.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 27, 2013

Senandung Malam, Bagan Lalang

Hamboih, sorga betul dating dengan Mr. Polaris kali ni. Dapat layan nafsu makan macam-macam. Memang patut la aku control makan dalam pulau untuk turunkan sekilo dua berat sebelum keluar jumpa dia. Sekalinya memang melantak habissss. Haha!

Sebaik sahaja jejak kaki di Skypark Airport, sambil tunggu Mr. Polaris datang jemput, Subway dulu seround! Tapi tapau jugak sebijik untuk lunch dia. Sampai je ke Nilai, shopping di Avon habis almost RM180. 

Lepas tu beli Golden Wrap di KFC. Tepi KFC ada Secret Recipe pulak dahhh. Terus tapau Choc Indulgence dan Moist Choc Cake. 




Pastu otw balik rumah, "Sayang, malam ni kita nak makan apa?"

"Ehhh, tu makanan yang beli kat belakang tu sape nak makan?"

"Ehhhh, lupa... " LOL!

Tapi malam tu makan KFC Golden Chicken Wrap je. Kami beli satu portion je. Tapi share berdua. Nasik dia, Mr. Polaris je yang makan. Aku dah breakfast nasik kat sekolah. 

Kek pulak makan semulut for each cakes. Jadi la... Buat pengubat kemaruk. Haha! Lepas tu simpan dalam peti. 

Esoknya, suami MC. MC nak spend time dengan isteri. Huhu.. So pagi2 lagi keluar dari rumah nak settlekan urusan shopping barang-barang yang nak dibawa ke Tioman. Niatnya nak perm rambut. Saje ubah style rambut untuk tatapan suami. 

Tapi mengenangkan proses perm rambut will take 3hours, so moh le kita makan Pizza Hut dulu. Raya cina lemak dalam badan aku dapat kawan baru. Haha!


Super supreme with cheesy crust.

Tapi masa kat Pizza Hut ni aku call kawan aku kat kg. Dia sekarang bukak salon di kampung. Then, decide nak perm rambut nanti balik kampung la. So, tak jadi ke saloon lepas makan Pizza Hut. 

Then ke Tesco, shopping. Hamboihhh duit RM 100 sekarang dapat sikit je baranggg... 

Pukul 4.30 petang kami bertolak ke Bagan Lalang. Sampai pukul 5.30 petang, solat Asar semua terus ke Senandung Malam. Perghhh, panjangnya barisan nak pilih seafood. Siap bentuk U lagi barisan. 

Bertabahlah beratur. Okey, bagi yang ke Senandung Malam buat kali pertama, nasihat aku terus je masuk ke barisan pilih seafood. Kalau datang dengan family boleh terus cop meja. Tapi kalau datang berdua, dua2 pulak nak pilih sefood bersama-sama, just go on. Jangan bimbangkan meja. Sebab nanti dah siap pilih seafood, order makanan, mereka akan carikkan kita meja. 

Kalau nak jalan-jalan tepi pantai sementara tunggu makanan masak, pastikan air dah sampai ke meja baru tinggalkan meja. Kalau tak, berputih mata la kau tengok meja kau dah ada orang duduk walaupun dah letak tag RESERVED!


Untuk dua perut


Bertabahlah menunggu giliran

Subhanallah, indahnya ciptaanMu


Sangat cantik

Dah cakap dahhhhh, "Sayang takyah senyum pun takpe,,," Haha!

Mr. Mrs. Polaris

Dari 5.30 petang - 8.00 malam. Sabo yanggg!

Senandung Malam. 

Rezeki untuk malam ini
Dari 5.30 petang, hidangan kami sampai pukul 8.00 malam. Bertabahlah sebab korang takkan kecewa. Semuanya sedap hingga menjilat jari. Memang secukup rasa. Perfecto! Sotong fresh, bila goreng celup tepung, perghhh! Bater untuk celup tepung pun sedap sangat. Ketam masak sambal sangat sedap. Sambal kicap pun sedap. Pepahat pun sedap. Itu kali pertama aku makan pepahat. 

Patut la orang menderu-deru sampai. Sanggup beratur lama-lama. Rupanya sebab the food here is worth waiting for. Tapi nasihat aku, datang awal-awal, solat Asar di Bagan Lalang kalau korang tak nak supper atau sahur di sini. Muehehe... 

Pepahat goreng pedas, ketam sambal, kerapu sweet sour, sotongudang celup tepung
 Tengok hidangan sampai, aku dah menyesal dah. 
Sebab aku pakai korset Premium Beautiful. 
Acaner nak sumbat makanan banyak-banyak neyyy!

Finished!
Ya, percayalah hidangan itu untuk dua perut sahaja. Aku sanggup tak makan nasik sebab nak ratah lauk. 

Dan percayalah, semua hidangan licheeennnnn.... 

Masuk dalam kereta cepat-cepat bukak Waist Nipper. Perghhh, legaaaaa! Tu la, pandai sangat pakai PB bila makan tak hengat. Heheh... 

Tapi aku kan pro... pandai la cane nak sumbat makanan kannnn walaupun pakai PB. Ngehngehngeh~

Kerapu sweet sour
Ketam sekor masak sambal
Udang celup tepung
Sotong celup tepun
Pepahat goreng pedas
Sepinggan nasik putih
2 gelas tembikai laici
RM 65 sajeeeee

Kalau dikenangkan, memang tak cukup masa nak spend quality time dengan suami. Imagine je la, biasanya flight dari Tioman hari Jumaat pukul 1.50. Dalam pukul 3.00 aku dah siap ambil luggage di Skypark Subang. Tunggu dia datang jemput. 

Mr. Polaris pulak pukul 3.00 baru habis kerja. Rush datang Subang. Dalam pukul 4 lebih gitu sampai. Bergantung kepada traffic. 

Then balik rumah. Dia kerja Isnin-Sabtu. Ahad je cuti. Semalam kalau dia tak MC, pukul 3.30 ptg baru sampai rumah. Then rehat kejap, bawak aku settlekan urusan shopping. Malam baru sampai rumah. Pagi2 Ahad dah bertolak ke Subang sebab flight pukul 9.50 pagi. 

Begitu la kehidupan kami suami isteri jarak jauh ni. Tapi alhamdulillah, next 2 weeks akan bercuti seminggu bersama suami. InsyaALLAH akan balik kampung. Tak sabarnya... 

Semoga kami sentiasa positif dalam menempuhi hidup. Semoga ALLAH SWT sahaja tempat pergantungan kami. InsyaALLAH. Amin. 


No comments: