Wednesday, February 27, 2013

English Day SMK Tekek


LAPORAN HARI BAHASA INGGERIS SMK TEKEK
2013

TARIKH             : 26 FEBRUARI 2013
TEMPAT            : DATARAN SRI SAMUDERA, SMK TEKEK.
SASARAN          : SEMUA PELAJAR SMK TEKEK
ANJURAN          : PANITIA BAHASA INGGERIS, SMK TEKEK, PULAU TIOMAN.
OBJEKTIF
  • 1.     Membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.
  • 2.     Melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Inggeris sebagai kedua.
  • 3.     Membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa-apa jua aktiviti yang disertai.
  • 4.     Membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
  • 5.     Memupuk semangat kerja berkumpulan di kalangan pelajar.


ATURCARA
Antara acara yang telah dijalankan ialah:
1.    1. Music for English Soul
a.     Firework song by Katie Perry
                                          i.    Vocabulary Enrichment
                                         ii.    Arrange Them Right
b.     The Climb song by Miley Cyrus
                                          i.    Shoot to the Right Goals
                                         ii.    Don’t Tension with the Tenses
2.     2. Tongue Twister Competition


Hari Bahasa Inggeris diadakan pada hari Selasa, 26 Februari 2013. Guru pengelola program adalah Puan Nur Izyan binti Alias selaku Ketua Panitia bersama Puan Roslina binti Othman sebagai ahli panitia Bahasa Inggeris. Program diadakan di Dataran Sri Samudera SMK Tekek dengan dibantu oleh semua guru sebagai fasilitator kumpulan dan disertai oleh 145  pelajar dari tingkatan 1 hingga 4. Program dimulai pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Program dimulai dengan pembahagian pelajar kepada 15 kumpulan yang mengandungi 9-10 ahli kumpulan dari pelbagai tingkatan.

AKTIVITI 1: Music for English Soul
1.     Firework song by Katie Perry
Pelajar akan diperdengarkan lagu Fireworks dan diminta menyanyi bersama-sama. Guru akan menerangkan maksud lagu berkenaan secara ringkas.

1.1.   Vocabulary Enrichment
Pelajar diberi 11 perkataan yang sukar di dalam lagu dan diminta mencari maksud dengan pantas. Kamus diberi sebagai bahan bantu. Kumpulan yang paling cepat siap dan memberi jawapan paling tepat dikira pemenang.

1.2.   Arrange Them Right
Guru menayangkan ayat di layar putih dan pelajar diminta menyusun ayat tersebut dengan betul. Aktiviti ini dijalankan secara individu. Pelajar yang dapat menjawab dengan pantas dan tepat akan diberikan hadiah. Namun begitu markah juga akan diberi kepada kumpulan yang diwakili oleh pelajar berkenaan.

2.     The Climb song by Miley Cyrus
Pelajar akan diperdengarkan lagu The Climb dan pelajar diminta menyanyi bersama-sama. Guru menerangkan maksud lagu berkenaan.

2.1.   Shoot to the Right Goals
Guru mengedarkan nota Nouns, Verbs, Prepositions, Pronouns dan Adjectives kepada semua pelajar. Kemudian guru akan menerangkan tentang isi kandungan nota berkenaan. Pelajar kemudiannya diminta melakukan kerja berkumpulan dengan menyenaraikan dan mengkategorikan perkataan di dalam lagu kepada kumpulan Nouns, Verbs, Prepositions, Pronouns dan Adjectives. Pelajar akan menulis hasil dapatan di atas kertas mahjung. Kamus diberikan kepada setiap kumpulan sebagai bahan bantu. Markah dikira berdasarkan jawapan yang betul, kepantasan masa, kreatif dan inovatif serta semangat kerja berkumpulan.

2.2.   Don’t Tension with Tenses
Guru menayangkan ayat di layar putih dan pelajar diminta menjawab secara individu Past Tense bagi Verbs di dalam ayat berkenaan. Pelajar yang dapat menjawab dengan pantas dan betul diberikan hadiah. Markah juga diberi kepada kumpulan yang diwakili oleh pelajar berkenaan.

AKTIVITI 2: Tongue Twister Competition
Setiap kumpulan diminta menghantar wakil bagi Toungue Twister Competititon. Markah diberi berdasarkan ketepatan sebutan dan kepantasan menyebut rangkap yang berkenaan.



GAMBAR AKTIVITI HARI BAHASA INGGERIS





Spot me!

Teachers in action

Teamwork



RESPON PELAJAR
Sepanjang Program Hari Bahasa Inggeris, didapati hampir 95% pelajar melibatkan diri dalam pertandingan yang diadakan. Namun begitu terdapat segelintir pelajar yang tidak menyertai pertandingan yang dijalankan. Didapati mereka mengabil kesempatan dengan ke tandas dan tidak membuat tugasan berkumpulan. Walau bagaimanapun, perlakuan pelajar tidak mengganggu segala program yang dijalakan. Teguran telah dibuat. Terdapat juga pelajar yang memberi respon yang positif dengan melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dengan bersungguh-sungguh. Keseluruhan pelajar memberi sepenuh komitmen dan kelihatan berminat dan ceria menyertai semua aktiviti. Semangat kerja berkumpulan juga sangat bagus di kalangan ahli kumpulan walaupun datang dari pelbagai tingkatan.

PENILAIAN/POST MORTEM AKTIVITI
Secara keseluruhan, aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar lebih menyukai dan memahami bahasa Inggeris. Semua pelajar didapati berpotensi melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Selain itu, pertandingan ini juga membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa jua acara yang disertai dan mencungkil bakat mereka.


Disediakan oleh,                                                                                   

________________________
(NUR IZYAN BINTI ALIAS)
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SMK TEKEK PULAU TIOMAN

Sunday, February 24, 2013

Healing crisis Premium Beautiful Corset

Ok, hari ni aku nak share tentang kesan di awal pemakaian PB corset ni.

Selalunya di awal pemakaian Premium Beautiful, anda mungkin akan mengalami 'healing crisis'- proses ini berlaku kerana proses menyahtoksid dari dalam badan sedang berlaku... Ianya mungkin juga tidak berlaku- bergantung kepada tahap kesihatan badan anda.. Berita baiknya ia selalunya berakhir dalam masa 1-2 hari bergantung kepada tahap kesihatan badan anda.. Jangan risau jika anda mengalaminya- sebab ianya adalah positif kerana ia petanda penyakit anda dibongkarkan dari dalam badan dan akhirnya dilenyapkan terus dari badan .. better dikeluarkan dari dalam badan dari simpan kan? ..
Simptom-simptom yang normal berlaku:


1. Sakit kepala - bagi orang yang kerap sakit kepala dan migrain. Pastikan anda minum cukup air.


2. Sakit tulang belakang - bagi orang yang selalu mengalami sakit belakang ~ tindakan awal menyelaraskan tulang belakang

3. Terkentut dan sendawa - bagi orang yang banyak angin ~ tindakan membuang angin. Angin banyak di dalam badan bermakna badan anda berasid.

4. Badan rasa sedikit sakit - bagi orang yang selalu demam dan sakit sendi-sendi kerana semasa memakai Premium Beautiful seperti di dalam proses berurut

5. Payudara terasa sengal-sengal - memulihkan dan bertindak untuk menegangkan dan menaikkan semula buah dada seperti zaman remaja.

6. Berat badan turun - menunjukkan berat badan si pemakai tidak sesuai dengan ketinggian.

7. Gatal-gatal pada anggota badan & tempat-tempat tertentu - terlalu banyak asid yang dikeluarkan melalui perpeluhan. Kesan-kesan kehitaman pada pinggang mungkin berlaku. teruskan pemakaian untuk mengeluarkan toksid berasid.

8. Badan terasa cergas dan lebih aktif - kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah memakai Premium Beautiful kerana tindakan FIR.


Pada yang belum try & nak rasa kelebihan Premium Beautiful ni, bleh la call/sms/pm/whatapps for FREE trial & FREE consultation .. Confirm anda jatuh cinta dengan Premium Beautiful nanti .. hehe ..

Premium Beautiful - 70% untuk kesihatan & 30% untuk kecantikan

Thursday, February 21, 2013

Puisi Ke Hadapan Fetus by Wani Ardy

Suka baca puisi ini. Dari Sis Wani Ardy

KE HADAPAN FETUS

Maafkan bonda
bonda belum gubah nama buatmu
tapi bonda punya doa
bonda punya mimpi
bonda punya harapan menggunung ke tebing langit


Bonda teruja, mahu lihat kamu tertubuh jadi manusia
bonda canting kamu, cukup untuk pasti mana betul,
mana salah
mana dosa, mana pahala
mana neraka, mana syurga


Bonda tidak akan lukis kamu menjadi bonda
Bonda mahu kamu jadi kamu semata
perguna minda selarasnya
perguna jiwa searifnya


Ke hadapan fetus,


Yang lemah-kalah, yang sabar-menang
Matang kamu kelak, realiti datang menggigit
Tapi kamu usah bercerai tulang dari daging
dunia mungkin kejam, tapi tulang dan daging itu segumpal Tuhan sulamkan.


Jangan putus. Jangan putus asa dan percaya. 


Dunia ini berputar mengikut ekor mata.


Kamu menjeling jelik, jeliklah ia.
Kamu memandang molek, moleklah ia.
Ukir takdirmu dengan usaha- itu janji Dia.


Jangan putus. Jangan putus hubungan dengan Tuhan.


Bumi ini luas, sayang
Kamu usah membangga diri dan membeza orang
besarnya bumi pada Tuhan, besar lagi hama di tangan kita
dan si hidung tinggi adalah serendah-rendah manusia.


Jangan putus. Jangan putus ilmu dan budi-bahasa.


Ke hadapan fetus


maafkan bonda
bonda sekadar mampu mengangankanmu
tapi bonda punya doa
bonda punya harapan
bonda punya mimpi seriang mega menari.


Wani Ardy
Bogor
2009



Rupanya  aku sejuta kali lebih bertuah dari Wani Ardy.
Zikir dalam  hati, sejuta kali, sejuta rasa. 
Cukuplah berduka.
Perancangan ALLAH itu yang teristimewa. 
Pandang ke depan mata, 
dan hargai apa yang ada. 
Usah bimbang tentang yang tiada. 
Sampai masa, ALLAH akan  beri kurnia.
(Tetiba aku pulak yang berpuisi ni, apa cerita?) 

Monday, February 18, 2013

Susu kambing dan kurma

Hai, kali ni aku bersiaran dari Tioman. Cuti dari 9 Feb sampai 17 Feb. Tapi ALLAH bagi hadiah satu hari lagi to spend time together sebab tiket flight dari Subang ke Tioman untuk hari Sabtu dan Ahad dah habis. Jadinya pagi tadi suami kena ambil cuti siap kena fotostat tiket flight aku untuk bahan bukti. Sian pulak asik kena marah dengan superiors sebab asik cuti. Hehe..Tapi aku suka je... First time dalam sejarah profesyen perguruan, bersama suami di malam weekday. 

Malam tadi buat pertama kalinya kami mencuba petua susu kambing dan kurma. Susah pulak nak carik kurma di luar bulan Ramadhan. Tapi alhamdulillah, ALLAH permudahkan dan kami dapat beli di Tesco Seremban 2. Susu kambing kami beli jenama Higoat sahaja. Juga air zam-zam. 

Petuanya, ambil 4 biji buah kurma. Suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji. Selawat 3 kali. Tapi kami juga tambah dengan ayat kursi dan bismillahizzi. 

Kemudian, buang biji kurma, blend dengan 400ml air suam sebab 1 sachet susu kambing Higoat perlu dibancuh dengan 200ml air suam. Air suam tu kami campur 300ml air zam zam dan 100ml air panas. Kemudian blend kurma sampai halus. 

Lepas tu tuangkan 2 sachet susu kambing dalam blender dan blend 2 saat. 

Bahagi kepada 2 gelas. Suami isteri minum sambil hadap kiblat dan selawat. Niat untuk dapatkan zuriat yang soleh dan solehah dan sempurna, insyaALLAH. 

Dan, rasanya sangat sedap. Sangat sedap. Patut la Nabil kata dia minum 2,3x sehari sebab rasa sangat sedap. 

Kalau ikut petua ustaz yang sepupu aku bagi ni, petua ni cuma minum sekali seumur hidup dan seterusnya amalkan minum susu kambing setiap hari. 

Tapi kalau minum kerap pun ok jugak kot. Cumanya kami mungkin dapat minum 2x sebulan je sebab jumpa dua kali sebulan.... Huhu... 

InsyaALLAH, kalau ada rezeki, adalah. Kita usaha, ALLAH yang tentukan yang terbaik. InsyaALLAH. 

Sunday, February 17, 2013

Tip Pemakaian Premium Beautiful

No bra & panties
Tidak perlu pakai bra atau panties semasa memakai PREMIUM BEAUTIFUL corset. Long Bra & Long Girdle ni dah cukup, sama dengan bra & panties yg kita pakai seharian, inilah baju dalam kita. Kenapa? Sbb untuk pembentukan semula breast & pinggul secara direct (untuk mendapat lebih kebaikan FIR - direct contact of FIR fabric dalam PREMIUM BEAUTIFUL dengan kulit), kalau pakai bra & panties kurang & lambat la effect nye.
Tetapi kalau time period, kenalah pakai seluar dalam kan… itu tak mengapa .**Tips: letak panty liner pada PREMIUM BEAUTIFUL utk lebih selesa….


Minimum 8 Jam/ Hari
Pakai PREMIUM BEAUTIFUL minimum 8 jam sehari. Lebih dari 8 jam pun tak jadi masalah & sangat digalakkan. Kalau nak cepatkan proses pengecilan/penurunan saiz badan, boleh pakai hingga 20 jam. Tidak ada kesan buruk kalau pakai lebih 8 jam. Kenalah berdisplin sikit.
Nak pakai bawak tidur pun boleh.... ikut pada keselesaan sendiri. I lebih suka pakai Long Girdle masa tidur, selesa sgt2... Sesape yang nak pakai Waist Nipper time tidur pun ok... cepat la nak dpt perut yg cantik... Like I said " ikut keselesaan sendiri".

Minum Air 8 Gelas/Hari
FIR dalam PREMIUM BEAUTIFUL memerlukan air yang cukup dalam badan kita untuk bertindak. Jadi perlulah minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari.
If rasa pening-pening masa first time guna PREMIUM BEAUTIFUL cepat-cepat minum air.

Healing Crisis
Mula-mula pakai PREMIUM BEAUTIFUL akan adanya healing crisis symptoms seperti sakit kepala, pening, gatal dan sakit belakang. Ini menandakan badan sedang mengeluarkan toksid. Proses ini adalah normal dan sementara. Jadi jgn lah cepat putus asa untuk pakai PREMIUM BEAUTIFUL.

Time ke Tandas
Ramai jugak yang complain time nak ke tandas menjadi masalah ketika pakai PREMIUM BEAUTIFUL. Ada orang yang buka Waist Nipper sepenuhnya untuk memudahkan ketika melaksanakan tugas di tandas. Then buka Long Girdle, mcm buka panties n selesaikan tugas...
For me, I just tarik Waist Nipper ke atas and buka your Long Girdle dan selesaikan tugas... Cara ni lebih mudah untuk I.

Time Basuh
Nak basuh PREMIUM BEAUTIFUL ini terpulang pada tahap kebersihan anda ye... Bagi I, Long Girdle I basuh setiap hari dgn sabun Natural Wash - Jangan guna sabun cuci biasa ye. For Long Bra I cuci 2-3 hari sekali dan Waist Nipper seminggu sekali sebab Waist Nipper tak kena kulit badan kita.

Koyak or Rosak
Jika PREMIUM BEAUTIFUL koyak atau tulang pada PREMIUM BEAUTIFUL patah, anda boleh hantar servis dgn PERCUMA , syaratnya cuma masih ada TAG PREMIUM BEAUTIFUL yg original pada corset… guarantee seumur hidup, so kalau dah pakai 3, 4, 5 tahun pun takde masalah nak repair.


Thursday, February 14, 2013

Churros

Semalam tengok Nutella atas meja makan, terus teringin nak makan Churros. So, petang semalam projek Churros la kami. Tapi since kami takde nozzle, belasah aje guna plastik yang digunting muncungnye. 
 
Aku guna resipi dari sini.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu esen vanilla
1 cawan air
½ cawan mentega
1 sudu kecil garam
Gula perang - aku letak gula putih je
2 biji telur

Cara-cara penyediaan:
1. Didihkan air dan masukkan mentega.
2. Masukkan semua bahan churros kecuali telur.
3. Kacau sehingga enjadi doh.
4. Tutup api dan sejukkan. Setelah sejuk,masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan dalam piping beg, paipkan ke dalam minyak yang panas.
6. Goreng sehingga perang dan angkat.
7. Pastu paipkan Nutella.
8. hidangkan bersama churros.

Churros versi Mrs. Polaris

Eleven~


These are my wishes for you... 
On our 11 months sailing together  in this wonderful ocean of love. 
Sorry if i can't be a perfect wife.
But im trying and struggling to,
It has been 11 months being your wife,
And you're the most wonderful husband,
Hope we will have many years ahead to be counting together.
InsyaALLAH. 
Amin. 

I love you, honey.



Regards,
.:Love:.

Wednesday, February 13, 2013

Bersihkan hati, reset niat, insyaALLAH~

Alhamdulillah, selamat sampai dari kampung pagi tadi sebelum subuh. Hujan tak berhenti sepanjang Lebuhraya Pantai Timur menyebabkan hubby drive biasa-biasa je. Tapi takpe, alhamdulillah, selamat sampai dengan selamat. 

Percutian singkat 3 hari 3 malam di kampung, alhamdulillah berjaya berkongsi rahsia kesihatan dengan 3 customers. 3 customers PB straight in a row. What a blessed intention that give me an open wide path. Thank you ALLAH. Niat nak bantu mereka menjaga kesihatan dipermudahkan ALLAH. 

Dalam pada habis 1.5k setiap kali balik kampung, ALLAH anugerahkan rezeki pengganti yang tak ada. Betapa baiknya ALLAH untuk setiap hambaNya yang berusaha. Takkkk, aku memang tak kisahkan pun habiskan duit setiap kali baik kampung. Sebab memang kumpul duit kat sini untuk insan-insan tersayang di kampung pun. 

Ye la, minyak, tol, makan minum, shopping untuk rumah sendiri dan mertua, belanja makan, salam mesti nak kaut kan. Baru best... Sebab, sentiasa ingat dalam minda, dalam setiap rezeki yang kita dapat, juga ada bahagian orang lain. Tapi syukur alhamdulillah, duit gaji habis untuk insan-insan tersayang, ALLAH ganti dengan duit bonus gemok-gemok hasil perkongsian kehebatan Premium Beautiful dengan insan-insan kesayangan jugak. 

Berminat?

For those who are interested in generating side income to support our financial, 
and for those who are interested for FOC 5 stars honeymoon trip oversea, 
do contact me. 
It's a teamwork project and we won't let you work alone. We do it in team. 
And every step will be guided with our expert leaders. 
Now we are working on 
FOC 5 stars holiday/honeymoon trip to Shanghai 
this upcoming April. 


Yesss, FOC honey. 
And you can bring along your hubby, FOC!


Izyan
013 9943935
mnazri.fauzi@gmail.com


Wednesday, February 6, 2013

Satu penyelesaian untuk banyak masalah

Assalamualaikum dear beauty conscious beautilicious~ 

Ok, sape-sape yang nak kurus
nak jaga kesihatan
nak banyakkan susu badan dan sebagainya, 
tapi jenis tak boleh telan ubat
jenis tak boleh minum supplements
jenis sayangkan buah pinggang
saya ada penyelesaiannya! 

Premium Beautiful menawarkan semua yang anda inginkan tanpa berbelanja banyak! 
Cukup sekali seumur hidup? 
Tak luak walau dah pakai bertahun-tahun. 
Rosak boleh baiki for free in a lifetime. 

Paling menarik, sambil pakai PB boleh generate side income. 
Tak payah keluar rumah carik customer pintu ke pintu. 
Cukup sekadar duduk depan laptop, 
sign in Facebook,
sign in blog!
In Green Leader Group, 
everything will be guided with us and our leaders!
We won't leave you alone!
We do it in team but all the bonus goes to your account only!


Berminat, do PM, contact me at 0139943935!

Sunday, February 3, 2013

Testimoni Premium Beautiful Korset


Okeh, meh sini nak share testimoni pengguna tegar PB. 





Ok, Fiza ni seorang nurse. Rakan zaman sekolah. Masih lagi dalam pantang bersalinkan anak keduanya. Dan paling penting, masih lagi memakai PB bersaiz zaman anak dara you! Hehe. Best kan.. 


Dan hari tu, masa mula-mula join bisnes ni, pelanggan pertama aku juga adalah rakan sekolah. Juga seorang isteri yang PJJ dengan suami. Dan beranak satu. Yang aku kagum dengan customer aku ni, in merupakan kali kedua dia beli PB. 

Kali pertama dulu beli CASH! Tapi sebab berulang jumpa suami, dia tertinggal PB tersebut di hotel. 

Dan dia cuba beli korset brand Tr**mph. Tapi katanya tak best walaupun mahal. Bergulung-gulung. 

Dan bila dia tahu dengan aku boleh bayar ansuran, dia nak beli PB lagi sekali.

See, betapa selesanya PB ni sampai ada customer yang sanggup beli lagi walaupun harganya melebihi RM1500 bergantung kepada saiz. Tapi tak melebihi RM 2500 pun....

So, jom sama-sama memanfaatkan kelebihan PB dalam menjaga kesihatan kita. 

Kenapa?

Kerana diriku begitu berharga....