.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, March 29, 2013

Sedikit waktu lagi...

Salam Jumaat. Jumaat kedua di musim cuti di rumah kami. Permulaan cuti hari tu aku pulang ke rumah kami pada hari Khamis kerana mendapat MC... Dan Jumaat datang lagi. Beratnya hati nak meninggalkan rumah, tinggalkan suami dengan makan pakai tak dijaga oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga. Peritnya hidup berjauhan selepas kahwin. ALLAH sahaja yang tahu. 

Tapi mujur juga flight ke Tioman hari Ahad ini pada pukul 3.15 petang. Biasanya 9.50 pagi. Dan harga tiket sudah mula meningkat. Telan air liur je la tengok harga tiket. Telan air liur pun tetap beli jugak. Haisyh! We have to spend more on the tickets onwards. Penghujung tahun nanti, la tinggi mencanak harga tiket. Nak buat cane, penerbangan pelancongan. Sabo je la. 

Hari ni kena kemas-kemas rumah sikit. Ada tetamu nak datang. Dan esok juga. Menu hari ni, insyaALLAH spaghetti bolognese. Kalau tak, kena tukar dengan mihun goreng daging kisar je la. Dan esok, family uncle nak bertandang. Menunya insyaALLAH, pan-fried fish with my special white sauce. 

Suami request untuk sediakan sup daging/ayam dan jugak tomyam dalam freezer nanti. Senang dia balik kerja, masak nasik dan panaskan lauk je. 

1 April nanti, permohonan tukar akan dibuka. Tapi aku tak rasa aku dapat tukar. Dengan takde optionist BI kat sekolah. Cuma aku dan seorang guru yang bakal bersalin bulan Julai yang terpaksa menjadi bidan terjun mengajar BI. Pengetua takkan sokong permohonan aku. Tapi doa tetap doa. Sebesar mana pun kuasa mereka-mereka yang akan mengendalikan borang-borang pertukaran guru-guru, ALLAH jua yang memegang hati-hati mereka. Semoga ALLAH lembutkan hati mereka untuk menyatukan suami isteri dan anak-anak yang terpisah. Amin. 

Okey la, nak mop lantai jap. 

Malam ni nak ke GLAM. Mencedok ilmu buat meneruskan perjuangan. InsyaALLAH. 

No comments: