.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, February 21, 2013

Puisi Ke Hadapan Fetus by Wani Ardy

Suka baca puisi ini. Dari Sis Wani Ardy

KE HADAPAN FETUS

Maafkan bonda
bonda belum gubah nama buatmu
tapi bonda punya doa
bonda punya mimpi
bonda punya harapan menggunung ke tebing langit


Bonda teruja, mahu lihat kamu tertubuh jadi manusia
bonda canting kamu, cukup untuk pasti mana betul,
mana salah
mana dosa, mana pahala
mana neraka, mana syurga


Bonda tidak akan lukis kamu menjadi bonda
Bonda mahu kamu jadi kamu semata
perguna minda selarasnya
perguna jiwa searifnya


Ke hadapan fetus,


Yang lemah-kalah, yang sabar-menang
Matang kamu kelak, realiti datang menggigit
Tapi kamu usah bercerai tulang dari daging
dunia mungkin kejam, tapi tulang dan daging itu segumpal Tuhan sulamkan.


Jangan putus. Jangan putus asa dan percaya. 


Dunia ini berputar mengikut ekor mata.


Kamu menjeling jelik, jeliklah ia.
Kamu memandang molek, moleklah ia.
Ukir takdirmu dengan usaha- itu janji Dia.


Jangan putus. Jangan putus hubungan dengan Tuhan.


Bumi ini luas, sayang
Kamu usah membangga diri dan membeza orang
besarnya bumi pada Tuhan, besar lagi hama di tangan kita
dan si hidung tinggi adalah serendah-rendah manusia.


Jangan putus. Jangan putus ilmu dan budi-bahasa.


Ke hadapan fetus


maafkan bonda
bonda sekadar mampu mengangankanmu
tapi bonda punya doa
bonda punya harapan
bonda punya mimpi seriang mega menari.


Wani Ardy
Bogor
2009



Rupanya  aku sejuta kali lebih bertuah dari Wani Ardy.
Zikir dalam  hati, sejuta kali, sejuta rasa. 
Cukuplah berduka.
Perancangan ALLAH itu yang teristimewa. 
Pandang ke depan mata, 
dan hargai apa yang ada. 
Usah bimbang tentang yang tiada. 
Sampai masa, ALLAH akan  beri kurnia.
(Tetiba aku pulak yang berpuisi ni, apa cerita?) 

No comments: