.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, March 26, 2013

our first anniversary celebration ~ Cameron Highland

Alhamdulillah, hari ni bersiaran dari rumah kami setelah menghabiskan masa dan duit di Cameron Highland.

Oooo, begitu rupanya honeymoon. Hehe... Kesian kan, ini kali pertama kami berbulan madu setelah setahun lebih kahwin. Bagi aku, biasa je... Macam kami travel ke mana-mana berdua. Bukan tak pernah travel berdua lepas kahwin, tapi sebab tak pernah mention bulan madu, rasa macam travel biasa je. Kali ni sebab niat nak berbulan madu, jadi special sikit la... 


Tapi Cameron dah tak berapa sejuk dah sekarang kan. Ingatkan masih sejuk macam zaman aku sekolah rendah dulu. Dulu siap kena pakai baju berlapis-lapis. Sekarang tak payah pakai sweater pun tak pe. Sesekali angin bertiup tu sejuk juga sikit. Nyaman. 


Kami menginap di Equatorial. Ok la. Rasanya next time tak sewa hotel mahal pun tak pe. Sebabnya bukan memerap dalam hotel je. Sebab banyak habiskan masa untuk outdoor activities. Membazirkan... 


Untuk map places of interest, kami mintak di kaunter receptionist Equatorial je. Senang sikit nak jalan-jalan. Dulu datang dengan rombangan sekolah, rombongan coursemate UMT tak pe la. Ikut je. Ni nak explore sendiri, kena guna map la. Tapi map tu aku tengok kalau kat kedai, RM3 gitu. Tapi Equatorial bagi percuma. 


So, kami cume berpeluang ke pasar malam Brinchang, Cactus Valley, Big Red Strawberry Farm dan jugak Lavender Farm. Yang lain tu berenti kedai tepi-tepi jalan je. Ingat nak ajak Mr. Polaris ke Rose Centre, tapi masa tak mengizinkan. Sebab kami cuma ke sana 2 hari 1 malam. Mr. Polaris tak dapat cuti banyak. Hari ni dah start kerja. Aku kat rumah rasa nak tidur je. Pagi tadi pun, bertuah je aku salam Mr. Polaris nak gi kerja atas katil dengan mata tertutup. Sangat penat. Jet lagged kot! Muahaha! Lempang nak? Pergi CH pun nak jet lag bagai. Hehe. 


Kami masuk CH guna jalan dari Simpang Pulai. Garmin kata dalam 4 jam kami boleh sampai. Tapi sebab jam yang amat, we took about 7 hours to reach there. 


Even tak bergilir drive, aku rasa penat sangat sebab kaki penat kot. Ya, kaki selalu sangat sakit dan lenguh sekarang. Dah tak mampu dah nak bawak diri aku yang beso sekarang ni. Dah tu, tak sedar-sedar diri lagi? Kih kih kih... 


Then we decided to focus on my weight loss program dulu sebelum focus on our effort to get the babies. Tak nak fikir pasal baby lagi dah. Tak nak stress. Kalau ada rezeki nanti, ada la. Kan... Allah lebih tahu. 


Gambar? Niat memang nak share. Tapi aku pun gerun tengok ilusi optik aku dalam gambar. Haha! Nnati aku cari gambo jauh-jauh sikit upload. Hehe. Siryes kami bincang panjang tentang my body weight lepas tengok gambar honeymoon tu. Phewww! Memang orang akan tau yang suami bagi cukup kasih sayang dan cukup makan lepas kahwin. Hehe... 




For him and for her
 The bag is so me. Love the design so much. Aku memang suka bag banyak details. 


Our room 

Baru balik dari pasar malam
Malu sebenarnya nak pakai trench coat ni. Hehe. Tapi sebab beli memang untuk pakai gi Cameron diperancangan yang lepas bersama family, tapi tak kesampaian, aku pakai jugak la kali ni walaupun tak sejuk mana pun. 


Sejuk jugak walau takde econ

Sebelum checkout to explore CH

Dinner
 Sebelum beli belah di pasar malam, kami makan dekat sini. Jalan kaki saja dari pasar malam. Tom yam dia memang sangat sedap. Kaw. Tapi nasik goreng biasa-biasa je. 


View from our room

Masa tengah breakfast baru bincang nak gi mana


First stop - Big Red Stwaberry Farm
Plan asal nak ke Raju's Hill Strawberry Farm. Tapi kebetulan lepas refuel, lalu Big Red dulu. So, singgah je la... 






Dari Big Red Strawberry Farm terus ke Cactus Valley sebab sebelah menyebelah je. 



Last stop was Lavender Garden. Yang ni aku aim masa mula-mula sampai lagi sebab kalau dari Simpang Pulai, kita memang akan lalu Lavender Garden dulu. 







hameey nye rumah ni kannnnn... our house nanti insyaALLAH color camni. 

Duduk tak duduk je aku atas ni. Takut putus mampus!

Comel giler kannnn.... 



On the way back home, singgah beli Coney Dog. Dah lama betul tak makan. Last makan masa kat UMT tahun 2007 kot. Dannnnn, kenapa tetiba aku rasa fries A&W sangat sedap wehhhh? 


Dan begitu la berakhirnya percutian bulan madu kami. Ecewahhh. Suami janji nanti nak bawak ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi pulak.... Tapi mama ajak ke Medan. huhu.. Tengok cuti Mr. Polaris cane. Kalau dia cuti sama macam aku takpe... 

Apapun kena plan kaw-kaw untuk bisnes. Nak tambah savings. Nak gi honeymoon jauh-jauh sikit dengan husband. Dan untung-untuk dapat FOC trip ke Shanghai nanti, insyaALLAH... Amin.... 





No comments: