Tuesday, January 29, 2013

Perkongsian dari Dr. Hamid Arshat

http://www.facebook.com/hamidarshat45/posts/450933228294048

Yes, arwah umi was a mother of eight. And everyone of my siblings will be weaned-off  (berhenti menyusu) rite after 2 years because she was a housewife. 

Tapi umi meninggal kerana kanser payudara. Dah tersurat di Loh Mahfuz. Sejarah keluarga kami tak ada yang kena kanser. Tapi itu ketentuannya. Peringatan untuk kami lebih menjaga kesihatan dan sentiasa mengingati mati. Beramal untuk alam selepas mati. 

Kenapa arwah umi mendapat kanser payudara? Most probably sebab kilang susu tersumbat. So, tahukah anda pemakaian Premium Beautiful corset yang regular boleh melancarkan pengaliran darah dan mencairkan lemak susu yang tersumbat dalam salur susu? Sebab Premium Beautiful corset disulam dengan benang crystal tourmaline yang mempunyai Far Infra Red. 

Best x badan bersalut kristal? Mesti la best.. kernaa diriku begitu berharga. Hehe... 


So, apa tunggu lagi? Call/sms/whatapps me at 013 9943935. 

Nanti aku ajarkan cara pemakaian yang betul, bagi saiz yang betul2 sesuai dengan badan korang, cara pembayaran mengikut kemmapuan korang dan kalau bertuah boleh dapat FREE GIFT!!!! 

Cepat! Cepat! Apa tunggu lagi?


Monday, January 28, 2013

Amalan memperolehi zuriat


http://ratuhati.com/

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

* Baca Bismillah 1x
* Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
* Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
* Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.”)
* Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.

Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

AMALAN KETIGA

1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir “Ya Khaliq”, ” Ya Bari’ ” dan “Ya Musawwir” semasa ‘bersama’. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

2. Semasa ‘pancutan’, niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

AMALAN KEEMPAT

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi (utk si suami).

2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).

3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.

4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).

7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.

2. Buah Delima.

3. Buah Zaitun.

4. Buah Kurma.

5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.

Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.

Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.

6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.

Sumber:

fauzynm, majalah NUR Dismeber2006, Syikin

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Sumber: Nuriman

Sunday, January 27, 2013

Senandung Malam, Bagan Lalang

Hamboih, sorga betul dating dengan Mr. Polaris kali ni. Dapat layan nafsu makan macam-macam. Memang patut la aku control makan dalam pulau untuk turunkan sekilo dua berat sebelum keluar jumpa dia. Sekalinya memang melantak habissss. Haha!

Sebaik sahaja jejak kaki di Skypark Airport, sambil tunggu Mr. Polaris datang jemput, Subway dulu seround! Tapi tapau jugak sebijik untuk lunch dia. Sampai je ke Nilai, shopping di Avon habis almost RM180. 

Lepas tu beli Golden Wrap di KFC. Tepi KFC ada Secret Recipe pulak dahhh. Terus tapau Choc Indulgence dan Moist Choc Cake. 




Pastu otw balik rumah, "Sayang, malam ni kita nak makan apa?"

"Ehhh, tu makanan yang beli kat belakang tu sape nak makan?"

"Ehhhh, lupa... " LOL!

Tapi malam tu makan KFC Golden Chicken Wrap je. Kami beli satu portion je. Tapi share berdua. Nasik dia, Mr. Polaris je yang makan. Aku dah breakfast nasik kat sekolah. 

Kek pulak makan semulut for each cakes. Jadi la... Buat pengubat kemaruk. Haha! Lepas tu simpan dalam peti. 

Esoknya, suami MC. MC nak spend time dengan isteri. Huhu.. So pagi2 lagi keluar dari rumah nak settlekan urusan shopping barang-barang yang nak dibawa ke Tioman. Niatnya nak perm rambut. Saje ubah style rambut untuk tatapan suami. 

Tapi mengenangkan proses perm rambut will take 3hours, so moh le kita makan Pizza Hut dulu. Raya cina lemak dalam badan aku dapat kawan baru. Haha!


Super supreme with cheesy crust.

Tapi masa kat Pizza Hut ni aku call kawan aku kat kg. Dia sekarang bukak salon di kampung. Then, decide nak perm rambut nanti balik kampung la. So, tak jadi ke saloon lepas makan Pizza Hut. 

Then ke Tesco, shopping. Hamboihhh duit RM 100 sekarang dapat sikit je baranggg... 

Pukul 4.30 petang kami bertolak ke Bagan Lalang. Sampai pukul 5.30 petang, solat Asar semua terus ke Senandung Malam. Perghhh, panjangnya barisan nak pilih seafood. Siap bentuk U lagi barisan. 

Bertabahlah beratur. Okey, bagi yang ke Senandung Malam buat kali pertama, nasihat aku terus je masuk ke barisan pilih seafood. Kalau datang dengan family boleh terus cop meja. Tapi kalau datang berdua, dua2 pulak nak pilih sefood bersama-sama, just go on. Jangan bimbangkan meja. Sebab nanti dah siap pilih seafood, order makanan, mereka akan carikkan kita meja. 

Kalau nak jalan-jalan tepi pantai sementara tunggu makanan masak, pastikan air dah sampai ke meja baru tinggalkan meja. Kalau tak, berputih mata la kau tengok meja kau dah ada orang duduk walaupun dah letak tag RESERVED!


Untuk dua perut


Bertabahlah menunggu giliran

Subhanallah, indahnya ciptaanMu


Sangat cantik

Dah cakap dahhhhh, "Sayang takyah senyum pun takpe,,," Haha!

Mr. Mrs. Polaris

Dari 5.30 petang - 8.00 malam. Sabo yanggg!

Senandung Malam. 

Rezeki untuk malam ini
Dari 5.30 petang, hidangan kami sampai pukul 8.00 malam. Bertabahlah sebab korang takkan kecewa. Semuanya sedap hingga menjilat jari. Memang secukup rasa. Perfecto! Sotong fresh, bila goreng celup tepung, perghhh! Bater untuk celup tepung pun sedap sangat. Ketam masak sambal sangat sedap. Sambal kicap pun sedap. Pepahat pun sedap. Itu kali pertama aku makan pepahat. 

Patut la orang menderu-deru sampai. Sanggup beratur lama-lama. Rupanya sebab the food here is worth waiting for. Tapi nasihat aku, datang awal-awal, solat Asar di Bagan Lalang kalau korang tak nak supper atau sahur di sini. Muehehe... 

Pepahat goreng pedas, ketam sambal, kerapu sweet sour, sotongudang celup tepung
 Tengok hidangan sampai, aku dah menyesal dah. 
Sebab aku pakai korset Premium Beautiful. 
Acaner nak sumbat makanan banyak-banyak neyyy!

Finished!
Ya, percayalah hidangan itu untuk dua perut sahaja. Aku sanggup tak makan nasik sebab nak ratah lauk. 

Dan percayalah, semua hidangan licheeennnnn.... 

Masuk dalam kereta cepat-cepat bukak Waist Nipper. Perghhh, legaaaaa! Tu la, pandai sangat pakai PB bila makan tak hengat. Heheh... 

Tapi aku kan pro... pandai la cane nak sumbat makanan kannnn walaupun pakai PB. Ngehngehngeh~

Kerapu sweet sour
Ketam sekor masak sambal
Udang celup tepung
Sotong celup tepun
Pepahat goreng pedas
Sepinggan nasik putih
2 gelas tembikai laici
RM 65 sajeeeee

Kalau dikenangkan, memang tak cukup masa nak spend quality time dengan suami. Imagine je la, biasanya flight dari Tioman hari Jumaat pukul 1.50. Dalam pukul 3.00 aku dah siap ambil luggage di Skypark Subang. Tunggu dia datang jemput. 

Mr. Polaris pulak pukul 3.00 baru habis kerja. Rush datang Subang. Dalam pukul 4 lebih gitu sampai. Bergantung kepada traffic. 

Then balik rumah. Dia kerja Isnin-Sabtu. Ahad je cuti. Semalam kalau dia tak MC, pukul 3.30 ptg baru sampai rumah. Then rehat kejap, bawak aku settlekan urusan shopping. Malam baru sampai rumah. Pagi2 Ahad dah bertolak ke Subang sebab flight pukul 9.50 pagi. 

Begitu la kehidupan kami suami isteri jarak jauh ni. Tapi alhamdulillah, next 2 weeks akan bercuti seminggu bersama suami. InsyaALLAH akan balik kampung. Tak sabarnya... 

Semoga kami sentiasa positif dalam menempuhi hidup. Semoga ALLAH SWT sahaja tempat pergantungan kami. InsyaALLAH. Amin. 


Thursday, January 24, 2013

Siapa kata susah pakai Premium Beautiful korset?

Amboi, ramainya yang merungut susah nak pakai korset PB ni....

Ramai jugak yang komplen pemakaian PB membataskan urusan dalam tandas di tempat kerja atau bila di luar rumah.....

Susah ke?

Tak la... Dengan cara pemakaian yang betul, anda tidak akan mengalami masalah dalam memakai dan membuka PB anda.

Ok, mari I tunjukkan cara yang betul memakai PB.


LONG GIRDLE (LG)
Ok, mula-mula kita pakai LG dulu. 

  1. Lipat bahagian atas dan kaki seluar..ini adalah untuk memudahkan pemaikaian long girdle anda.
  2. Sarung LG ni macam biasa anda pakai seluar dalam lah. Pastu betulkan bahagian yang anda lipat tadi..
  3. Lepas tu masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas..masuk dalam bahagian yang berbentuk LOVE tu.Sebelah lagi tangan boleh mengurut lemak dari luar.
  4. Kemudian betulkan lah kedudukan agar selesa dan pastikan tanda rama-rama berada di bahagian tengah.
* Pastikan bahagian getah pinggang tidak bergulung ke dalam semasa proses pemakaian. Kalau tak memang hazab nak tarik pakai. Pastikan bahagian getah pinggang sentiasa berlipat ke luar. Baru smooth je nak tarik ke atas.

LONG BRA (LB)
 Kemudian, kita pakai Long Bra. 

  1. Tundukkan badan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra
  2.  Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
  3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
  4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
  5. Betulkan kedudukan bra

  • Sesiapa yang belum kahwin, dan kalau dah kahwin duduk berjauhan dengan suami (aku la tuuuu, hehe) kalau tangan tak sampai ke belakang & tak ada siapa yang nak tolong cangkukkan LB anda, 
  • boleh la pakai kain batik atau apa-apa kain yang nipis (tuala tebal sangat), 
  • berkemban tapi di bawah breast, 
  • kemudian cangkukkan kat depan dulu. 
  • Pastikan bra dalam kedudukan yang betul, bukan bahagian tali berada di bawah seperti kita pakai bra biasa tu, 
  • then baru pusingkan bahagian cup ke depan dengan berhati-hati
  • Kalau tanpa kain, Long Bra tak boleh dipusing sebab fabrik Long Bra melekat pada badan.
  • Kemudian baru pergi ke langkah ke 3 seperti yang disebut di atas.



WAIST NIPPER (WN)
Last sekali, baru kita pakai WN. 
  1. Pakai bengkung dari belakang. Pastikan diamond berada di hadapan, selari dengan diamond Long Bra dan Long Girdle.
  2. Cangkukkan kesemua cangkuk.(kedudukan cangkuk memang di tepi badan)
  3. Lepas tu betulkan kedudukan
  4. Tarik tali pelaras.Ketatkan.
  5. Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan.
  6. Cangkuk hujung tali ikut keselesaan.
  7. Ok, siap! Korang dah boleh feeling-feeling Kate Winslet dalam movie Titanic. Hehe... 

Ok, harap penerangan ini membantu proses pemakaian PB anda. Mula-mula memang rasa, susahnyeeee! Tapi dah pakai hari-hari, anda akan rasa, small matter jeeee! Hehe.. 

Apa???? Tak faham? Ok la.... do call me untuk personal fitting tutorial, free of charge je. Nanti aku ajar korang pakai step by step. Dah selesa pakai, badan pun terbentuk cantik, for sure korang sayang nak bukak. PB ni berhantu tauuu! Hehe.... 


IzyanNur Nazri (Facebook)
013 9943935 (call/sms/whatsapp)
mnazri.fauzi@gmail.com

Saturday, January 19, 2013

Pan Fried Dory Fish with Special White Sauce

Sempena genap 10 bulan kami berkahwin pada 14 Januari 2013, aku masakkan menu di atas untuk our dinner. 

Sebab teringinnnn sangat. 

First time masak. Tapi sangat sedap. Hehe.... Resipi main campak-campak sesuka hati je. 

Dan kami guna BioZone food purifier untuk hilangkan bau hanyir ikan. Dan alhamdulillah, it turned out marvelous. 



Ok, lets check the recipe!

The dory


  1. 3 dory fillets
  2. salt and pepper to taste
  3. a dash of mix herbs
  4. a dash of chicken seasoning powder Knorr
  5. tepung gandum


- bersihkan ikan. Lap kering dan taburkan semua bahan kecuali tepung gandum. Kemudian perap 15 minit. Sebelum pan fried, salutkan dengan tepung gandum. 
- pan fried dengan sedikit minyak hingga permukaan perang. Tapi jangan terlalu lama. 


The secret sauce that no longer be a secret. Hehe... 


  1. secawan susu segar low fat ( i used HL Marigold)
  2. 2 table spoon butter
  3. 2 table spoon tepung gandum
  4. salt, pepper and a dash of mix herbs
  5. 3 ulas bawang putih, crushed dan cincang
  6. sekeping chesdale cheese


- panaskan kuali, cairkan butter, masukkan bawang putih. masak hingga wangi dan sedikit perang. 
- masukkan tepung gandum, kacau hingga perang. Pastikan api perlahan. 
- masukkan susu dan kacau rata. 
- masukkan salt, pepper, and a dash of mix herbs. 
- kalau suka boleh tabur sedikit chicken seasoning powder Knorr. 
- masukkan sekeping cheese. 
- kalau terlalu pekat masukkan sedikit air. 
- kacau hingga pekat. tapi janga sampai mendidih. 
- tutup api. 
- serve with pan fried dory. 



Nampak macam simple, tapi bila dah makan dengan brokoli rebus dan curly fries tu, tersangat la kenyang. 
Mr. Polaris pun cakap perut dia sendat. 
Padahal memula masa aku tengak grill tu, kemain lagi dia suruh grill 3 keping sebab takut tak kenyang. 
Sekalinya the balance yangs ekeping lagi tu kami makan masa breakfast. 
Hehe... Tu la, jangan tamak!

Esoknya, Mr. Polaris request siakap stim. Dan dengan adanya BioZone Food Purifier, tak perlu lagi bimbang our meal mengandungi bahan kimia dari makan ikan ke, hormon ke, atau bahan kimia dari air tempat tinggal ikan masuk dalam perut kita. Ikan pun tak hanyir. 
Rasa pun sedap. 
Tak payah lagi susah-susah rendam dalam air asam jawa. 


So, sape berminat dengan BioZone Food Purifier, do contact me. 
Our investment for our beloved family. 

Izyan Nur Nazri
013 9943935
mnazri.fauzi@gmail.com


Friday, January 18, 2013

Frequently asked questions about Premium Beautiful Corset

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.

Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.

Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.

Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?
Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.

Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.

Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.

Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.

Thursday, January 17, 2013

Demonstrasi BioZone Food Purifier

Assalamualaikum semua. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT, insyaALLAH. Hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang BioZone Food Purifier. Sebenarnya dah sebulan lebih beli, tapi tak guna-guna lagi sebab aku dan suami kan weekend husband and wife. So jarang sangat dapat menghabiskan masa bersama di rumah kami di Labu. 

So, minggu lepas kebetulan aku bercuti dua hari pada hari Isnin dan Selasa kerana ada hal, maka bercadang nak masak somethings special as remembrance of our 10th month in a blessed marriage. Rasa teringin sangat nak makan grilled dory fish with white sauce. So, beli semua barang dan bersiap untuk masak. 

Tapi once aku bukak plalstic frozen dory tu, perggghhhh! Tak tahan bau hanyir yang menusuk hidung tu. Ahhh! Sudahhh! Macamana nak masak ni?

Ok, kita cuba guna BioZone Food Purifier.

Then, lets the pictures do the talking.

Sebelum proses pengozonan

Dalam proses

Dalam proses. Buih semakin banyak.

Buih semakin banyak dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan 

Buih yang terhasil

Kita cuba bakar toksin yang terhasil
Hangus tapi tak terbakar
Inilah yang masuk dalam badan kita dan mengganggu kesihatan kita.

Ikan dah tak hanyir dan menjadi lebih segar
Tak perlu susah-susah basuh dengan gandum, rendam air limau atau air asam jawa.

Our 10th monthesary dinner
Alhamdulillah, habis licin suami makan. 

Ok, sekarang dah nampak apa yang ada dalam bahan mentah yang kita masak hari-hari dan bagi suami dan keluarga kesayangan kita makan? Sebagai isteri dan ibu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk suami dan anak-anak kita, kan. Semoga makanan yang bersih dan berkhasiat itu menjadi darah daging dan membentuk badan yang sihat dan otak yang cerdas untuk mereka, sekaligus menjadikan mereka insan berakhlak mulia insyaALLAH.

Tidak salah untuk kita melabur sedikit, sekali seumur hidup untuk mendapatkan BioZone Food Purifier untuk menjamin kemaslahatan keluarga kita. 

So, do call/sms/whatsapp or email me for further details.

Izyan Nur Nazri
Phone no: 013 9943935
email: mnazri.fauzi@gmail.com


BioZone Food Purifier

APAKAH BIOZONE FOOD PURIFIER?

Biozone Food Purifier merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk; 
  • menyahtoksinkan makanan dan mengekalkan kesegaran dan nutrisi dalam makanan.
  • mengekalkan kesegaran makanan dan menghilangkan bau yang tak menyenangkan seperti bau hanyir dan sebagainya dalam makanan mentah
  • pemurnian pelbagai makan mentah seperti daging, buah-buahan, sayuran, makanan laut, herba dan juga air
  • penghasilan ozon yang konsisten dan mesra alam sekitar

BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.

Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip.

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.


Bio-Zone Food Purifier

Wednesday, January 9, 2013

Bukan TB kotttt~

Sebenarnya kan aku batuk dah sebulan lebih. Bermula semasa aku demam teruk seminggu hari tu. Lepas tu, demam, selsema semua dah kebah, batuk je lagi yang tak hilang-hilang. 

Lepas tu pinggang and paha pulak lenguh je 4,5 hari ni. So 2 hari lepas aku pergi la cek. Kot la kena UTI lagi. Tapi alhamdulillah, urine bersih je. 

So, doktor suspect aku kena TB. Terus dapat 3 bekas untuk sampel kahak. Ewwww! Gelis!

Then bagi tau Mr. Polaris.

Me: Doktor suspect TB. Tapi rasanya tak laaaa....

Him: Haah, abang pun rasa bukan TB sebab kalau TB takde selera makan

Hamboihhh statement laki! Menusuk qalbu gitu. Macam paham sangat si bini ni tak pernah takde selera nak makan. Haha!

Ni, aku nak keluar Jumaat ni, dah siap dah senarai makanan yang aku nak makan kat luar. Hehe... 

TB pun takut dengan selera makan aku. Haha!

Saturday, January 5, 2013

When is my turn?

Tadi ke sekolah untuk orientasi. Ntah pape orientasi hari cuti. Sekolah lain berlambak buat orientasi hari sekolah. Melindungi Masa Instruksional la sangatttttttttttttttttt. Ok tutup cite MMI. 

Roomate aku macam pregnant je. Sebab tadi ada sorang cikgu yang dulu pernah agak aku mengandung bunting pelamin dulu tu ada cakap roomate aku dah macam menyerlahkan aura kehamilan tu. Ecewahhh! Biasanya anggapan Nik Faris tu betul. 

Roomate aku tu pun tengah demam-demam, tak berapa sihat. Lepas tu tetiba rajin masak pulak. Anak perempuan kottt. Tapi dia tak cek lagi pun. Tapi instict tu dah ada. 

Wuwu! Cemburunye aku. Takpe la, ALLAH knows best. Allah tahu roomate aku lebih kuat dari aku untuk mengharungi saat kehamilan tanpa suami di sisi. 

Sape tak nak anak kan?

Aku pun dah set tarikh untuk jumpa pakar hari Isnin 14 Januari nanti. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. InsyaALLAH. Amin. 

Untuk roomate aku, "You, I jealous tau you pregnant dulu dari I... Tapi I'm happy for you. Take the best care for the little caliph in your tummy. Jaga makan, jaga diri, jangan lasak-lasak, jangan marah2 dengan Pak Maliki, jangan stress2. I'll always make doa for you and the little caliph. You, i rasa nak nangis je masa tulis ni tau!"

Prof. Dr. Muhaya

Pagi tadi tengok rancangan Siapa Di Rumah bersama Chef Ismail yang menampilkan Prof Dr Muhaya sebagai tetamu jemputan. Cantik rumah Dr. Muhaya. Ada jakuzi, ada gim. Dan Dr. Muhaya dah mengamalkan pemakanan B'Young from Zhulian for 5 years. 

Kata Dr. Muhaya, "Saya lebih suka berbelanja untuk kesihatan berbanding membeli barangan mewah yang tak perlu."

Aku tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi, "Realiti zaman sekarang, manusia menggunakan kesihatan dari umur 20-40 tahun untuk mencari kekayaan. Dan mula menggunakan kekayaan untuk membeli kembali kesihatan bila dah berumur 40 tahun. Tapi masa tu dah tak ada guna lagi." 

Mari kita sangkal kata-kata itu dengan melabur untuk kesihatan sepanjang hayat dengan menggunakan korset Premium Beautiful. Magic corset with lifetime warranty! 

Do contact me for further details!

Friday, January 4, 2013

Premium Beautiful~ 2nd review

Hmmm, dah 3 hari sesi persekolahan bermula dan sudah 3 hari jugalah aku memakai PB secara konsisten. Biasanya aku akan pakai pada pukul 6.30 pagi dan akan bukak pada pukul 3.30 petang. Tapi oleh kerana PB ni bila dah lama pakai dia makin rasa tersangat la best, selalu rasa sayangnya nak bukak PB bila jam dah pukul 3.30 petang. Ye la, memang la boleh pakai hingga ke malam, tapi nya aku nak la jugak basuh atau anginkan PB tu sebelum ulang pakai keesokan harinya. Kannnn.... 

Memang mula-mula kita rasa ketatnya PB ni. Ehhh, kena aku punya 'harta' nampak 'lumayan' jeee.... Tapi bila dah seminggu pakai, lemak-lemak yang merata kat badan, bawah lengan segala tu dah masuk ke dalam cup long bra dan ada yang dah kalah berperang dengan infa red tu, maka alma-lama kita akan mula rasa, eh, harta aku dah nampak normal dah bila pakai PB. Dan body posture look very good. 

Dan yang paling aku suka bila pakai PB ni kat sekolah adalah badan rasa ringan dan kemas je nak turun naik tangga, berjalan dalam kawasan sekolah dan semasa mengajar dalam kelas.Tak cepat penat, tak panas, tak sejuk. Tak kisah bagaimana pun cuaca. 

Hari ni sebenarnya tak nak pakai PB sebab semalam ingat nak basuh, tapi cuaca mendung je. Tapi bila pakai jubah, rasa gayat sebab rasa badan longgar. Bolee gitu? Hehe... So, sebab waist nipper tak de direct contact dengan kulit semasa pakai sebelum ni, maka aku pakai waist nipper je hari ni. Tetap rasa kemas perut. Tapi lagi best la kalau pakai full set kan. Dan lagi best bila pakai PB, kurang rasa lapar sebab compartment perut dah jadi sempit. Sekarang ni pagi kat sekolah aku akan bancuh Chocolate Milk Dutch Lady Easy Mix tu segelas.Then pergi kelas. Lepas tu dalam pukul 11 pagi aku makan heavy meal. Pastu kenyang sampai ke petang. Malam minum2 air panas je la. Sekarang ni memang suka minum chocolate milk Dutch Lady. Minum panas2, buat tak manis sangat. Perghhh, kenyang sampai pagi esok. Tapi kadang-kadang kalau housemate masak, aku belasah jugak. Hehehe.. 

Penghadaman pun lancar.Ye, memang ramai yang bagi alasan tak nak pakai Long Bra sebab breast nampak lumayan, tapi betapa ruginya mereka sebab tak faham yang lemak tu nanti akan blend well dengan badan selepas kita pakai PB dan akan back to normal after few days of wearing PB. 

Begitu jugak ada yang cakap, "Leceh la pakai long girdle and waist nipper gi kerja. Susah nak gi tandas." Ya ALLAH, apalah sangat kita ambil longer time in toilet sedangkan benefits yang kita dapat dari pemakaian long girdle and waist nipper tu sangat la banyak. 

Lepas tu ada jugak yang komplen, berat aku tak turun pun lepas pakai PB. Cuba check on your inches. Mesti kurangggg!


So, do contact me for further details and payment schemes based on your budget. 
My tagline is "EVERYBODY CAN WEAR PB"

Thursday, January 3, 2013

3/1/13

Comelnya tarikh hari ni. 

Apa eh nak update untuk hari bertarikh comel hari ni?

Hmmm, takde apa. Cuma dah settle kan booking untuk:

1. Hotel reservation in Cameron Highland. For our 1s anniversary. Weeehooo! Ni first time nak gi honeymoon lepas kawen ni. Hehe. Tapi kata Mr. Polaris, setiap hari adalah honeymoon. Ye la, bini honeymoon di Tioman, dia honeymoon di tanah besar. Cesss!

2. Appointment with specialist booked. Hoping for the better thing ahead. InsyaALLAH. 

3. Return flight tickets untuk hujung minggu depan.

4. Dapat no 9 untuk turn main kutu kelab guru. Hehe. Ok la, semalam cabut dapat no 1. Nasib baik ada pertambahan ahli dan cabut giliran balik dapat no 9. 

Okeh, tu je.... 


Hmm, permulaan sekolah semalam, alhamdulillah so far student2 baik2 je. Semoga berkekalan hendaknya. InsyaALLAH.