.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 18, 2013

Susu kambing dan kurma

Hai, kali ni aku bersiaran dari Tioman. Cuti dari 9 Feb sampai 17 Feb. Tapi ALLAH bagi hadiah satu hari lagi to spend time together sebab tiket flight dari Subang ke Tioman untuk hari Sabtu dan Ahad dah habis. Jadinya pagi tadi suami kena ambil cuti siap kena fotostat tiket flight aku untuk bahan bukti. Sian pulak asik kena marah dengan superiors sebab asik cuti. Hehe..Tapi aku suka je... First time dalam sejarah profesyen perguruan, bersama suami di malam weekday. 

Malam tadi buat pertama kalinya kami mencuba petua susu kambing dan kurma. Susah pulak nak carik kurma di luar bulan Ramadhan. Tapi alhamdulillah, ALLAH permudahkan dan kami dapat beli di Tesco Seremban 2. Susu kambing kami beli jenama Higoat sahaja. Juga air zam-zam. 

Petuanya, ambil 4 biji buah kurma. Suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji. Selawat 3 kali. Tapi kami juga tambah dengan ayat kursi dan bismillahizzi. 

Kemudian, buang biji kurma, blend dengan 400ml air suam sebab 1 sachet susu kambing Higoat perlu dibancuh dengan 200ml air suam. Air suam tu kami campur 300ml air zam zam dan 100ml air panas. Kemudian blend kurma sampai halus. 

Lepas tu tuangkan 2 sachet susu kambing dalam blender dan blend 2 saat. 

Bahagi kepada 2 gelas. Suami isteri minum sambil hadap kiblat dan selawat. Niat untuk dapatkan zuriat yang soleh dan solehah dan sempurna, insyaALLAH. 

Dan, rasanya sangat sedap. Sangat sedap. Patut la Nabil kata dia minum 2,3x sehari sebab rasa sangat sedap. 

Kalau ikut petua ustaz yang sepupu aku bagi ni, petua ni cuma minum sekali seumur hidup dan seterusnya amalkan minum susu kambing setiap hari. 

Tapi kalau minum kerap pun ok jugak kot. Cumanya kami mungkin dapat minum 2x sebulan je sebab jumpa dua kali sebulan.... Huhu... 

InsyaALLAH, kalau ada rezeki, adalah. Kita usaha, ALLAH yang tentukan yang terbaik. InsyaALLAH. 

No comments: