Thursday, March 7, 2013

JJCM Muadzam Shah

5 Mac 2013.

Hmm, penat. Malam tadi baru sampai dari Muadzam Shah, menghadiri mesyuarat panitia Bahasa Inggeris. Tapi best sangat berpeluang menjejak kaki dan menerokai Muadzam Shah bersama suami. Mujur suami dapat cuti dan sanggup hantar isteri dia. Kalau tak, tak tau la. 

Dah la yang lawaknya, lagi sejam nak sampai Muadzam Shah, aku baru teringat baju, tudung dan baju suami yang aku iron penat-penat tertinggal kat rumah. Dah la aku memang tak bawak baju lain selain anaknda2 yang perlu dipakai esoknya. Baju tido pun tak bawak sebab nak tido pakai baju yang dipakai sekarang tu je. 

Tertelan-telan saliva aku pikir cane nak settle kan masalah ni. Takkan nak masuk meeting pakai tracksuit, sexy shirt and cardigan kottttt! Then pikir-pikir, then decide nak cari baju di Sakan. Nasib la ada sehelai baju kurung bersaiz aku. Tu pun mase tengah pilih, workers Sakan dah tarik pintu nak tutup kedai. Hehe. 

Lepas tu baru rush ke Wawa Inn nak check in. Sekalinya penuh. Pastu hubby call kawan dia yang kerja kat situ untuk tolong cari hotel lain. Tapi kat Muadzam tu ada dua je hotelnya. Dan semua dah penuh. Hangin sungguh aku rasa. Dah la penatnya badan masa tu. Pikir nak tido je. 

Then pukul 11 lebih, dapat carik satu homestay dengan harga RM 180. Lepas kawan hubby negotiate, dapat la RM120. Ok, on je. Zasss, terus ke rumah tu. Dekat je dengan tempat meeting esok. 

Homestay Kak Dah

Very convenient. 3 bilik tido. Semua bilik ada attached bathroom. Kalau berminat boleh call Kak Dah. 
Nanti hubby aku balik keje jap lagi aku letak fon nombor. 

Habis meeting, terus carik makanan. Kami makan di food court yang terletak di antara KAMUS dan SK Bukit Ridan. Aku order laksa dan ABC. Hubby pulak order nasik putih dengan sup daging. 

Best ever abc
 Penuh dengan aksesori. Tak habis aku makan semangkuk ni tau. Dah la rasa sangat sedap. Tak padan dengan rupa yang nampak pucat je. Dan harganya cuma RM 2 uolssss. 

Best ever laksa. Secukup rasa. 
 Dan aku tapau rojak ayam. Hehe. Suami pulak, bila rasa sup daging tadi, terus decide nak tapau 2 bungkus untuk makan kat rumah. Memang semua makanan kat sini sedap. Padahal kami order dari kedai yang berbeza. Murah pulak tu. Laksa tu RM3 kalau tak salah. Rojak pun. Sup daging rm 4, penuh dengan isi yang lembut. Sup pulak stye kampung. Sangat sedap. Next time kalau berpeluang lagi lalu Muadzam Shah, memang wajib singgah makan dan tapau kat sini lagi. InsyaALLAH. 

Rojak ayam

Berbaju SAKAN. dan suami pakai baju semalam. Hehe. 

No comments: