.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, April 5, 2013

Double date with bisnes partner di Colmar Tropicale

Minggu lepas aku kan keluar awal dari Tioman sebab dapat MC. So hari Khamis dah balik Labu dah. Dan alhamdulillah berpeluang menghadiri Green Leader Academy of Malaysia. Dan yang paling bertuah dapat bertemu secara in person dengan the founder of GLAM, CDM Hanis Haizi. 

Ololo, comey je tuannya. Lembut je. Tapi semangat dia besar! Tak sangka betul. Selama ni tengok dari blog, tengok di magazines, tengok dalam tv je Kak Hanis ni. Tetiba dapat jumpa face to face, tak tau nak greet dia cane. Hehe... 

Hijabista

Futuristik

Nona - December 2012
Dan banyak lagi magazines seperti Harmoni, Intrend, newspaper. Hanis juga pernah beberapa kali menjadi tetamu jemputan untuk program talkshow Bella, Safiyyah dan hari tu mewakili Hai-O ke Bella Awards 2013 since Hai-O is one of the main sponsorship of this GLAMour event. 

CDM Hanis Haizi dan husband CDM Razali Zain

Owh, sungguh 'cikgu' sekali baju hakuuuuu!

Ok, balik aje dari GLAM malam tu, suami bisnes partner aku ajak aku dan suami ke uptown Shah Alam. Dah beberapa kali dia ajak, so kali ni, tak boleh menolak lagi since Mr. Polaris dah apply cuti keesokan harinya. So, on the way to uptown tu, suami bisnes partner tu tanya apa plan kami esok?

Kami jawab nak spend time together and tido je. Dia pun cakap dia cuti jugak. Dia plan nak gi jalan-jalan. So, aku recommend la suruh dia ke Bukit Tinggi Pahang sebab dah tau aku tak berpeluang ke sana dalam masa terdekat. Maybe in June kotttt. 

Sekalinya dia kata, dia ok je nak ke Bukit Tinggi asalkan Mr. Polaris yang drive. Muahaha! Aku pun, pam-pam la sikit bagi kembung kan... Then he ended up dengan bersetuju dengan plan berkenaan. Maka, marilah menggelabah sebab kami cuma sehelai sepinggang memandangkan akan bermalam di rumah bisnes partner ku di Shah Alam sebab nak bertolak awal pagi. 

Pastunya terpaksa la aku carik baju di uptown. Anakanda2 tu, pandai-pandai la basuh dan keringkan sebelum pakai esok pagi. Eeeewww! Tu pun nak cerita. Heh!

Kami balik pukul 3 pagi. Pecah rekod kami berdua pukul 3 pagi tak tido lagi. Mr. Polaris memang jenis tido awal. Dulu mula-mula kawen memang seksa jugak la aku terkebil-kebil dalam bilik bila dia ajak masuk tido pukul 10.00 malam. Nak suruh tido dulu sebab aku nak online, tak dibagi izin. Padahal lepas tu aku yang terkelip-kelip dalam gelap tak boleh tido. Tapi sekarang, bila-bila masa je aku boleh tido. Haha!

Sampai aje kat rumah bisner partner, terus solat Isyak. Mata mengantuk tak menahan lagi dah. Rasa nak semayang isyak dua rakaat je. Lagi dua sambung subuh esok. Punya la mengantuk tahap gaban. Mr. Polaris lagi tak menahan. Dia kata masa berjalan kat uptown tu, dia rasa kaki dia je yang bergerak. Tapi badan dah tido. Hehe.. 

Pagi esoknya kami plan nak bertolak pukul 8 pagi. Tapi haraaaam sorang pun tak bangun bersiap. Lepas subuh pakat bantai peram tido. Pukul 10 pagi baru bertolak. 

Dan sampai jugak la hajat aku nak berbulan madu di Bukit Tinggi. 

Ada dua tempat menarik yang kami pergi masa di Bukit Tinggi. Satu Japanese Village, dan satu lagi Colmar Tropicale. Nak masuk ke ke sana kena bayar RM 12 satu kepala. Pastu untuk ke Japanese Village dan Colmar Tropicale tu free je la. Kalau nak ke Japanese Village, korang kena ke kiri. Kalau nak ke Colmar Tropicale, sila ambil jalan ke kanan. 

Kalau nak ke Japanese Village, tolong la pakai sneakers  yang selesa sebab ada lebih kurang 4 set tangga plus kena naik laluan yang membukit sikit. Perghhhh, menangis lemak-lemak sementara nak sampai kat Japanese Village. Kalau datang sini setiap ujung miggu, konfem aku slim. Haha!

Japanese Village
Sewa kimono ni RM 20 per pax for 20 minutes. Budak tu sangat comel kannnn. Ramai tourists yang ambil gambar dia. The she ended up menangis nak dukung. Haha!


Tiket masuk
 COLMAR TROPICALE

Korang tolong la percaya, walaupun dalam gambar nampak tempat ni nyaman je, tapi panas yang amat. Pheww!









Dan kami balik dalam pukul 4.30 petang setelah mengalas perut dengan pizza dan calzone berharga RM 92 ringgit ++. Hehe.. 

Sorry gambar agak berciri diabetes. Tolong faham. Kami PJJ husband and wife. 

Dan pagi esoknya, wanita in jeans blouse and black hijab itu menangis tersedu-sedu sebelum masuk ke departure hall di Skypark. Sabo je la jadi staff Skypark sebab kena tengok scene yang sama setiap 2 minggu sekali. Hehe.. 

Dan ni aku dah cuak sebab tiket flight nak keluar dan masuk hujung minggu depan dah habis. Tiket nak balik mengundi pun dah habis jugak. Huhuuhuhu!


No comments: