Friday, April 26, 2013

Salam Jumaat

Assalam, hari ni bersiaran dari rumahku syurgaku. Alkisahnya, semalam aku menghadiri bengkel. Maka hari ni cuti dan terus balik ke Labu semalam sebab nanti nak gi jumpa doctor untuk medical check up sikit. Kat pulau ada apa kan. Huhu!

Suami dok zikir-zikir kat telinga sepanjang dalam kereta, "Rumah sepah tau. Jangan marah nanti." 

Haisy, takkan la bini nak marah sebab rumah sepah kan. Suami dah la penat-penat kerja, balik rumah nak kena masak lagi. Sesekali bini balik rumah tu, memang dah tugas bini la kemas rumah, do the laundry, tukar cadar selimut. 

Tolak je sliding door rumah malam tadi aku senyum je. Hehe. Esok kena kerja keras.

So, pagi-pagi lagi bangun mandi. Breakfast sikit dan terus defrost the chicken. Hubby request asam pedas dan bayam goreng pedas rencah udang kering. Nasib perut hubby jenis tak cerewet. TQ Allah anugerahkan suami sebegitu sempurna untuk aku. 

Petang ni ingat nak ke Bagan Lalang. Lemak-lemak badan mengidam nak makan sotong celup tepung. Tapi dari Tioman lagi plan nak masak Swedish Meat Ball Ikea styled untuk hubby. Rasa-rasa macam nak postpone la planning nak ke Bagan Lalang tu. Tunggu cuti mengundi nanti la. 

Petang ni kena pergi KLIA jap. Hantarkan PB untuk customer. Pukul 11 malam nanti dia dijadualkan take off for Paris. Bestnyaaa! Sempat lagi tu janji nak jumpa untuk bagi Long Bra sebabnya aku dah post one full set hari tu. Tapi Long Bra je nak kena tukar to one larger size. Customer nak sangat pakai one whole set of PB masa kat Paris nanti sebab dia dah tau PB ni sifatnya akan regulate our body temperature. Sejukkan badan dalam cuaca panas, panaskan badan bila dalam cuaca sejuk. 

Semalam kan, aku kecik ati sikit. Mood swing kot. Tetiba nak kecik ati. Gedik! Hehe. Puncanya aku upload pic of 4 bungkus sup daging dari Muadzam Shah sebab sup daging dia sangat sedap. Saje tapau banyak sebab nanti boleh frozenkan untuk hubby bila dia penat tak larat nak masak. Ye la, hubby jenis kerja guna tenaga. 

Sekali ada one of my friend komen, "Kalau laki aku tak makan barang dalam peti ni. Dia lempar nanti." 

Sentap aiii!

Ye, ALLAH dah buat elok dah. Jalan cerita kita berbeza. Aku wanita berkerjaya. PJJ pulak tu dengan husband. Kau surirumah. Sebab tu ALLAH dah tetapkan kau jadi isterinya. Kalau dia jadi laki aku, confirm la makan nasik gaul garam je kalau tak nak makan lauk yang aku simpan dalam peti tu. Tak pun makan kat kedai which is my husband dont like to. 

Aku balik rumah suami 2x sebulan. 2 malam je pulak tu. Itu kalau takde program sekolah. Dan itu kalau tiket Berjaya Air available. Kalau jadi macam bulan ni, cane? Dekat sebulan tak balik rumah. So, jumpa kat Mersing je 1 malam. Aku naik feri 4 jam, suami drive about 10 hours untuk jumpa 16 jam. Kau mampu?

So, sesekali balik aku akan penuhkan peti dengan mihun goreng, nasi goreng, air sanquick siap-siap bancuh satu jag besar simpan dalam peti. Lepas tu masak lauk-lauk, sejukkan dalam tupperware dan bekukan. Nak makan nanti, takde la dia nak kena masak lauk lagi. Tinggal masak nasi dan panaskan lauk. That is how i taking care of his stomach. Tak dapat yang panas dari dapur, dapat yang sejuk dari freezer pun kira ok la kan, yang? 

Hmm, tapi dah dapat masak, kemas umah, do the laundry kat rumahku syurgaku, hati dah ok dah. Takpe la, aku anggap dia gurau je tu sebab aku tau, kita tak boleh expect orang faham apa yang kita lalui sebab they never been in our path. So, 0-0 la ye. Hikhikhik!

Harap ujian berjauhan dengan suami ni akan berakhir dengan cepat nanti. InsyaALLAH. Amin... 

Wednesday, April 24, 2013

ALLAH tak bagi apa yang saya mintak...

Tapi ALLAH bagi apa yang saya perlukan. ALLAH lebih tahu... 

Oleh itu, saya akan jumpa suami petang ni. Untuk menghadiri kursus GPM di PKG Rompin esok. 

Lebih awal dari sepatutnya... 

Dan lebih lama. 

Alhamdulillah. TQ Allah. 

Thursday, April 18, 2013

Looking for side income?

COntact me, Izyan 013 9943935

My Besties Gets Pregnant!

Yeah, we had a late nite chat via Whatsapp last nite. At the first moment I received her text, I could smell something sweet. 

So I replied, "Wanna share any happy news?"

That was how the conversation started. And now the Mini Her is 6 weeks old. 

Happy for you dear. 

I wish I will experience that again the soonest, at the best time ALLAH has set for me. InsyaALLAH. 

They got married during the Chinese New Year break earlier this year. 

And the rizki for baby come to them earlier. That's the best of ALLAH's plan.

Mr. Mrs. Polaris with the bride and groom

My beautiful besties with her other half

Can't wait to see your baby bump, dear.
It must be sexy. Hehe.. 
Yes, pregnant women is sexy. And look glowing. 
For sure your baby must be intelligent. 
Yes, she is currently completing her pHD studies at UUM. 

Congratulations Wa and Syam. Take the best care.

Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan ALLAH dunia akhirat. 

Sunday, April 7, 2013

Testimoni customer PB lagiiii!!!!

Semalam memang sangat sedih. Tapi hari ni ALLAH dah gantikan kesedihan dengan kegembiraan bila dapat feedback positif dari customer aku. 

She is the mother of 5. Umur lebih kurang 35 years old. Happy sangat bila niat baik untuk berkongsi rahsia hidup lebih sihat dan baik tercapai. 

Experience the mother of five. 
Psssttt, sorry sangat sebab testi dalam bahasa pantai timur. Sape tak faham nanti aku translate. 

So, kita yang muda-muda lagi ni, kalau pakai dengan disiplin 8 jam sehari, minum banyak air masak, sudah tentu metabolisme badan kita lagi rock and roll kannnn.... Tak de la ulik mayang je... Hehe... 

Hah! Apa tunggu lagi. Jom la belikan untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang. Kata sayang... bagi la bahan bukti berupa PB kan. Hehe... Bahan bukti ni for sure dia akan simpan sampai bila-bila sebab ada lifetime warranty. 

Kalau nak jadi dealer macam aku pun boleh. Side income gemok-gemok ok di awal bulan. Siap ada rewards dari leaders dan FOC oversea trip lagi. Banyak sangat advantage being in our group, Green Leaders Academy Malaysia, which the founders are CDM Hanis Haizi dan suaminya CDM Razali Zain. Apa? Tak kenal sape Hanis Haizi? Sila pergi google. Tak updated ok kalau tak kenal Hanis Haizi. Haha!

So, kalau berminat, just email or sms/whatsapp or PM me. 

Izyan
013 9943935
mnazri.fauzi@gmail.com

His birthday

Dah pun 7 April.... 

Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke 27 sayang. 
Doa dari kejauhan je.... 
Semoga semakin murah rezeki yang berkat, semoga panjang umur, semoga semakin gemok, semoga bahagia dengan isterimu ini, hehe... 
Dan semoga semua impian tercapai... 
Termasuk impian nak duduk bersama isteri di bawah satu bumbung. 
Lagi satu, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH dunia akhirat. 
Aminnnn... 
I know ALLAH will keep you safe there even I can't take care of you. 
I know, ALLAH sayang kita sangat, sebab tu Dia uji kita macam ni. 

#Menangis bersama, ketawa bersama, kuharap kita mati pun bersama.... Amin.

Muahhh... love you. 








waiting for this moment in our life

Saturday, April 6, 2013

Ngamok sikittt!


Ye, siyes rasa nak mengamok. 

Terkadang bila duduk memerap dalam rumah di tioman, di hujung minggu. Sering aku pikir, "Why on earth i must be here while I have a husband in the mainlain. In OUR HOME?"

Lagi rasa nak mengamok bila tiket nak keluar dan masuk hujung minggu ni dah habis. Dan tiket 2 minggu lagi pun dah habis. 

What are the tourists looking for here? You are taking all of the seats that are meant for me!

Pasal PRU ni pun aku rasa nak mengamok jugak. Release je la bila tarikh PRU. Aku nak book tiket ni wehhh! Dah la tiket Berjaya Air ni bukan boleh nak ditukar-tukar tarikh. Sume Q class. Q class ni, kalau kau tak check in time tu, maka burn la duit kau. Macam kan aku ni gaji 16 ribu! Tak tau la sempat ke tak nak balik ngundi. 

Even i said, "I cant bear this anymore!" Still aku kat sini. Melalui hari demi hari kat sini. Dalam tak tahan tu, dah habis setahun, 2 bulan, 20 hari kat sini. 

Kerana ALLAH dah tetapkan ini yang terbaik untuk aku. 

Kerana Dia tahu aku kuat. Kuat untuk melalui ujian arwah umi dijemput kehadratNya dalam pelukan aku. KUat untuk melalui liku-liku hidup jauh dari kampung halaman, jauh dari keluarga-keluarga tercinta. Kuat untuk melalui waktu-waktu berjauhan dengan suami. Kuat untuk melalui hari-hari dalam perkahwinan dengan soalan yang dilontarkan oleh kawan-kawan yang dah pun menimang cahayamata, "Awak bila lagi...."

Hmmm, suami balik kerja berhenti minum dengan kawan-kawan pun boleh jadi gaduh sebab aku cemburu dia kat tanah besar boleh drive kereta, shopping dan makan di kedai sedangkan aku kat sini tak boleh. 

InsyaALLAH, ada rezeki, semoga ALLAH perkenankan doa kami untuk duduk bersama nanti. 

EGTUKAR pun dah selamat isi. Semoga manis jawapannya nanti. Amin, amin, amin. 





Friday, April 5, 2013

Double date with bisnes partner di Colmar Tropicale

Minggu lepas aku kan keluar awal dari Tioman sebab dapat MC. So hari Khamis dah balik Labu dah. Dan alhamdulillah berpeluang menghadiri Green Leader Academy of Malaysia. Dan yang paling bertuah dapat bertemu secara in person dengan the founder of GLAM, CDM Hanis Haizi. 

Ololo, comey je tuannya. Lembut je. Tapi semangat dia besar! Tak sangka betul. Selama ni tengok dari blog, tengok di magazines, tengok dalam tv je Kak Hanis ni. Tetiba dapat jumpa face to face, tak tau nak greet dia cane. Hehe... 

Hijabista

Futuristik

Nona - December 2012
Dan banyak lagi magazines seperti Harmoni, Intrend, newspaper. Hanis juga pernah beberapa kali menjadi tetamu jemputan untuk program talkshow Bella, Safiyyah dan hari tu mewakili Hai-O ke Bella Awards 2013 since Hai-O is one of the main sponsorship of this GLAMour event. 

CDM Hanis Haizi dan husband CDM Razali Zain

Owh, sungguh 'cikgu' sekali baju hakuuuuu!

Ok, balik aje dari GLAM malam tu, suami bisnes partner aku ajak aku dan suami ke uptown Shah Alam. Dah beberapa kali dia ajak, so kali ni, tak boleh menolak lagi since Mr. Polaris dah apply cuti keesokan harinya. So, on the way to uptown tu, suami bisnes partner tu tanya apa plan kami esok?

Kami jawab nak spend time together and tido je. Dia pun cakap dia cuti jugak. Dia plan nak gi jalan-jalan. So, aku recommend la suruh dia ke Bukit Tinggi Pahang sebab dah tau aku tak berpeluang ke sana dalam masa terdekat. Maybe in June kotttt. 

Sekalinya dia kata, dia ok je nak ke Bukit Tinggi asalkan Mr. Polaris yang drive. Muahaha! Aku pun, pam-pam la sikit bagi kembung kan... Then he ended up dengan bersetuju dengan plan berkenaan. Maka, marilah menggelabah sebab kami cuma sehelai sepinggang memandangkan akan bermalam di rumah bisnes partner ku di Shah Alam sebab nak bertolak awal pagi. 

Pastunya terpaksa la aku carik baju di uptown. Anakanda2 tu, pandai-pandai la basuh dan keringkan sebelum pakai esok pagi. Eeeewww! Tu pun nak cerita. Heh!

Kami balik pukul 3 pagi. Pecah rekod kami berdua pukul 3 pagi tak tido lagi. Mr. Polaris memang jenis tido awal. Dulu mula-mula kawen memang seksa jugak la aku terkebil-kebil dalam bilik bila dia ajak masuk tido pukul 10.00 malam. Nak suruh tido dulu sebab aku nak online, tak dibagi izin. Padahal lepas tu aku yang terkelip-kelip dalam gelap tak boleh tido. Tapi sekarang, bila-bila masa je aku boleh tido. Haha!

Sampai aje kat rumah bisner partner, terus solat Isyak. Mata mengantuk tak menahan lagi dah. Rasa nak semayang isyak dua rakaat je. Lagi dua sambung subuh esok. Punya la mengantuk tahap gaban. Mr. Polaris lagi tak menahan. Dia kata masa berjalan kat uptown tu, dia rasa kaki dia je yang bergerak. Tapi badan dah tido. Hehe.. 

Pagi esoknya kami plan nak bertolak pukul 8 pagi. Tapi haraaaam sorang pun tak bangun bersiap. Lepas subuh pakat bantai peram tido. Pukul 10 pagi baru bertolak. 

Dan sampai jugak la hajat aku nak berbulan madu di Bukit Tinggi. 

Ada dua tempat menarik yang kami pergi masa di Bukit Tinggi. Satu Japanese Village, dan satu lagi Colmar Tropicale. Nak masuk ke ke sana kena bayar RM 12 satu kepala. Pastu untuk ke Japanese Village dan Colmar Tropicale tu free je la. Kalau nak ke Japanese Village, korang kena ke kiri. Kalau nak ke Colmar Tropicale, sila ambil jalan ke kanan. 

Kalau nak ke Japanese Village, tolong la pakai sneakers  yang selesa sebab ada lebih kurang 4 set tangga plus kena naik laluan yang membukit sikit. Perghhhh, menangis lemak-lemak sementara nak sampai kat Japanese Village. Kalau datang sini setiap ujung miggu, konfem aku slim. Haha!

Japanese Village
Sewa kimono ni RM 20 per pax for 20 minutes. Budak tu sangat comel kannnn. Ramai tourists yang ambil gambar dia. The she ended up menangis nak dukung. Haha!


Tiket masuk
 COLMAR TROPICALE

Korang tolong la percaya, walaupun dalam gambar nampak tempat ni nyaman je, tapi panas yang amat. Pheww!









Dan kami balik dalam pukul 4.30 petang setelah mengalas perut dengan pizza dan calzone berharga RM 92 ringgit ++. Hehe.. 

Sorry gambar agak berciri diabetes. Tolong faham. Kami PJJ husband and wife. 

Dan pagi esoknya, wanita in jeans blouse and black hijab itu menangis tersedu-sedu sebelum masuk ke departure hall di Skypark. Sabo je la jadi staff Skypark sebab kena tengok scene yang sama setiap 2 minggu sekali. Hehe.. 

Dan ni aku dah cuak sebab tiket flight nak keluar dan masuk hujung minggu depan dah habis. Tiket nak balik mengundi pun dah habis jugak. Huhuuhuhu!


Thursday, April 4, 2013

Beauty Secret. Syyyhhhh.... jangan bising-bising!

Sebelum aku up entry tentang our double date at Colmar Tropicale last Saturday, meh aku nak share rahsia kecantikan. Pernah dengar tentang garam buluh? Haaa bagi sesiapa yang tak sanggup nak telan air garam buluh tapi nak kulit cantik dan sihat, korang boleh try benda alah ni. 

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR

Kitorang panggil sabun ni sabun untuk cerahkan ketiak sebab dapat mencerahkan bahagian pelipat yang biasanya bila kurang diberi perhatian, akan menjadi gelap sket.. tapi kena la amalkan tiap-tiap hari la kan.. Takkan pakai hari ni, esok dah putih. Kalau gitu, mesti kitorang panggil Marine Essence Magic Bar pulakkkk la kannnn.

Kadang-kadang faktor hormon pon boleh menyebabkan kulit bahagian tu gelap jugak. Kadang-kadang bila mengandung, bahagian tertentu jadi lebih gelap. Nak guna sabun lain takut pulak ada chemical. So, boleh guna sabun ni dengan selamat. Sesuai jugak untuk bayi dan kanak-kanak.

Sabun ni ade 3 bar dalam satu kotak.

Untuk trial, aku jual jugak loose items. RM35 seketul. Tak termasuk postage RM6. 

Jimat gila ok. 1 sabun untuk seluruh badan. Kat muka pun sabun ni, kat badan pun sabun ni. 

Sekarang ni aku pun tengah guna sabun ni untuk merawat kulit muka yang tetiba jadi jerawat dan berminyak sejak-sejak tengah usaha untuk conceive ni. Hehe... Lepas tu pulak, sejak-sejak cuaca makin panas ni, cepat je berpeluh, bila mandi pakai sabun ni, wangi jeeee. Badan pun tak gatal-gatal. 

Untuk ketiak aku tak leh nak cakap testimoni aku sendiri la. Sebab ketiak aku sedia ada putehhh. Hehe...

Kalau nak beli sekotak (3 bars) RM105 - Free delivery ye. (Area Nilai, Labu, Tioman, Besut, Jerteh)

Kalau nak Cash On Delivery atau COD, ade harga lagi special tau.. Call je aku di 013 9943935

Share la dengan kawan-kawan atau family. Kalau dah abis, then boleh order lagi....

Tuesday, April 2, 2013

Al-Fatihah buat Gee ~ Warkah Buat Isteri

Al-Fatihah buat arwah Kak Gee dari Warkah Buat Isteri. Hampir dua tahun menderita kerosakan pada saraf otak akibat asma dan dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh suami tercinta, Abang Abil, akhirnya arwah Kak Gee dipanggil menghadap Penciptanya pada hari ini lebih kurang pukul 10.00 pagi ini. 

Al-fatihah buat arwah Kak Gee semoga ditempatkan di kalangan penghuni syurga. 

Kagum dengan ketabahan Abang Abil menjaga isterinya yang mana belum tentu semua suami di dunia ini punyai cinta yang sebegitu suci dan ikhlas kepada isterinya. 

Pasti Kak Gee pergi dengan penuh bahagia.