.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 7, 2013

Second visit to Senandung Malam Seafood

Hai, assalamualaikum semua. Banyak sangat story nak share, tapi ai bajet busy. Hehe. 

Many things happened in my life. Balik kampung celebrate birthday mama la, attended GLOW, entertained my family yang datang rumah kami, attended English Panel Meeting dan lusa family mertua pula akan datang. So aku rasa macam nak start dengan entertained my family. 

Lepas short discuss dengan Mr. Polaris, we decided to bring my family to Senandung Malam, Bagan Lalang again. Tapi yang datang cuma mama, abah, nenek, Aleya dan Iman. Kalau semua datang lagi best. 

Ok, kali ni datang awal dan start pilih makanan pukul 5 suku gitu. Orang pun belum ramai. So, as the leasson learnt, terus order siap-siap. Dulu masa first visit, pilih makanan pukul 5.30, nak menunggu turn order tu kemain lama. Pukul 8 malam baru dapat makan. Phewww! 

Tapi kali ni, pukul 6 lebih tu dah sampai hidangannya. 

Jangan makan lagi, nak amek gambo dulu.. Heheh.. (Sabo je la)

Sotong celup tepung dan siakap stim
Sotong celup tepung sedap as usual.  First time try siakap stim limau di kedai ni. Bagi aku kurang stim la. Lagi sedap siakap stim di Tom Yam Timur BBN, Nilai.

Butter prawn, pepahat masak pedas dan sotong bakar
 Butter pawn dia sedap wehhh! 

'Aleya dan mama

Me with little drama queen


With the soulmate

Ketam masak sambal dan pari dan kembung bakar
Overall masakan dia sedap. Tapi bagi aku lagi sedap masa datang 1st time hari tu. Tapi agaknya yang first time datang hari tu rasa sangat sedap sebab lapar gilos kot. Lama pulak tu kena tunggu. Kali ni tunggu kejap je, hidangan dah sampai. Tapi mama kata semua sedap je. Tapi hari tu abah kata, pari bakar dia tak sedap sebab keras. Ntah la, mana la aku reti nak memilih. Main ambil je. Abah anak nelayan, harus la lagi tau. Hihi. Mungkin ikan besar sangat kot. 

Kalau makan kat sini, paling aku suka sotong celup tepung dia. Tepung dia sangat sedap. Lagi sedap dari tepung goreng kat Terengganu. Aisyh, sekarang ni pun rasa terliur lagi nak makan sotong celup tepung. 

Ok, hari tu kami order:

7 pinggan nasi
2 jug besar air tembikai
Seekor siakap stim limau
3 ekor ketam masak sambal
5 ekor sotong besar. 3 celup tepung, 2 bakar.
Pepahat masak pedas
3 ekor ikan kembung bakar
3 keping pari bakar. 
TOTAL: RM 186.70 jeeee..

Aku dah siap-siap withdraw rm 300. Siap pesan kat mama, kalau tak cukup suruh mama topup lagi. Hehe.. Tapi nasib baik.... Puas makan dan meratah. 

Lepas siap makan, terjumpa pulak kawan lama. Almost 10 years tak jumpa. Lebih dari 10 years kot.... Suzieana maintain comel je. Semoga jumpa lagi. Lupa plak nak snap pics. 

Lepas makan di Bagan Lalang, family tido kat rumah kami. First time terima tetamu bermalam di rumah. Cuak gak takut tak sempurna layanannya. Tapi alhamdulillah. Ok he. 

Pagi esoknya aku sediakan breakfast spagetti bolognaise. Alhamdulillah, mereka makan bertambah. 
Drama queen yang suka masuk bilik aku berangan lama2 depan cermin. 

Breakfast

Mama tengah distribute air teh. 
Dan tengaharinya....

Lucheon in heaven
Best giler nenek datang rumah. Boleh request nak mengada makan apa. Hehe. Ok, i had a confession to do!  Aku tak reti singgang ikan, be it singgang ikan biasa or singgang ikan serai gini. Dulu, zaman arwah umi ada, best la request itu ini. Makan nasik dengan kuah ikan singgang dan ikan atau ayam goreng pun dah cukup heaven siap tambah nasik lagi. Lepas kawen, bila balik rumah mertua je la boleh gedik nak request dengan guna nama anak jantan dia. 

Biasanya dialog aku, "Abang Yie kata nak makan singgang ikan. Ni bahan dah siap sume. Mek masak la... Gee tak pandai singgang ikan." Dah 16 kali tengok cara masak pun still lagi rasa singgang aku tak best. Padahal nak bermanja tu yang lebih. Maklum la, orang takde mak... 

Hmm, pagi sabtu ni mertua, adik ipar dan anak sedara pulak nak datang. Pagi Ahad aku dah balik Tioman. Tak bestnyeeee. Huhu!




No comments: