Friday, March 29, 2013

Sedikit waktu lagi...

Salam Jumaat. Jumaat kedua di musim cuti di rumah kami. Permulaan cuti hari tu aku pulang ke rumah kami pada hari Khamis kerana mendapat MC... Dan Jumaat datang lagi. Beratnya hati nak meninggalkan rumah, tinggalkan suami dengan makan pakai tak dijaga oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga. Peritnya hidup berjauhan selepas kahwin. ALLAH sahaja yang tahu. 

Tapi mujur juga flight ke Tioman hari Ahad ini pada pukul 3.15 petang. Biasanya 9.50 pagi. Dan harga tiket sudah mula meningkat. Telan air liur je la tengok harga tiket. Telan air liur pun tetap beli jugak. Haisyh! We have to spend more on the tickets onwards. Penghujung tahun nanti, la tinggi mencanak harga tiket. Nak buat cane, penerbangan pelancongan. Sabo je la. 

Hari ni kena kemas-kemas rumah sikit. Ada tetamu nak datang. Dan esok juga. Menu hari ni, insyaALLAH spaghetti bolognese. Kalau tak, kena tukar dengan mihun goreng daging kisar je la. Dan esok, family uncle nak bertandang. Menunya insyaALLAH, pan-fried fish with my special white sauce. 

Suami request untuk sediakan sup daging/ayam dan jugak tomyam dalam freezer nanti. Senang dia balik kerja, masak nasik dan panaskan lauk je. 

1 April nanti, permohonan tukar akan dibuka. Tapi aku tak rasa aku dapat tukar. Dengan takde optionist BI kat sekolah. Cuma aku dan seorang guru yang bakal bersalin bulan Julai yang terpaksa menjadi bidan terjun mengajar BI. Pengetua takkan sokong permohonan aku. Tapi doa tetap doa. Sebesar mana pun kuasa mereka-mereka yang akan mengendalikan borang-borang pertukaran guru-guru, ALLAH jua yang memegang hati-hati mereka. Semoga ALLAH lembutkan hati mereka untuk menyatukan suami isteri dan anak-anak yang terpisah. Amin. 

Okey la, nak mop lantai jap. 

Malam ni nak ke GLAM. Mencedok ilmu buat meneruskan perjuangan. InsyaALLAH. 

Tuesday, March 26, 2013

our first anniversary celebration ~ Cameron Highland

Alhamdulillah, hari ni bersiaran dari rumah kami setelah menghabiskan masa dan duit di Cameron Highland.

Oooo, begitu rupanya honeymoon. Hehe... Kesian kan, ini kali pertama kami berbulan madu setelah setahun lebih kahwin. Bagi aku, biasa je... Macam kami travel ke mana-mana berdua. Bukan tak pernah travel berdua lepas kahwin, tapi sebab tak pernah mention bulan madu, rasa macam travel biasa je. Kali ni sebab niat nak berbulan madu, jadi special sikit la... 


Tapi Cameron dah tak berapa sejuk dah sekarang kan. Ingatkan masih sejuk macam zaman aku sekolah rendah dulu. Dulu siap kena pakai baju berlapis-lapis. Sekarang tak payah pakai sweater pun tak pe. Sesekali angin bertiup tu sejuk juga sikit. Nyaman. 


Kami menginap di Equatorial. Ok la. Rasanya next time tak sewa hotel mahal pun tak pe. Sebabnya bukan memerap dalam hotel je. Sebab banyak habiskan masa untuk outdoor activities. Membazirkan... 


Untuk map places of interest, kami mintak di kaunter receptionist Equatorial je. Senang sikit nak jalan-jalan. Dulu datang dengan rombangan sekolah, rombongan coursemate UMT tak pe la. Ikut je. Ni nak explore sendiri, kena guna map la. Tapi map tu aku tengok kalau kat kedai, RM3 gitu. Tapi Equatorial bagi percuma. 


So, kami cume berpeluang ke pasar malam Brinchang, Cactus Valley, Big Red Strawberry Farm dan jugak Lavender Farm. Yang lain tu berenti kedai tepi-tepi jalan je. Ingat nak ajak Mr. Polaris ke Rose Centre, tapi masa tak mengizinkan. Sebab kami cuma ke sana 2 hari 1 malam. Mr. Polaris tak dapat cuti banyak. Hari ni dah start kerja. Aku kat rumah rasa nak tidur je. Pagi tadi pun, bertuah je aku salam Mr. Polaris nak gi kerja atas katil dengan mata tertutup. Sangat penat. Jet lagged kot! Muahaha! Lempang nak? Pergi CH pun nak jet lag bagai. Hehe. 


Kami masuk CH guna jalan dari Simpang Pulai. Garmin kata dalam 4 jam kami boleh sampai. Tapi sebab jam yang amat, we took about 7 hours to reach there. 


Even tak bergilir drive, aku rasa penat sangat sebab kaki penat kot. Ya, kaki selalu sangat sakit dan lenguh sekarang. Dah tak mampu dah nak bawak diri aku yang beso sekarang ni. Dah tu, tak sedar-sedar diri lagi? Kih kih kih... 


Then we decided to focus on my weight loss program dulu sebelum focus on our effort to get the babies. Tak nak fikir pasal baby lagi dah. Tak nak stress. Kalau ada rezeki nanti, ada la. Kan... Allah lebih tahu. 


Gambar? Niat memang nak share. Tapi aku pun gerun tengok ilusi optik aku dalam gambar. Haha! Nnati aku cari gambo jauh-jauh sikit upload. Hehe. Siryes kami bincang panjang tentang my body weight lepas tengok gambar honeymoon tu. Phewww! Memang orang akan tau yang suami bagi cukup kasih sayang dan cukup makan lepas kahwin. Hehe... 




For him and for her
 The bag is so me. Love the design so much. Aku memang suka bag banyak details. 


Our room 

Baru balik dari pasar malam
Malu sebenarnya nak pakai trench coat ni. Hehe. Tapi sebab beli memang untuk pakai gi Cameron diperancangan yang lepas bersama family, tapi tak kesampaian, aku pakai jugak la kali ni walaupun tak sejuk mana pun. 


Sejuk jugak walau takde econ

Sebelum checkout to explore CH

Dinner
 Sebelum beli belah di pasar malam, kami makan dekat sini. Jalan kaki saja dari pasar malam. Tom yam dia memang sangat sedap. Kaw. Tapi nasik goreng biasa-biasa je. 


View from our room

Masa tengah breakfast baru bincang nak gi mana


First stop - Big Red Stwaberry Farm
Plan asal nak ke Raju's Hill Strawberry Farm. Tapi kebetulan lepas refuel, lalu Big Red dulu. So, singgah je la... 






Dari Big Red Strawberry Farm terus ke Cactus Valley sebab sebelah menyebelah je. 



Last stop was Lavender Garden. Yang ni aku aim masa mula-mula sampai lagi sebab kalau dari Simpang Pulai, kita memang akan lalu Lavender Garden dulu. 







hameey nye rumah ni kannnnn... our house nanti insyaALLAH color camni. 

Duduk tak duduk je aku atas ni. Takut putus mampus!

Comel giler kannnn.... 



On the way back home, singgah beli Coney Dog. Dah lama betul tak makan. Last makan masa kat UMT tahun 2007 kot. Dannnnn, kenapa tetiba aku rasa fries A&W sangat sedap wehhhh? 


Dan begitu la berakhirnya percutian bulan madu kami. Ecewahhh. Suami janji nanti nak bawak ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi pulak.... Tapi mama ajak ke Medan. huhu.. Tengok cuti Mr. Polaris cane. Kalau dia cuti sama macam aku takpe... 

Apapun kena plan kaw-kaw untuk bisnes. Nak tambah savings. Nak gi honeymoon jauh-jauh sikit dengan husband. Dan untung-untuk dapat FOC trip ke Shanghai nanti, insyaALLAH... Amin.... 





Thursday, March 14, 2013

It's our first anniversary







Hari ini, setahun yang lepas,  tepat jam 10 malam, aku selamat bergelar Puan Nazri di kediamanku, tanpa umi... Sobs...

Hari ini, setelah setahun, kami masih lagi pasangan yang berjauhan. Semoga berkat setahun hubungan halal ini, ALLAH kurniakan kami dengan zuriat, permudahkan urusan kami untuk duduk sebumbung, murahkan rezeki kami.... Dan banyak lagi doa... Semoga dimakbulkan ALLAH. Amin... 

Thank you Mr. Husband for being the awesome husband of mine. I need you to be awesome just the way you are forever. I need you to be my eternity zauji. 

Thank you ALLAH for grant me this awesome husband. YOU know who is the best for me. Alhamdulillah. 


Celebration? We postpone it to 23rd of March. Bersama sambutan hari ulang tahun kelahiranku yang juga ditangguhkan. Haisyhhh!

Actually we are really looking forward to having the mini me or mini him or mini us for this anniversary, but ALLAH knows better. 

Feeling like wanna experience again and again the tenderness in my womb and the breasts. 
Feeling like wanna feel the warmth of my body. 
Feeling like wanna feel the mild headache every time I wake up in the morning. 
Wanna enjoy the mood swings. 
I don't even care if I suffer the bloating stomach. 
And if i need to teach my student without walking around the class, just sitting in front the class for i cant really stand for some times. 
I can stand my heart beating so fast. 
Till some time I feel dizzy.
I really want to get pregnant again and appreciate every single minute of my pregnancy. 
I really want to embrace my own baby or babies. 

My wish on our very first anniversary. 

Amin, amin, amin. 
Amin ya rabbal alamin. 

Monday, March 11, 2013

Neutral

Everytime I fell in love with my profession, with my workloads, there's always something that will abort it off. 


Zikir. 

Dan.

Fikir. 

Allah, give me strength.

Amin. 


Kecewa. Kunyah. Telan. Redha. 

Thursday, March 7, 2013

My first GLOW, lets GLOWing~

Alhamdulillah, hari tu, 2 Mac 2013 berpeluang menambah ilmu bisnes dengan menghadiri Green Leader Orientation Workshop di Atcen Learning Centre, Damansara. Banyak ilmu yang dikongsi oleh para leaders. Dan paling best dapat jumpa ramai rakan baru. 

Sesi pertama: FAQ by CDM Shaliza Aziz

Makcik Bulat

Perkongsian ilmu dari CDM Sha Khalid
 Cerita tentang Sha Khalid ni paling aku suka. Very inspirational. Kecik je CDM Sha ni, tapi semangat besar, berapi membara, berkobar-kobar gitu. She was a software engineer in IBM. And she only takes about 1 year and a half to become a CDM. Not only that, dia dah la keja full time as engineer, mother of two, with no maid and duduk nun jauh di Rawang. Untuk berjaya mesti banyak melakukan pengorbanan. Tak boleh la duduk depan computer harap-harap ada customer datang kat kita. :D Anak Felda ni dari Johor, dulu pakai Viva je now sudah bergaya dengan Merc C Class Compressor. And before she joined the business, dia tak pernah ada PASSPORT. And alhamdullilah segala-galanya bermula dengan business Premium Beautiful under GLG!! And dia masih buat partime dan incomenya RM35k a month. Dan sekarang she is the fulltime PBpreneur. 

Taken at Atcen Learning Centre

Taken at Atcen Learning Centre
Selain dari tu, ada juga slot bagaimana nak memaksimakan penggunaan blog, FB dan instagram sebagai medium utama bisnes ni. Banyak maklumat yang dikongsi oleh suami CDM Sha yang juga pakar komputer ni. 

Satu quote yang  aku rasa menarik untuk dikongsi adalah. 

"If we do too much analysis, it will lead us to paralysis"

Ada paham? Banyak sangat pikir, tak kemana jadinya. So, kita redah jerrr! Apa yang ada di depan mata, kita hadapi je. Yang penting....

Be part of our TEAM today!! 
Be in the Right Group! 
Choose GLG!!
We will guide you to Success!

Ok, lets have a look on some pictures.

Wani, Gee, CDM Sha Khalid, CDM Shaliza Aziz, Yana dan makcik bulat

With bisnes partner


The GLOWing GLAM members
Bertuah sangat berada dalam goup ni. Setiap langkah diajar. 
Alhamdulillah. 

Sape berminat, boleh contact ai ye.. 

O13 9943935

JJCM Muadzam Shah

5 Mac 2013.

Hmm, penat. Malam tadi baru sampai dari Muadzam Shah, menghadiri mesyuarat panitia Bahasa Inggeris. Tapi best sangat berpeluang menjejak kaki dan menerokai Muadzam Shah bersama suami. Mujur suami dapat cuti dan sanggup hantar isteri dia. Kalau tak, tak tau la. 

Dah la yang lawaknya, lagi sejam nak sampai Muadzam Shah, aku baru teringat baju, tudung dan baju suami yang aku iron penat-penat tertinggal kat rumah. Dah la aku memang tak bawak baju lain selain anaknda2 yang perlu dipakai esoknya. Baju tido pun tak bawak sebab nak tido pakai baju yang dipakai sekarang tu je. 

Tertelan-telan saliva aku pikir cane nak settle kan masalah ni. Takkan nak masuk meeting pakai tracksuit, sexy shirt and cardigan kottttt! Then pikir-pikir, then decide nak cari baju di Sakan. Nasib la ada sehelai baju kurung bersaiz aku. Tu pun mase tengah pilih, workers Sakan dah tarik pintu nak tutup kedai. Hehe. 

Lepas tu baru rush ke Wawa Inn nak check in. Sekalinya penuh. Pastu hubby call kawan dia yang kerja kat situ untuk tolong cari hotel lain. Tapi kat Muadzam tu ada dua je hotelnya. Dan semua dah penuh. Hangin sungguh aku rasa. Dah la penatnya badan masa tu. Pikir nak tido je. 

Then pukul 11 lebih, dapat carik satu homestay dengan harga RM 180. Lepas kawan hubby negotiate, dapat la RM120. Ok, on je. Zasss, terus ke rumah tu. Dekat je dengan tempat meeting esok. 

Homestay Kak Dah

Very convenient. 3 bilik tido. Semua bilik ada attached bathroom. Kalau berminat boleh call Kak Dah. 
Nanti hubby aku balik keje jap lagi aku letak fon nombor. 

Habis meeting, terus carik makanan. Kami makan di food court yang terletak di antara KAMUS dan SK Bukit Ridan. Aku order laksa dan ABC. Hubby pulak order nasik putih dengan sup daging. 

Best ever abc
 Penuh dengan aksesori. Tak habis aku makan semangkuk ni tau. Dah la rasa sangat sedap. Tak padan dengan rupa yang nampak pucat je. Dan harganya cuma RM 2 uolssss. 

Best ever laksa. Secukup rasa. 
 Dan aku tapau rojak ayam. Hehe. Suami pulak, bila rasa sup daging tadi, terus decide nak tapau 2 bungkus untuk makan kat rumah. Memang semua makanan kat sini sedap. Padahal kami order dari kedai yang berbeza. Murah pulak tu. Laksa tu RM3 kalau tak salah. Rojak pun. Sup daging rm 4, penuh dengan isi yang lembut. Sup pulak stye kampung. Sangat sedap. Next time kalau berpeluang lagi lalu Muadzam Shah, memang wajib singgah makan dan tapau kat sini lagi. InsyaALLAH. 

Rojak ayam

Berbaju SAKAN. dan suami pakai baju semalam. Hehe. 

Second visit to Senandung Malam Seafood

Hai, assalamualaikum semua. Banyak sangat story nak share, tapi ai bajet busy. Hehe. 

Many things happened in my life. Balik kampung celebrate birthday mama la, attended GLOW, entertained my family yang datang rumah kami, attended English Panel Meeting dan lusa family mertua pula akan datang. So aku rasa macam nak start dengan entertained my family. 

Lepas short discuss dengan Mr. Polaris, we decided to bring my family to Senandung Malam, Bagan Lalang again. Tapi yang datang cuma mama, abah, nenek, Aleya dan Iman. Kalau semua datang lagi best. 

Ok, kali ni datang awal dan start pilih makanan pukul 5 suku gitu. Orang pun belum ramai. So, as the leasson learnt, terus order siap-siap. Dulu masa first visit, pilih makanan pukul 5.30, nak menunggu turn order tu kemain lama. Pukul 8 malam baru dapat makan. Phewww! 

Tapi kali ni, pukul 6 lebih tu dah sampai hidangannya. 

Jangan makan lagi, nak amek gambo dulu.. Heheh.. (Sabo je la)

Sotong celup tepung dan siakap stim
Sotong celup tepung sedap as usual.  First time try siakap stim limau di kedai ni. Bagi aku kurang stim la. Lagi sedap siakap stim di Tom Yam Timur BBN, Nilai.

Butter prawn, pepahat masak pedas dan sotong bakar
 Butter pawn dia sedap wehhh! 

'Aleya dan mama

Me with little drama queen


With the soulmate

Ketam masak sambal dan pari dan kembung bakar
Overall masakan dia sedap. Tapi bagi aku lagi sedap masa datang 1st time hari tu. Tapi agaknya yang first time datang hari tu rasa sangat sedap sebab lapar gilos kot. Lama pulak tu kena tunggu. Kali ni tunggu kejap je, hidangan dah sampai. Tapi mama kata semua sedap je. Tapi hari tu abah kata, pari bakar dia tak sedap sebab keras. Ntah la, mana la aku reti nak memilih. Main ambil je. Abah anak nelayan, harus la lagi tau. Hihi. Mungkin ikan besar sangat kot. 

Kalau makan kat sini, paling aku suka sotong celup tepung dia. Tepung dia sangat sedap. Lagi sedap dari tepung goreng kat Terengganu. Aisyh, sekarang ni pun rasa terliur lagi nak makan sotong celup tepung. 

Ok, hari tu kami order:

7 pinggan nasi
2 jug besar air tembikai
Seekor siakap stim limau
3 ekor ketam masak sambal
5 ekor sotong besar. 3 celup tepung, 2 bakar.
Pepahat masak pedas
3 ekor ikan kembung bakar
3 keping pari bakar. 
TOTAL: RM 186.70 jeeee..

Aku dah siap-siap withdraw rm 300. Siap pesan kat mama, kalau tak cukup suruh mama topup lagi. Hehe.. Tapi nasib baik.... Puas makan dan meratah. 

Lepas siap makan, terjumpa pulak kawan lama. Almost 10 years tak jumpa. Lebih dari 10 years kot.... Suzieana maintain comel je. Semoga jumpa lagi. Lupa plak nak snap pics. 

Lepas makan di Bagan Lalang, family tido kat rumah kami. First time terima tetamu bermalam di rumah. Cuak gak takut tak sempurna layanannya. Tapi alhamdulillah. Ok he. 

Pagi esoknya aku sediakan breakfast spagetti bolognaise. Alhamdulillah, mereka makan bertambah. 
Drama queen yang suka masuk bilik aku berangan lama2 depan cermin. 

Breakfast

Mama tengah distribute air teh. 
Dan tengaharinya....

Lucheon in heaven
Best giler nenek datang rumah. Boleh request nak mengada makan apa. Hehe. Ok, i had a confession to do!  Aku tak reti singgang ikan, be it singgang ikan biasa or singgang ikan serai gini. Dulu, zaman arwah umi ada, best la request itu ini. Makan nasik dengan kuah ikan singgang dan ikan atau ayam goreng pun dah cukup heaven siap tambah nasik lagi. Lepas kawen, bila balik rumah mertua je la boleh gedik nak request dengan guna nama anak jantan dia. 

Biasanya dialog aku, "Abang Yie kata nak makan singgang ikan. Ni bahan dah siap sume. Mek masak la... Gee tak pandai singgang ikan." Dah 16 kali tengok cara masak pun still lagi rasa singgang aku tak best. Padahal nak bermanja tu yang lebih. Maklum la, orang takde mak... 

Hmm, pagi sabtu ni mertua, adik ipar dan anak sedara pulak nak datang. Pagi Ahad aku dah balik Tioman. Tak bestnyeeee. Huhu!