.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, January 24, 2013

Siapa kata susah pakai Premium Beautiful korset?

Amboi, ramainya yang merungut susah nak pakai korset PB ni....

Ramai jugak yang komplen pemakaian PB membataskan urusan dalam tandas di tempat kerja atau bila di luar rumah.....

Susah ke?

Tak la... Dengan cara pemakaian yang betul, anda tidak akan mengalami masalah dalam memakai dan membuka PB anda.

Ok, mari I tunjukkan cara yang betul memakai PB.


LONG GIRDLE (LG)
Ok, mula-mula kita pakai LG dulu. 

  1. Lipat bahagian atas dan kaki seluar..ini adalah untuk memudahkan pemaikaian long girdle anda.
  2. Sarung LG ni macam biasa anda pakai seluar dalam lah. Pastu betulkan bahagian yang anda lipat tadi..
  3. Lepas tu masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas..masuk dalam bahagian yang berbentuk LOVE tu.Sebelah lagi tangan boleh mengurut lemak dari luar.
  4. Kemudian betulkan lah kedudukan agar selesa dan pastikan tanda rama-rama berada di bahagian tengah.
* Pastikan bahagian getah pinggang tidak bergulung ke dalam semasa proses pemakaian. Kalau tak memang hazab nak tarik pakai. Pastikan bahagian getah pinggang sentiasa berlipat ke luar. Baru smooth je nak tarik ke atas.

LONG BRA (LB)
 Kemudian, kita pakai Long Bra. 

  1. Tundukkan badan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra
  2.  Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
  3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
  4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
  5. Betulkan kedudukan bra

  • Sesiapa yang belum kahwin, dan kalau dah kahwin duduk berjauhan dengan suami (aku la tuuuu, hehe) kalau tangan tak sampai ke belakang & tak ada siapa yang nak tolong cangkukkan LB anda, 
  • boleh la pakai kain batik atau apa-apa kain yang nipis (tuala tebal sangat), 
  • berkemban tapi di bawah breast, 
  • kemudian cangkukkan kat depan dulu. 
  • Pastikan bra dalam kedudukan yang betul, bukan bahagian tali berada di bawah seperti kita pakai bra biasa tu, 
  • then baru pusingkan bahagian cup ke depan dengan berhati-hati
  • Kalau tanpa kain, Long Bra tak boleh dipusing sebab fabrik Long Bra melekat pada badan.
  • Kemudian baru pergi ke langkah ke 3 seperti yang disebut di atas.



WAIST NIPPER (WN)
Last sekali, baru kita pakai WN. 
  1. Pakai bengkung dari belakang. Pastikan diamond berada di hadapan, selari dengan diamond Long Bra dan Long Girdle.
  2. Cangkukkan kesemua cangkuk.(kedudukan cangkuk memang di tepi badan)
  3. Lepas tu betulkan kedudukan
  4. Tarik tali pelaras.Ketatkan.
  5. Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan.
  6. Cangkuk hujung tali ikut keselesaan.
  7. Ok, siap! Korang dah boleh feeling-feeling Kate Winslet dalam movie Titanic. Hehe... 

Ok, harap penerangan ini membantu proses pemakaian PB anda. Mula-mula memang rasa, susahnyeeee! Tapi dah pakai hari-hari, anda akan rasa, small matter jeeee! Hehe.. 

Apa???? Tak faham? Ok la.... do call me untuk personal fitting tutorial, free of charge je. Nanti aku ajar korang pakai step by step. Dah selesa pakai, badan pun terbentuk cantik, for sure korang sayang nak bukak. PB ni berhantu tauuu! Hehe.... 


IzyanNur Nazri (Facebook)
013 9943935 (call/sms/whatsapp)
mnazri.fauzi@gmail.com

No comments: