanti. Rupanya, ada berita baik yang menunggu di malam harinya. Sesungguhnya, ALLAH SWT lebih tahu. 

Friday, November 22, 2013

Setelah seminggu....

Dah pun selamat bercuti sekolah seminggu. Takde apa pun yang aku buat. Punya la pemalas nak bergerak sekarang. Kalau boleh, nak keluar rumah pun malas. Padahal orang lain pun pregnant jugak. Tapi aktif je ke mana-mana. Aku je yang bajet wanita sarat yang tak larat. Cehhh....

Tapi sebenarnya memang tak larat pun. Minggu ni dah masuk 33 minggu. Another 7 weeks to go, insyaALLAH. Plan nak balik kampung minggu ke 38. Harap baby jangan la keluar awal sangat. Ibu dan ayah tak nak ic baby, ic orang nogori. Hehe.... Tapi bila dah balik kampung nanti, kalau nak keluar, tunggu ayah sampai dulu ye.

Aktiviti aku kat rumah. Lepas subuh, tido. Pastu bangun masak untuk suami. Pastu selang-selang hari, Mr. Polaris akan bawak aku keluar sedut udara luar. Kalau ikut hati, memang malasnya nak keluar. Nak shopping pun takde hati. Sebab yang pertama, tak larat nak jalan banyak-banyak. Pastu kalau makan kat luar, kena ambil masa untuk makanan turun kalau tak aku muntah. Sebab baby dah makin besar sekarang. Kalau kat rumah pun kena makan secara bertertib gitu. Makan pun dalam kuantiti yang sikit. Pastu makan slow-slow. Pastu mengah susah nak bernafas. Pastu sendawa tak henti-henti. Pun kena pandai-pandai kontrol supaya tak muntah. Lagi satu, malas nak keluar sebab kejap-kejap nak kena carik tandas. Tandas pulak, kena guna tandas duduk. Dah satu hal nak bersihkan dulu public toilet sebelum guna. Tu yang malas tu.

Niat hati masa cuti nak tumpu pada bisnes. Idea banyak. Nak edit gambar, study tentang produk, jurnal-jurnal berkaitan. Sudahnya, hadap laptop pun aku malas. Bila Mr. Polaris dah balik kerja, aku memang lagi malas dah nak hadap laptop. Baik hadap suami kan. Dapat pahala. Hehe....

Dulu masa belum cuti, kemahen aku asyik bagitau Mr. Polaris, bestnya cuti nanti berpeluang jaga makan pakai abang. Sudahnya, makan dia je yang aku jaga. Bab baju, memang dia je yang asyik basuh dan sidai. Aku tukang lipat. Sebabnya mesin basuh yang tuan rumah tinggalkan kat rumah kami ni semi-auto. Mr. Polaris tu bukan boleh tengok kakyong ni duduk bangun, duduk bangun nak tengok air dah penuh belum, nak drain kan air, nak wash la, nak spin la... Tapi sebenarnya aku lagi suka mesin basuh semi-auto sebab baju lagi bersih. Sebabnya, suka hati kita nak bilas baju berapa banyak kali pun. Kan...

Dan minggu ni, sempena baby dah berumur 33 minggu, barulah kami berpeluang gi check-up dengan suami. Tapi betul la kawan-kawan aku cakap. Biasa je. Takde apa yang beza sangat pun pergi check-up sendiri dengan suami teman. Sebab klinik kerajaan kan. Bukannya suami masuk teman masa nurse check pun. Tunggu kat luar saje. Kalau private, memang la dia ajak hubby masuk sama. Bayar mahal tu. Hehe... Tapi takpe, bagi aku tetap istimewa. Tapinya check up kali ni, berat naik mendadak 1.5kg. Sepatutnya naik sekilo je every fortnight. Ni terlebih setengah kilo. Sudahnya kena pergi cek tekanan darah every 2-3 days ikut tarikh yang nurse bagi kat klinik pulak. Nasib baik dia suruh pergi klinik 1 Malaysia dalam taman aku duduk ni je. Ala, setengah kilo je pun. Hehe. Tapi maybe sebab anak sulung, kena beringat. Takpe, gi je la.

Hari ni, sempena hari Jumaat yang mulia, dan aku pulak teringin nak makan nasi minyak dengan gulai daging, maka aku masak la nasi minyak gulai daging hari ni. Memang ni la first time aku masak gulai dan menjadik dengan jayanya. Sebelum ni, tang gulai aku serah kat kak long dan umi saja. Aku masak menda lain. Sebab tak reti nak agak nak kena guna serbuk kari banyak mana, bawang banyak mana, cili giling banyak mana. Tapi tadi, lepas sms-sms dengan kak long, dengan lafaz bismillah, aku mula la menggulai. Perghhhh, senyum je tengok gulai masak dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Eceh. Hehe.

Tapi Mr. Polaris tak berapa sikit lauk bersantan ni. Makan tak bertambah pun. Sentap sikit di situ. Huhu. Padahal bini punya la kembang hati sebab first time berjaya masak gulai. Kalau lauk sup, sayur air/bening, tomyam, singgang, punya la bertambah-tambah dia makan nasik. 

Oleh kerana ini kali pertama aku masak gulai dengan jayanya, maka aku akan tepek resipinya kat sini. Kot la nanti nak masak lagi, boleh revise di sini sahaja. 

Bahan:

  1. Secawan setengah daging
  2. 3 biji bawang  merah kecil dan 2 biji bawang putih, kisar. 
  3. 2 sudu besar cili giling ( tapi aku guna sesudu je sebab cili giling Adabi pedas ya Rabbi
  4. 2 sudu besar serbuk kari
  5. rempah tumisan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan ___ (lupa nama, hehe)
  6. santan pekat
  7. garam gula
  8. Kentang potong 4
  9. Asam keping
Cara:
  • Tumis rempah tumisan dengan bawang hingga wangi dan garing.  Kemudian masukkan cili giling yang dah dicampurkan dengan serbuk kari dan sedikit air sehingga menjadi paste. Tumis hingga pecah minyak. 
  • Masukkan daging, biar sebati dan tunggu hingga air daging kering. Masukkan asam keping. 
  • Masukkan kentang. 
  • Masukkan santan pekat. 
  • Kalau nak cair sikit, tambah air. 
  • Biar hingga masak. 
Ecewahhh... 


Nah, bahan bukti. 


Dan bila adik ipar dan sepupu datang ke rumah hujung minggu tu, kakak ipar yang excited tak habis lagi ni, sekali lagi masak nasik minyak siap dengan tambahan ayam goreng pulak. Muehehe. Sabo je la... 

Thursday, October 31, 2013

Peluang perniagaan bersama GLAMPRENEUR!!!!!!


Ramai yang merungut kos sara hidup makin meningkat, tapi gaji tak naik2. Ada jugak yang marah2 gara-gara harga gula dan petrol naik. Membebel marahkan government pun tak gunakan... Sape la nak dengar suara kita. Apa pun, life must go on. So, be optimistik, carilah alternatif. Hidup berkeluarga lagi la nak pakai duit banyak kan.... Lagi2 sekarang ni ramai pasangan jarak jauh. Duit gaji rasa mengalir macam air je... Nak tak nak, side income is a must sekarang. 

Tapi ramai pula yang bimbangkan halangan2 seperti:
# anak kecik lagi la.... 
# takde masa nak cari kerja sampingan
# nanti anak takde orang nak jaga pulak
# nak bisnes, tapi nak jual apa
# nak bisnes, tapi tak tau nak mula dari mana
# nak bisnes, tapi takde modal besar
# nak bisnes, tapi malu nak promote barang kat orang

Halangan memang sentiasa ada. Tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan... Kita la yang kena cari jalan. Tahukah anda kami di GLAM kebanyakannya dah berkeluarga, berkerjaya, masih belajar, ada anak-anak, ada komitmen masing-masing. But yet still mampu berbisnes. 

Apa yang GLAM offers?
  1. Modal yang fleksibel. Tak de modal besar? Kita mula dengan modal kecik.
  2. Aktiviti bisnes menggunakan online media social; FB, blog, instagram, wechat, whatsapp dll. Tak payah bawak barang gi promote pintu ke pintu, meja ke meja. Sambil-sambil FB sejam dua tu, perghhh berjujuk order masuk tau. Hehe.... 
  3. Wide range of various products. Barangan kesihatan, barangan kecantikan, barangan penjagaan diri, kediaman dan lain-lain. Anda pilih je apa yang anda suka jual. Takde paksaan tau.... 
  4. Masa yang fleksibel. Suka hati anda bila nak bisnes, bila nak spend quality time dengan family, bila nak bercuti. Anda yang tentukan. 
  5. Setiap langkah anda, akan dibimbing oleh leaders hebat kami. Bukan setiap hari orang nak bantu kita kan? Tapi percayalah dalam GLAM setiap saat anda akan dibimbing. Just ask for it, the leaders will willingly to help you. Percuma pulak tu. Untung giler kan?
  6. Mempunyai akademi sendiri sebagai #learningcentre

Sebagai pulangan apa yang anda akan dapat?
  1. bonus dalam bentuk tunai setiap 10hb. 
  2. peluang melancong ke luar negara 3x setahun percuma
  3. peluang mendapat tabung kereta
  4. hati yang puas kerana berpeluang membantu mereka yang dalam kesusahan
  5. jiwa yang gembira kerana mampu menyediakan keperluan dan kehendak untuk keluarga
  6. diri sendiri dan keluarga yang lebih sihat dengan mengamalkan produk2 hebat kami
  7. kebebasan masa (time freedom)
  8. kebebasan kewangan (financial freedom)
  9. muncul di majalah2 hebat
  10. muncul di rancangan2 hebat di TV
  11. personal incentive dari leaders bila anda berjaya mencapai target seperti designer's handbag dll
  12. menjadi protege kepada bisnes mogul Malaysia seperti Hanis Haizi, Sha Khalid dan Shaliza Aziz.

Tak kenal Hanis Haizi? Sha Khalid? Shaliza Aziz?

Klik saja links ini, sayangku.... 


Dah kenal?

Apa tunggu lagi? Jom sertai kami di Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) dan anda berpeluang mendapat apa yang anda impikan. 

Berminat, cepat hubungi saya di 0139943935 untuk keterangan lanjut. 


Wednesday, October 30, 2013

Cerita hamil... ~Antara angan dan realiti.

Hai, assalamualaikum. Mengikut kiraan Baby Center App, hari ni baby genap berumur 30 minggu. Lebih kurang 7 bulan setengah. Alhamdulillah, baby baik-baik sahaja. Maknya sahaja yang kadang ok kadang tak. Biasalah. Bajet manja lebih. Pulak tu jauh dengan hubby. Lagi la mengada. Hehe. 

Semalam selesai sudah kejohanan sukan sekolah. Walaupun dengan tak cukup cikgu kerana ramai guru menghadiri kursus PBS dan lain-lain, dengan aku yang bajet sarat ni, hehe.... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. 

Merenung cerita kehamilan umi dulu-dulu, aku yang mempunyai 6 adik ini tak pernah terbayang begini rupanya perasaan membawa bayi dalam rahim. Kalau dulu, asal umi pregnant je, yang aku tahu cuma nanti nak dapat adik. Cerita loya, penat, tak larat, sakit-sakit badan, bayi quickened dalam perut umi langsung aku tak tahu. Punya la naif. 

Begitu juga bila baru kahwin. Orang pregnant, aku pun nak jugak. Bila terus melekat lepas kahwin, punya la happy. Masa tu tak fikir pun apa yang akan aku alami sepanjang tempoh hamil nanti. Bila keguguran semasa kandungan berusia 8 minggu, aku punya la sedih sampai setiap bulan bila bulan mengambang tiba, confrim aku menangis sayu hati sedih sampai suami dah tak tau nak pujuk cane. 

Bila balik kampung untuk PRU tu, aku dah rasa instinct yang aku pregnant. Tapi sebab masa tu baru sebulan dari tarikh last menstruation, so tak bagi tau Mr.Polaris lagi. Tapi aku ada bagi tahu mak sedara, kak long and kawan umi yang aku rasa macam aku pregnant. 

Balik je ke Labu semula, suami suruh buat pregnancy test tapi masa tu pregnancy test kit yang selalu aku beli tiap bulan dah habis pakai. See, betapa excitednya nak mengandung. Lepas dah beli tu, buat la test. Then, it was positive. Sengih la laki bini ni. 

Kemudian bermula la episod muntah, loya, tak selera makan, sakit badan, emo sebab tak larat segala. Baru aku tahu, begitu rupanya pengorbanan seorang ibu. Bak kata Blogger Nurulism, "Mommy cuma ada 1 nyawa untuk dipertaruhkan berkali-kali untuk melahirkan...." Lebih kurang gitu la... Ye, besarnya pengorbanan seorang ibu. 

Terkilannya rasa kerana tidak sempat memohon ampun dan maaf dari umi sebelum umi pergi. Namun, berpeluang menjaga umi sehingga nafasnya yang terakhir, merupakan pengalaman yang tak ternilai harganya. Kalau umi masih ada, ingin sekali aku minta maaf darinya. Supaya segala urusan melahirkan nanti berjalan dengan mudahnya. Ingin sekali aku rasa

Takut rasanya untuk melalui proses bersalin nanti. Bimbang suami tak sempat tiba untuk menemani aku di bilik bersalin, bimbang pula memikirkan bakal membawa baby ke pulau dan manjaganya seorang diri. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. InsyaALLAH, amin. 

Dan kini, menunggu tamat sesi persekolahan 2013 pada 15 November nanti sangat menyeksa batin. Walau cuma tinggal 2 minggu lebih sahaja lagi. Seksa jiwa menunggu saat untuk duduk sebumbung dengan suami. Tambah lagi bila suami tak sihat. Mengenangkan dalam tak sihat tu dia masih lagi kena uruskan makan pakai sendiri, pedih rasa hati. No, I didn't meant to be jiwang-jiwang or what so ever, tapi yang merasai sahaja yang akan faham. 

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami. Amin. 

Tuesday, October 22, 2013

Gulai daging masin daun kaduk


Hari tu, jejak je Tioman, terus terasa-rasa nak makan gulai daging masin campur daun kaduk. Daging korban hari tu memang ada bawak masuk pulau. Masalahnya daun kaduk mane nak carik? 

Pastu nasib baik kat rumah mertua colleague ni ada daun kaduk. Maka project gulai daging masin la aku hari ni. Daging pulak kebetulan yang bercampur urat tu sket. Lagi sedap nak gulai kan. So malam tadi hiris kecik2 dan perap garam. Kalau ikut resipi tradisional, daging ni perap dengan garam luar peti sejuk sampai busuk sikit. Tapi aku perap dalam peti je la. Tapi tak bekukan la. 

Pastu balik sekolah tadi, chopped bahan-bahan dengan Tupperware Turbo Chopper, gaul dengan daging, masak atas api kecil. Dah keluar air daging, tambah lagi air dan masak lagi dekat sejam jugak untuk lembutkan daging. 

Pastu baru masukkan santan, daun kaduk, garam gula secukup rasa. Perghh, menggigil nak tunggu gulai masak. Semerbak baq hang!!! 

Dah siap makan, harusla si kecik ni menendang-nendang happy. Sedap kot mak dia masak. Haha! Perasan! 

Resipi aku letak la kat sini sebab ni pun first time aku masak. Hehe. 

Bahan-bahan:
1. Daging semangkuk yang telah diperap garam 1 malam
2. 3 biji bwg merah
3. 2 ulas bwg putih
4. 5 biji cili padi
5. Seinci halia
6. Seinci kunyit hidup. Aku pakai serbuk je tadi. 
7. Asam keping
8. Garam gula
9. Santan sekotak
10. Daun kaduk

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan kecuali asam keping dan santan. Gaul dengan daging dan masak hingga air daging kering sikit. Masukkan secawan lagi air dan biar daging lembut. 
2. Masukkan santan dan asam keping. Perasakan garam gula.
3. Potong daun kaduk dan masak dengan api perlahan. 
4. Siap. 

Begini jugak resipi untuk masak siput sedut. Tapi siput tak perlu diperap dengan garam. 

Ol. Happy cooking!!! 


Monday, October 21, 2013

Aidiladha 2013 dan trimester ketiga

Cerita Aidiladha adalah tanpa gambar. Dah kata kan anak aku memang tak suka mak ayah dia bergambar. Hehe. So, kami memang takde bergambar langsung sepanjang raya dan semasa di kampung selama 5 hari tu. 

Kali ni malam raya aku tido di rumah mertua. Tapi takde tolong masak pun sebab aku kan menantu bertuah. Haha! Pemalas nak mampos. Lagi la sekarang tengah pregnant, lagi rasa tak larat. Pagi raya, sebab tengahari nanti nak makan daging-daging, maka mertua goreng kuetiaw je. First time makan kuetiaw di pagi raya. Biasa kalau kat rumah aku kalau raya haji, umi akan buat laksa penang sebab takut muak dengan daging tengahari nanti. Tapi 2 pinggan jugak aku balun kuetiaw goreng. Hehe. Tapi malam raya tu aku ada jugak buat puding trifle. Nak masak rendang kang, mertua takde buat ketupat pulak. Hehe. Jadilah dari tak masak pape kan. 

Lagipun mertua macam tak berapa nak beria berhari raya sebab anak menantu lain semua tak balik. Ye la, tahun ni raya haji jatuh hari Selasa. Banyak tu nak kena mintak cuti. Takat balik kampung 3 hari, tak berbaloi. Buat penat badan je. Kami hari tu pun, biasa balik ikut highway LPT, tetiba ngada nak balik ikut jalan Gua Musang sebab bajet tak jem la sebab maybe tak ramai orang balik beraya. Tapi, dah nama orang Pantai Timur, tak kira la raya haji jatuh hari apa, confirm balik beraya. Maka, merasalah perjalanan 11 jam dari Labu ke Jerteh. Pheww. Penat yang amat.  Jem kat Raub, jem kat Kuala Krai dan jugak Machang kot. 

Lagi satu, adik ipar aku yang bongsu masih lagi dalam wad sebab suspected terkena Leptospirosis aka kencing tikus. 2 minggu demam baru masuk wad. Dan kena keluarkan air dari paru-paru. Tu yang mertua aku tak berapa nak beraya tu kot. 

Pagi raya tu, ada ziarah nenek belah suami dan sedara mara dia. Lepas zohor kot baru balik rumah abah. Mama dan nenek masak nasik arab, pastu mama buat kuzi ayam dan trifle. 

Malam, balik rumah mertua semula sebab nak buat preparation untuk majis pertunangan adik ipar perempuan bongsu. Ada ke disuruhnya kakak ipar yang takde seni ni buat pelamin. Maka, hasilnya camni aje la.... 


Semua DIY. Recycle je barang-barang yang ada kat rumah. Settle. Takpe la tak berapa cantik pun. Dari takde kan. Kalau sewa dah hangus berapa ratus. Baik simpan duit untuk kahwin nanti. 


Itu la gambar adik ipar. Taken okeh. Hehe. 

Pastu malamnya pulak, mertua buat kenduri solat hajat untuk baby sempena dah masuk 28 minggu. Ikut adat, family belah lelaki yang kena buat. Semoga ibu dan baby selamat dan baik-baik sahaja. 

Wah, dah 28 weeks rupanya. Kalau ikut kiraan minggu, dah pun masuk trimester ketiga. Dah 7 bulan. Tapi kalau ikut kiraan bulan, last menstrual date aku 4 April, 4 Oktober lepas baru 6 bulan. Gitu. Tak kesah la kira cane pun. Asal baby sihat-sihat sahaja. 

Hmm, walaupun cuti lama hampir 9 hari dapat tido ada suami kat sebelah, rasa kejap je masa berlalu. Seriously hari Ahad tu memang takde hati langsung nak masuk pulau. Suami pujuk-pujuk jugak, takpe 4 minggu je... Nanti cuti lamaaaa.... Memang la. Tapi saat-saat dah masuk 3rd trimester ni, lagi la aku memerlukan dia. Mintak tolong urut, sapu minyak, potong kuku kaki pun dah tak berapa nak sampai. Pastu time tak larat, sedap sikit mintak tolong bancuh susu, hulur itu ini. 

Takpe la, ini bahagian kami. Tempuh dengan redha. Pujuk-pujuk hati. Nasib baik anak behave je. Lately, makin suka pulak main-main dengan anak sebab dia dah bijak bagi respond bila kita cakap-cakap dengan dia. Aktif pulak tu bergurau dengan ayah dia. Sampai bergelombang perut mommy. 

Malam Sabtu hari tu pun ada ke klinik swasta untuk mintak surat untuk naik flight tu, ada la jugak scan. Doc cakap tak nampak private parts dia, tapi bila mommy tepuk-tepuk suruh tunjuk, terus je nampak. Baiknya anak mommy. Dengar cakap. Happy la ayah dia. Hehe. 

Ok la. Sekian sahaja. 

Saturday, October 12, 2013

Ibu mengandung VS shopping

Hai, assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, we are in 27th weeks of pregnancy. Lagi beberapa hari sebelum masuk minggu ke 28 dan bakal dikategorikan wanita sarat. I've been reading many blogs yang sarankan, bila dah masuk bulan ke 7 kehamilan, kita dah tak larat lagi dah nak tawaf shopping complex untuk beli keperluan bayi yang bakal lahir ni so, better beli awal. Tapi, take my words, shopping and wanita memang ditakdirkan untuk duduk dalam satu sentence. Hehe. Memula tu memang ingat aku tak larat nak tawaf kedai untuk beli barang baby, so cakap dengan suami, lepas makan nanti, terus balik la. Tak yah shopping lagi. Tapi aku rasa suami yang excited lebih. Dia kata, takpe kita tengok-tengok je dulu. Tapinya dari tengok-tengok tu, sempat tawaf 3 kedai, dan shopping habis dekat RM400 jugak. Hehe. Kami beli barang dari World of Babies lebih kurang RM 200 dan butik Anakku rm 177. Dekat Giant Nilai sahaja. 

Yeah, dan semalam kami dah pun membeli belah sedikit barangan baby. Bukan sedikit sebenarnya. Senarai kami dah hampir habis pun. Tinggal a few things yang kena beli dalam minggu-minggu terakhir nanti kot seperti toiletries set, wet tissues. 

So, we have done...

 For baby
  1. Pakaian (sleepsuits, rompers, short sleeved and long sleeved). Pakaian ni tetiba aku rasa aku terlebih beli. Huhu! Keterujaan seorang ibu. Haisyh! Kalau ikut list, kak long kata beli 6 pasang baju lengan panjang dan 5 pasang baju lengan pendek. Lepas tu autie aku yang baru lepas bersalin pulak sms bagitau anak dia tak suka kena bedung so dia suruh beli banyak baju lengan panjang. Then we ended up dengan beli 13 pasang baju lengan panjang. Dan cuma satu romper lengan pendek. Haisyh, membazir sungguh. Takpe, nanti aku share dengan kak long sket sebab kak long bakal bersalin minggu depan. Dan kami bercadang nak beli another 5 sets baju lengan pendek. Pastu kan, aku tak galakkan korang beli baju baby online. Sebab kain dia macam tak berapa berkualiti. Aku beli brand CK tu ok, tapi brand Carters memang kualiti rendah. So, tak nak lagi dah terpengaruh beli baju comel-comel jenama tu. 
  2. Pampers newborn (So far ada 3 brand yang menarik perhatian aku. Drypers, Huggies dan Pet Pet. Ramai yang cadangkan beli yang paket 24 je sebab baby cepat besar)
  3. Napkin 1 pek. Aku beli jenama Pigeon I pek RM 35 rasanya. Nampak macam jenama Pigieon lebih tebal dari jenama Anakku. 
  4. Toiletries ( rasa macam nak beli travel pack Johnson & Johnson je dulu)
  5. Tuala (Kak long kata beli 2, tapi nafsu aku rasa nak beli 4. Hehe). Baru beli sehelai sebab cadangnya nak beli warna putih. Tapi pergi butik Anakku semalam ada color biru dan pink je. Ala, takkan nak semua color biru atau pink kan. Nak la jugak color yang tak melambangkan jantina. Macam hijau ke, purple ke, coklat ke. Tapi aku tengok memang banyak barang baby yang cuma ada dua pilihan warna. pink dan biru. Tak suka. So aku baru beli satu towel untuk baby, brand Anakku. 
  6. Sapu tangan. Beli sepaket ada dua helai. Boleh la dulu. 
  7. Diaper bag. Dah beli, warna brown. Tapi belum sampai. Beli online dengan Lovely Kids Wardrobe. Hari ni rasanya suami akan collect di Pos Laju sebab semalam pos laju tinggalkan kertas notification tu kat pagar.
  8. Wet tissue. Belum beli. Beli awal-awalkan, tak wet pulak dia nanti. Hehe. 
  9. Diaper lining. Beli sekotak. Brand Disney rasanya. Ada 100 pcs dalam tu. Jadi la. Sebab aku tak tau bila nak guna. Hehe. 
  10. Detergent baby (Ada 3 jenama jugak yang macam aku berkenan, Tolly Joy, Pureen and Nappi Kleen. tapi belum pernah bau sendiri lagi. Rasa macam berkenan dengan Pureen sebab ramai yang kata wangi. Nanti aku gi cium kat kedai dulu). Belum beli lagi sebab cari di butik Anakku dan World of Babies, Nilai takde. So, nanti cari di supermarket je kot. 
  11. Kapas, cotton bud. Baru beli bebola kapas, lupa pulak nak beli cotton bud. 
  12. Booties, mitten. Yang ni memang sawan nak memilih. Sebab semua macam comel-comel, cute-cute. Baru beli 4. Ingat nak beli lagi. 
  13. Selimut baby (1 dah la kot sebab dah ada kain bedung kan). Terbeli 2 pulak. Hehe. Sebab Kak Long kata beli yang ada hood tu. Tapi tengok selimut yang takde hood pun comel jugak, so ambil satu yang ada hood, satu yang xde hood. Dua-dua brand Anakku. 
  14. Manicure set. Memula nak beli manicure set untuk baby jenama Pigeon kalau tak salah. Harga dekat RM20. Aku rasa dalam RM18 kot. Hubby kate tak yah mengarut la. Beli yang murah je. Hehe. So beli jenama Anakku, RM 8 je kot. 
  15. Changing mat. Yang ni aku terbayang changing mat yang ada bijik-bijik tu. Yang sebelah pink, sebelah biru. Tapi aku beli yang corak kartun kecik-kecik comel-comel. Brand Anakku jugak. 
  16. Penyangkut baju baby yang ada klip2 tu, senang nak jemur booties and mitten dia kan. Belum beli. Kalau tak, hari ni dah boleh mula buat laundry baju baby. Eh, tapi laundry detergent pun belum beli jugak. 
  17. Topi. Yang ni beli yang satu set dengan booties n mittens. Beli satu je. Kak Long kata untuk cover kepala baby bila bawak dia jalan-jalan. Color universal. Kuning susu campur coklat. 
  18. Kelambu. Tak beli lagi sebab takde yang menarik. 
  19. Kasut. Beli online. Kasut Converse warna merah idaman hati ibu. Hehe. Pun beli dengan Lovely Kids Wardrobe. Suka shopping kat sini sebab kalau dibandingkan dengan online baby store yang lain, LKW ni macam murah few ringgit. 
So, selesai la sudah entry beli barang baby. Sehingga berjumpa lagi. Sebenarnya nak share kebaikan berurut semasa hamil since aku ada berurut dengan seorang bidan minggu lepas. Tapi sampai sekarang entry tu terperam dalam draft. Nanti la, tunggu mood aku datang. Mungkin lepas balik kampung esok kot. 

Petang ni nak ke Nilai 3 sebab nak beli sedikit kelengkapan pertunangan adik ipar. Shopping lagi yooo!

Tuesday, October 8, 2013

Senarai keperluan untuk ibu dan anak pertama

Tajuk tak menahan.... Macam dah berpengalaman beranak 3. Tapi takpe, saje je nak share list aku. Mana tau kot ada mommy to be yang tercari-cari senarai keperluan untuk ibu dan anak, lagi-lagi for their first baby, boleh jugak la dijadikan panduan. 

For baby
  1. Pakaian (sleepsuits, rompers, short sleeved and long sleeved)
  2. Pampers newborn (So far ada 3 brand yang menarik perhatian aku. Drypers, Huggies dan Pet Pet. Ramai yang cadangkan beli yang paket 24 je sebab baby cepat besar)
  3. Napkin 1 pek
  4. Toiletries ( rasa macam nak beli travel pack Johnson & Johnson je dulu)
  5. Tuala (Kak long kata beli 2, tapi nafsu aku rasa nak beli 4. Hehe)
  6. Sapu tangan
  7. Diaper bag
  8. Wet tissue
  9. Diaper lining
  10. Detergent baby (Ada 3 jenama jugak yang macam aku berkenan, Tolly Joy, Pureen and Nappi Kleen. tapi belum pernah bau sendiri lagi. Rasa macam berkenan dengan Pureen sebab ramai yang kata wangi. Nanti aku gi cium kat kedai dulu)
  11. Kapas, cotton bud
  12. Booties, mitten
  13. Selimut baby (1 dah la kot sebab dah ada kain bedung kan)
  14. Manicure set
  15. Changing mat
  16. Penyangkut baju baby yang ada klip2 tu, senang nak jemur booties and mitten dia kan
  17. Topi
  18. Kelambu
  19. Kasut 
Dalam panjang-panjang senarai, itu saje baru beli. Dan a few sleepsuits and rompers. Tapi sebab belum settle list untuk baju baby, jadinya takleh potong lagi item nombor satu tu. 

Keperluan penyusuan susu ibu secara eksklusif

Yang ni rasa tak perlu beli lagi sebelum bersalin sebab dalam perancangan kami, we are going to use them right after I start to work again because I will taking 3 months maternity leave. So sementara tu, kita direct breastfeed saja ye anakku. Tapi pening jugak dok survey set breast pump yang best dan tak berapa mahal macam Cik Medela tu. Telan ailio tau tengok rege Medela FS. So, kalau ada sape-sape yang bermurah hati nak sponsor, dipersilakan. Hehe... 

Pening tau nak pilih yang manual ke, elektrik ke.... Tapi memang tak nak bagi anak susu formula. Sebab nanti kalau aku tak dapat pindah duduk bersama suami lepas bersalin, wajib angkut anak duduk bersama di pulau nan indah ini. Takpe la anakku kita setinggan di rumah bujang mommy ni. Duduk la ramai-ramai 5,6 orang kat sini nanti. 

  1. Breast pump
  2. Cooler bag
  3. Reusable ice pack
  4. Breast pad
  5. Storage bottle
  6. Ziplock storage bag
  7. Bottle and teat brush
  8. Bottle cleanser 
  9. Set botol susu
Keperluan berpantang
  1. Confinement set by Tropical Herbs, Amway
  2. VCO dan brown soap, Tanamera
  3. BB Plus Collagen, Hai-O penting untuk membina semula sel-sel badan. Baikpulih semula kesan-kesan regangan dan perubahan hormon semasa mengandung. 
  4. Lactolite, Hai-O penting untuk usus yang sihat. Lactolite ni aku suka sebab dia serbuk yogurt yang mengandungi bakteri baik untuk usus. Takde sakit-sakit perut macam makan julap. Dan yang utama, wanita mengandung pun boleh makan. 
  5. Maternity pad aku bercadang untuk guna Wanisa by Zhulian. Bagus untuk buang sisa-sisa darah kotor kita. Mahal? Takde la, badan kita lagi mahal kan. Takde dapat tukar ganti dah. 
Keperluan lain
  1. Stroller
  2. Baby carseat
  3. Baby carrier
  4. Baby cot
  5. Rocker
Keperluan lain ni rasa macam tak perlu lagi. Dan mungkin tak perlu pun kot. Tapi kalau tiba-tiba nanti di masa depan rasa perlu, baru kami beli. Sebab kami PJJ husband and wife, takde maknanya nak tolak baby dalam stroller bawak jalan-jalan. Mak apak baby pun jumpa 2 hari 1 malam je, bila masanya nak berjalan-jalan dengan baby.

Carseat? Ramai kawan-kawan yang cakap anak mereka cranky bila letak dalam carseat untuk long distance travelling. Lagi senang pangku je baby sebab senang nak bagi susu dan tukar pampers. Ok. Takyah membazir. 

Baby cot dan rocker. Alasan sama dengan point untuk stroller. 

Baby carrier. Ayah dia kata tak payah. Biar ayah dia je dukung kalau nak gi jalan-jalan shopping complex. Lagipun bukan hari-hari mak dia ni dapat jumpa shopping complex. 


Aku rasa macam panjang giler je kan list. Mak ni belum pun jenguk duit dalam bank untuk baby ada berapa. Rasa macam lebih dari 1K. Masalahnya, cukup ke? Huhu. Terpaksa la mak kikis sikit-sikit dari bank-bank lain. Mak ni banyak akaun bank je, duitnya belum tentu ada. Hehe. Tapi dari sejak awal bergiat dalam dunia bisnes ecewah, aku memang dah amalkan untuk asingkan duit dalam bank yang berbeza. Contohnya, duit customer bayar installment corset aku masukkan dalam Maybank, duit gaji dalam CIMB, saving dalam Tabung Haji la kan, duit rumah sewa dalam BSN, dan duit untuk keperluan bayi dalam Bank Islam. Baru la senang nak manage. Takde la tetiba seronok sangat withdraw duit kat kampung, tetiba baru perasan itu duit untuk kegunaan lain. Tak ke haru tu. Tapi yang penting semua bank tu ada kad atm kecuali la Tabung Haji sebab itukan saving. Nanti senang nak keluar duit, tak jadi saving pulak kan. Hah, sape rasa duit dia susah nak manage, buat cara aku. So, bila dapat gaji, terus agihkan duit kepada akaun-akaun yang berkenaan. It works, I can tell.  

Monday, October 7, 2013

Weekend without husband, with the baby inside the tummy

Begitu tajuk, begitulah cerita. 

Weekend yang ke berapa tanpa suami pun aku tak tahu. Tak daya dah nak kira. Yang aku hafal, lepas cuti raya haji seminggu nanti, masuk pulau untuk 4 minggu persekolahan sebelum bercuti untuk 4 bulan setengah. Sounds yeay kan... Tapi sebelum yeay tu, bertabahlah mengharungi hidup di sini. 

Kadang-kadang, dengan emosi orang hamil, penat kerja, lenguh kaki, sakit badan, badan yang berangin, makanan lambat turun rasa tersangkut katvl tekak, sendawa tapi rasa nak muntah, memang mampu nangis je sorang2 sebab tak tahan sangat  dah. Nak urut sendiri kaki, perut dah jadi penghalang dah. 

Sekarang ni pulak, nafsu makan menjadi-jadi. Tak menjadi sangat pun sebenarnya. Tapi, dah mula rasa cepat lapar. Bila lapar tu, bukan rasa yang manja2 je, terus lapar yang kalau tak makan sekarang, confirm angin gastrik melanda. Tapi takpe, demi anak. Mak sanggup terima je. 

Mujurlah saat2 akhir kehamilan nanti diberi peluang untuk ditempuhi bersama suami dan kemudiannya bersama keluarga. Alhamdulillah. 

Apa? Ramai dok puji-puji kami pandai bajet masa nak pregnant sebab boleh sambung cuti sekolah dengan cuti berpantang? Takkk la..... Itu ketentuan ALLAH untuk kami. Itu yang terbaik yang direncanakan ALLAH. Alhamdulillah. 

Baby stuff lists? List dah siap, dah pun start beli. Tapi online je la dulu. Beli diaper bag, kasut comel yang aku aimed dari dulu lagi tuuuuu, dan some sleepsuits and rompers. 

Tentang list baby stuff ni pun aku tak paham. Makin lama aku peram, makin panjang pulak list nya. Haha! Beranak kahhh? 

Confinement set macam berminat dengan Tropical Herbs by Amway. Tapi nak add on Brown Formulation Soap and Coconut Oil dari Tanamera sebab tengok reviews pengguna, semua macam best je. Harap sangat adik-adik aku nanti sudi tolong aku habiskan semua barang dalam confinement set tu masa berpantang nanti. Nak harapkan suami, jauhhh.... Umi pulak takde. Ok, sedih! 

Dah la. Tutup citer. 


Tuesday, October 1, 2013

2D1N honeymoon in Tioman

Sabtu lepas, 28 September suami berpeluang menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Tioman tempat isterinya ini menabur bakti. Dah setahun setengah kawen baru berpeluang berhoneymoon di Tioman  bersama suami. Honeymoon la sangatttt.. Tapi memang best la bila suami yang datang ke sini. Tapi sebenarnya aku lagi suka balik ke rumah kami di Labu tu setiap dua minggu sekali. Ye la, rumah tangga kotttt... Memang la rasa macam rumahku syurgaku. 

Suami datang 2 hari 1 malam je. Itu pun menjadi salah satu faktor kenapa aku lagi suka balik Labu daripada suami yang masuk ke sini. Quality and quantity time spent together. Ye la, suami cuma cuti sehari, hari Ahad. Kalau dia nak masuk sini, kena mohon cuti sehari, hari Sabtu. Ahad dah balik. Buat penat badan je travel. Tapi kalau aku yang keluar, Jumaat aku dah boleh balik Labu. Ahad masuk. Lama la sikit boleh jumpa. Kan... 

Apapun, bila suami sampai, alhamdulillah. Selamat mabuk laut. Still in one piece. Lega. Hehe.

Baru sampai
Mr. Polaris sampai dalam pukul 2 petang lebih camtu. Bawak dia lunch dulu, kemudian balik rumah. Rehat. Ingat petang tu nak ke Taman Laut, tapi rasa macam lagi best gi pagi. So, postpone pagi esok je. Hari pertama rehat-rehat kat rumah je. 

Malam aku masak lauk simple yang tak best kalau makan sorang. Kena makan ramai-ramai. Nasik. Ikan singgang. Ikan goreng. Budu. Ulam terung. Perghhh, 2 kali makan bertambah lepas 2 hari baby tak jumpa nasik. Kesian anak. 








Di Taman Laut, tak mandi pun. Kalau tak pregnant ni, harus aku dan suami sama-sama mandi laut sambil bagi makanan kat ikan-ikan comel tu. Takpe la, next time. InsyaALLAH time tu dah dapat bertukar dan kami datang sebagai pelancong. Hehe. Amin.... 

Biasanya kalau nak mandi di Taman Laut, kami akan datang pukul 7 pagi. Matahari tak panas dan yang penting takde pelancong. Pukul 9 pagi, bila pelancong tiba dengan bot-bot sewaan mereka, kami balik la. Tak best mandi ramai-ramai sampai berlaga kaki nak berenang. Eceh, berenang la sangat. Pakai life jacket boleh la. Hehe. 

Hari tu tengok pelancong dan orang tempatan je mandi-manda. Students pun ada. Suami punya la kagum tengok anak-anak orang tempatan baru usia 5, 6 tahun selamba yaya je terjun dari pelantar, berenang di Taman Laut tanpa life jacket. Ye la, dah itu memang life diorang. Hujung minggu, kalau tak mandi di laut, ke mana lagi merek anak tuju? Lepak di shopping complex? Fast food restaurant. Never crossed their mind!

Satu tempat itu je lah yang sempat aku bawa suami. Tapi at least Mr. Polaris dah tau jarak kuarters dengan sekolah, kedai runcit, bank, airport, jeti, klinik dan lain-lain tempat yang aku selalu pergi. Dekat je pun... 

Tak sempat bawak dia explore banyak tempat sebab feri dia hari Ahad tu pukul 1. So, pukul 12.45 dah kena gerak gi jeti. Sedih sangat nak lepaskan suami balik. Rasa nak nangis. Tapi tahan sebab ramai orang yang dikenali di jeti tu. Malu. Hehe. 


Pergi membawa buah hati dinda
Nasib baik suami tertinggal baju berharuman dia di bilik aku. Boleh la buat tempat melepas rindu sebelum tido. 

Alhamdulillah, ALLAH anugerahkan rindu yang terindah ini dalam rumahtangga kami. 
Walaupun dah 8 tahun, 2 minggu, 1 hari bercinta, perasaannya tetap sama seperti dulu. 
Rindu, kasih dan sayang tak pernah berkurang. 
Sentiasa bertambah dari hari ke hari. 
Alhamdulillah.


Sebenarnya bila taip perenggan yang atas tu, baru aku perasan, kami lupa nak celebrate anniversary percintaan kami yang jatuh pada 16 September hari tu. Hehe... 
Nasib 2,2 lupa. Kalau tak, aku la yang sentaps. Hehe. 

Takde cerita pasal anak dalam entry ni. Biar aku saje yang simpan cerita excitement anak semasa menunggu ketibaan ayah dia ke pulau hari tu. Hehe. 

Till then. 

Friday, September 27, 2013

Pertama kali

 Esok insyaAllah buat pertama kalinya suami akan menjejakkan kaki di pulau tempat isterinya berbakti kepada anak bangsa. Ecewahhh. Setelah hampir dua tahun isteri di sini, akhirnya Allah permudahkan urusan suami untuk masuk ke sini. 

Hati isteri ni, tak tau nak cakap. Memang excited nak jumpa walaupun cuma mampu jumpa 2 hari 1 malam sahaja. Tapi, bimbang jugak takut suami mabuk laut. Musim monsoon macam dah start seminggu dua ni. Haisyh. Harap nanti suami ok ok saje menikmati perjalanan berferi selama 2 jam. 

Anak pun turut sama excited. Bila ayah dia call, sama sebok nak dengar suara ayah. Sampai nak terkencing mak ni sebab kena tendang. Sehari dua ni, makin aktif dia. Alhamdulillah, semoga sentiasa sihat, aktif dan dalam lindungan Allah anak. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan, amin. 

Sunday, September 22, 2013

Anak baik ini...

Hokey, hari ni rasa nak cerita perasaan tentang anak. Walaupun baru merasa dia berada dalam rahim aku 6 bulan n still counting, tapi dah ada beberapa perangai anak yang aku perasan. Ecewah. Statement tak leh blah. Sekalinya tersilap instinct keibuan ni sekali lagi, malu. Hehe... 

Aku rasa kan, ecewahhh... 

Pertama; Anak aku ni memang menurun ayah dia. Banyak benda yang aku suka, aku dah tak suka buat masa mengandung. Pastu terikut kesukaan suami pulak. Benda pertama yang kami realize adalah, aku tak suka dan benci betul nak bergambar sejak pregnant. Kalau dulu, lepas bersiap sebelum keluar dengan suami, snap pic sekali. Pastu masuk kereta, sebelum gerak, snap lagi sekali. Pastu dalam perjalanan lagi. Pastu bila sampai destinasi lagi. Masa makan, xyah cerita la. Haha! Padahal gi Giant dekat rumah je. Hehe. 

Kedua; suka makanan kampung. Western-western ni tak berapa nak lalu. Kalau dulu, tiap kali keluar pulau jumpa suami, memang tak sah kalau tak gi makan KFC, pizza, san francisco,secret  recipe. Tapi sekarang ni, kalau dapat makan singgang ikan, ikan goreng, sayur air, budu, ulam tu kenyang sampai petang. Menendang anak dalam perut punya la suka. Pastu hari tu, sebelum masuk pulau, pagi tu masak ikan singgang, goreng ikan, makan dengan ulam dan budu. Awal sikit lunch sebab nak bertolak ke airport. Di airport, beli Subway. Sampai pulau, makan. Muntah baq hanggg! Hehe... Ape barang makan Subway, mak!!! Kata anakku. Haha!

Pastu, rasa tak berapa selera nak beli makanan yang kedai masak. Nak jugak masak sendiri. Walau setakat roti bakar atau lempeng bodoh sapu butter. Kalau tak larat nak masak atau takde bahan tu, boleh la beli kat kedai. Tapi lepas tu tahan saje kalau rasa nak keluar balik... Gitewww....

Ketiga; sejak pregnant aku geli nak pakai sabun mandi liquid based. Kalau paksa pakai mesti muntah. Ingatkan aku tak tahan dengan bau dia. So kerap la tukar2 sabun mandi sampai la satu masa tu, kami check in hotel di Mersing, hotel tu provide sabun bar kecik2 jenama May tu, punya la aku suka dengan bau dia. Bila mandi pun tak muntah. Aiseh, sabun tu je anakku suka??? Jimat duit apak kau, nak.... Hehe. Lepas tu, memang kami kutip la sabun tu. Tinggal lagi syampu je yang takde dalam bentuk bar. Terpaksa la tahan kan saje rasa geli geleman tu. 

Hmm, cukup la 3 dulu. Nanti kang anak keluar tak sama citarasa dengan apa yang aku tulis ni kang, aku gak yang malu sendiri... Hehe. Orait. Till then. 

Tuesday, September 17, 2013

On our way to the last phase of the 2nd trimester...

InsyaALLAH, esok baby genap berusia 6 bulan dalam perut emak dia ni. Alhamdulillah yang tak terhingga ke hadrat Ilahi. Walaupun menjalani tempoh hamil tanpa suami sepanjang masa di sisi, alhamdulillah, ALLAH Ya Qawiy pinjamkan sedikit kekuatan untuk mengharungi saat-saat itu. 

Berpeluang bertemu 2 kali sebulan dengan suami, masa itu kami manfaatkan sepenuhnya untuk sama-sama menikmati detik-detik baby quickens in my tummy. It such the happiest and memorable moment. Bila berjauhan dari suami pun, saat-saat baby quickens in my tummy seolah memujuk emak dia dengan berkata, "It's ok mommy, i'm still inside you when daddy is away." Eceh, tetiba baby speaking puleks... Hehe.. 

Esok, another check up without husband. Hmm, it's ok as long as baby is in the best condition. 

Ehmm, list barang baby dah siap. Gaji suami pun tetiba ada increment pulak bulan ni. Alhamdulillah, rezeki baby. Tapi tak tau bila nak start shopping. Excited yang teramat sebenarnya. Tapi, orang kata tunggu 7 bulan baru start shopping. Tapinya, dengan usia kandungan 6 bulan pun aku dah tak larat dah nak tawaf shopping complex. When we did grocery shopping pun, memang balik kena rest cukup-cukup dengan kaki kena elevate segala. Jalan pun as slow as I can. Cane nak shopping barang baby in another 4 weeks? 

Tengok la, dengan keadaan aku yang camni, kami yang berPJJ pulak tu, selalu travel, memang kena beli awal sket kot. InsyaALLAH, takde pape. Baby is doing fine so far.

Sakit-sakit badan, tu normal la sebab baby makin besar. Paling rasa sakit adalah bahagian tulang punggung rasanya. Paling sukar bila nak kena naik turun tangga. Kadang-kadang tu, kena solat duduk. Tapi yang aku perasan, bila aku amalkan minum susu kambing Higoat tu blend dengan kurma, pastu telan pil kalsium sebijik 2 malam sekali, memang rasa perubahan. Kurang rasa sakit. Tapi kadang-kadang bila tak larat, tak minum pun malam-malam. Time tu, memang wish agar suami ada di sisi boleh mintak tolong blendkan kurma dan susu. Tolong hulur pil-pil vitamin. Dan tolong urut kaki yang super lenguh. 

Tapi, T____________________________T

Apapun, syukur kami lebih bertuah dari mereka di luar sana. Tak guna pandang mereka yang lebih bertuah. Tapi sepatutnya bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan. Itu yang terbaik untuk kami. Kerana perancangan ALLAH itu adalah yang terindah. Alhamdulillah. 

Cuti hari Malaysia? Takde buat apa pun. Sebabnya 16 September, walaupun suami cuti, aku pulak yang kena balik ke pulau. So, cuma manfaatkan hari sebelumnya untuk kemas rumah, bersihkan rumah, beli our own very first L-shaped sofa, masak untuk meraikan newly wed friends. Tu pun masak spaghetti je. Plan nak kukus kek coklat, tapi tak larat pulak. So, hidangkan je apa yang ada. Tu pun, sebab mereka sampai tengahari, aku rasa terkilan pulak sebab tak hidangkan nasik. Takpe la, next time insyaALLAH. 

Pasal sofa, memang itu la sofa pertama kami since kami menyewa di rumah yang fully-furnished. Memang dah lama teringin nak beli sofa. Tapi takde ruang nak letak. Tapi since ada rezeki lebih sikit, dan sofa lama pun dah tak berapa nak selesa diduduki, aku pulak tak larat nak bangun bila duduk di lantai, maka, kami cari sedikit space untuk letak sofa L-shape tu. Tu pun sofa tuan rumah ada lagi kat living room tu menjadikan ruang nampak crowded. Aku pulak mana la reti nak decorate2 rumah ni. So, biarkan je la... 

Okey, need to stop here. Till then~

Tuesday, September 10, 2013

When the baby quickens....

Alhamdulillah, minggu ni baby masuk usia 23 weeks. Nanti lepas cuti 16 September dan lepas jumpa ayah dia, baby bakal berumur 6 bulan. Syukur dengan nikmat yang ALLAH kurniakan ni. Berpeluang merasa loya dan muntah, sakit-sakit sendi, badan tak selesa kerana angin, nikmat makan ditarik balik (alhamdulillah sudah kembali), menangis tanggung sakit kaki sorang-sorang suami jauh. Itu semua nikmat. Menjadikan kami suami isteri yang lebih menghargai satu sama lain bila bertemu. 

Quickening. The first natural sensation of quickening may feel like a light tapping, or the fluttering of a butterfly. These sensations eventually become stronger and more regular as the pregnancy progresses. Sometimes, the first movements are mis-attributed to gas or hunger pangs.

Aku mula dapat rasa baby bergerak masa kandungan berusia 4 bulan macam tu. Tapi masa tu rasa macam ada jari halus cuit-cuit perut dari dalam camtu je. Masa tu raya. I was in 18th week. Jeles je suami tak dapat merasa sama. Tapi masa tu, bila dia mencuit-cuit kulit perut mak dia yang tebal berlemak ni, memang akan rasa nak kencing. 

Lepas tu bila dah masuk 5 bulan, baru dapat rasa the real quickening. Ye, aku lambat sikit merasa sebab bila aku tanya BFF aku, dia dah dapat rasa lama dah sebab doktor kata, perut dia jenis kemas. Ye lah, lemak perut berlapis-lapis, patut la tak dapat detect baby gerak-gerak. Hehe... Masa mula-mula dapat rasa tu, aku kat sekolah. 20 Ogos 2013 to be exact. Masa tu rasa macam ada belon berisi air bergerak dalam perut gitu. Rupanya baby dah start bagi signal dekat mommy, "Hi, mommy! I'm here, inside you." Then, I felt blessed. 

Kemudian, bila dah biasa, baru dapat rasa gerakan dia. Dah bukan rasa belon-belon air lagi dah, tapi tendangan atau tumbukan manja dalam air from baby with love gitu. Eheee. Masa balik jumpa ayah dia minggu lepas pun, bila ayah dia letak tangan dekat perut, dah dapat rasa dah dia bagi respond. 

Terus ayah demam cirit birit 3 hari. Terkejut kena tendangan anak. Haha! Tak la, actually he suffered from food poisoning. Cemas betul masa tu bila dia demam panas dan kena lap dengan tuala basah. tak henti-henti. Nasib aku ada. Masa tu, 4 kali kot kena telan paracetamol. Lepas telan ubat, kebah. Pastu panas balik. Makan pulak asik la nak ke tandas. Bimbang sangat. Tapi nasib baik hari ke-3 tu dah tak demam. 

Tapi dalam demam-demam, cirit birit tu, sempat pula melawak cakap dengan aku gaya-gaya Sofi Jikan dalam cerita Arman lepas dia rompak duit Arman untuk operation mak dia tu, "Saye sakit pew-rotttt." Eiiii, rasa nak cubit-cubit je per-rottt dia tu.. Hehe. 

Rupanya 1 company kena food poisoning. Sebab makan dekat cafe. Ada colleague dia tu, sampai warded di GH Seremban. Ramai yang cirit birit sampai seminggu. Termasuk la suamiku. Minum teh kelat pekat pun tak jalan. Punya la power bakteria dalam makanan yang cafe served tu. 

Tapi kan, yang aku perasan, kita boleh rasa baby's movement bila kita tengah rest and relax. 2 minggu lepas memang a longgggg weeks for me. 26-30 Ogos tu ada khidmat bantu PSS. Dan as a GPM, aku la sorang-sorang handle mereka. Penat takyah cakap la. Masa tu pulak baru masuk bulan ke-5, memang rasa sangat perut tengah nak membiasakan diri dengan berat dan saiz baby yang baru. Aku memang camtu, 2 minggu pertama peralihan bulan memang akan rasa tegang urat perut, sakit sendi dan tulang-tulang segala. 

Lepas dah settle khidmat bantu PSS, Bengkel Teknik Menjawab PMR pula menyusul pada 6-8 September. So i had no rest from 7.20 am - 12.00 am. Sampai tengah malam hoi. Masa tu, sampai tahap menangis sorang-sorang sebab tak tahan penat. Memang bukan aku yang jadi Jurulatih Utama, tapi sebab subjek BI, aku la yang kena handle nye sebab kami jemput GC dari luar untuk berkongsi ilmu. Masa last day tu, aku dah betul-betul flat but i had to push to my limit. Seharian tak rasa baby quickens. Bimbang tu, ALLAH sahaja yang tahu. Aku kejut-kejut masa nak ngaji pun tak bagi respond. Masa bengkel tengah berjalan, aku cuba relaks dan tegur-tegur baby pun, still there was no movement. Tapi takut nak bagitau suami. Dan bila semua dah settle, baru je baring nak tido dekat pukul 1, baru baby bagi signal, "I'm just fine right inside you, mommy. No worries. I just don't want to disturb you. Just relax and get some sleep. You just need to rest." Allahuakbar, baru rasa lega untuk tido. Anak, anak.... 

Hmm, itu je la kot for the current update. Berlambak entries basi dalam draf. Dah jadi pekasam, tak reti pulak aku nak sambung cerita. Hehe.

Orait then, wassalam. 



Nahhhh, my baby bump on 30 Ogos 2013 ~ 21st weeks pregnancy.