.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, February 27, 2013

English Day SMK Tekek


LAPORAN HARI BAHASA INGGERIS SMK TEKEK
2013

TARIKH             : 26 FEBRUARI 2013
TEMPAT            : DATARAN SRI SAMUDERA, SMK TEKEK.
SASARAN          : SEMUA PELAJAR SMK TEKEK
ANJURAN          : PANITIA BAHASA INGGERIS, SMK TEKEK, PULAU TIOMAN.
OBJEKTIF
  • 1.     Membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.
  • 2.     Melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Inggeris sebagai kedua.
  • 3.     Membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa-apa jua aktiviti yang disertai.
  • 4.     Membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
  • 5.     Memupuk semangat kerja berkumpulan di kalangan pelajar.


ATURCARA
Antara acara yang telah dijalankan ialah:
1.    1. Music for English Soul
a.     Firework song by Katie Perry
                                          i.    Vocabulary Enrichment
                                         ii.    Arrange Them Right
b.     The Climb song by Miley Cyrus
                                          i.    Shoot to the Right Goals
                                         ii.    Don’t Tension with the Tenses
2.     2. Tongue Twister Competition


Hari Bahasa Inggeris diadakan pada hari Selasa, 26 Februari 2013. Guru pengelola program adalah Puan Nur Izyan binti Alias selaku Ketua Panitia bersama Puan Roslina binti Othman sebagai ahli panitia Bahasa Inggeris. Program diadakan di Dataran Sri Samudera SMK Tekek dengan dibantu oleh semua guru sebagai fasilitator kumpulan dan disertai oleh 145  pelajar dari tingkatan 1 hingga 4. Program dimulai pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Program dimulai dengan pembahagian pelajar kepada 15 kumpulan yang mengandungi 9-10 ahli kumpulan dari pelbagai tingkatan.

AKTIVITI 1: Music for English Soul
1.     Firework song by Katie Perry
Pelajar akan diperdengarkan lagu Fireworks dan diminta menyanyi bersama-sama. Guru akan menerangkan maksud lagu berkenaan secara ringkas.

1.1.   Vocabulary Enrichment
Pelajar diberi 11 perkataan yang sukar di dalam lagu dan diminta mencari maksud dengan pantas. Kamus diberi sebagai bahan bantu. Kumpulan yang paling cepat siap dan memberi jawapan paling tepat dikira pemenang.

1.2.   Arrange Them Right
Guru menayangkan ayat di layar putih dan pelajar diminta menyusun ayat tersebut dengan betul. Aktiviti ini dijalankan secara individu. Pelajar yang dapat menjawab dengan pantas dan tepat akan diberikan hadiah. Namun begitu markah juga akan diberi kepada kumpulan yang diwakili oleh pelajar berkenaan.

2.     The Climb song by Miley Cyrus
Pelajar akan diperdengarkan lagu The Climb dan pelajar diminta menyanyi bersama-sama. Guru menerangkan maksud lagu berkenaan.

2.1.   Shoot to the Right Goals
Guru mengedarkan nota Nouns, Verbs, Prepositions, Pronouns dan Adjectives kepada semua pelajar. Kemudian guru akan menerangkan tentang isi kandungan nota berkenaan. Pelajar kemudiannya diminta melakukan kerja berkumpulan dengan menyenaraikan dan mengkategorikan perkataan di dalam lagu kepada kumpulan Nouns, Verbs, Prepositions, Pronouns dan Adjectives. Pelajar akan menulis hasil dapatan di atas kertas mahjung. Kamus diberikan kepada setiap kumpulan sebagai bahan bantu. Markah dikira berdasarkan jawapan yang betul, kepantasan masa, kreatif dan inovatif serta semangat kerja berkumpulan.

2.2.   Don’t Tension with Tenses
Guru menayangkan ayat di layar putih dan pelajar diminta menjawab secara individu Past Tense bagi Verbs di dalam ayat berkenaan. Pelajar yang dapat menjawab dengan pantas dan betul diberikan hadiah. Markah juga diberi kepada kumpulan yang diwakili oleh pelajar berkenaan.

AKTIVITI 2: Tongue Twister Competition
Setiap kumpulan diminta menghantar wakil bagi Toungue Twister Competititon. Markah diberi berdasarkan ketepatan sebutan dan kepantasan menyebut rangkap yang berkenaan.



GAMBAR AKTIVITI HARI BAHASA INGGERIS





Spot me!

Teachers in action

Teamwork



RESPON PELAJAR
Sepanjang Program Hari Bahasa Inggeris, didapati hampir 95% pelajar melibatkan diri dalam pertandingan yang diadakan. Namun begitu terdapat segelintir pelajar yang tidak menyertai pertandingan yang dijalankan. Didapati mereka mengabil kesempatan dengan ke tandas dan tidak membuat tugasan berkumpulan. Walau bagaimanapun, perlakuan pelajar tidak mengganggu segala program yang dijalakan. Teguran telah dibuat. Terdapat juga pelajar yang memberi respon yang positif dengan melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dengan bersungguh-sungguh. Keseluruhan pelajar memberi sepenuh komitmen dan kelihatan berminat dan ceria menyertai semua aktiviti. Semangat kerja berkumpulan juga sangat bagus di kalangan ahli kumpulan walaupun datang dari pelbagai tingkatan.

PENILAIAN/POST MORTEM AKTIVITI
Secara keseluruhan, aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar lebih menyukai dan memahami bahasa Inggeris. Semua pelajar didapati berpotensi melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Selain itu, pertandingan ini juga membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa jua acara yang disertai dan mencungkil bakat mereka.


Disediakan oleh,                                                                                   

________________________
(NUR IZYAN BINTI ALIAS)
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SMK TEKEK PULAU TIOMAN

No comments: