.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, April 26, 2013

Salam Jumaat

Assalam, hari ni bersiaran dari rumahku syurgaku. Alkisahnya, semalam aku menghadiri bengkel. Maka hari ni cuti dan terus balik ke Labu semalam sebab nanti nak gi jumpa doctor untuk medical check up sikit. Kat pulau ada apa kan. Huhu!

Suami dok zikir-zikir kat telinga sepanjang dalam kereta, "Rumah sepah tau. Jangan marah nanti." 

Haisy, takkan la bini nak marah sebab rumah sepah kan. Suami dah la penat-penat kerja, balik rumah nak kena masak lagi. Sesekali bini balik rumah tu, memang dah tugas bini la kemas rumah, do the laundry, tukar cadar selimut. 

Tolak je sliding door rumah malam tadi aku senyum je. Hehe. Esok kena kerja keras.

So, pagi-pagi lagi bangun mandi. Breakfast sikit dan terus defrost the chicken. Hubby request asam pedas dan bayam goreng pedas rencah udang kering. Nasib perut hubby jenis tak cerewet. TQ Allah anugerahkan suami sebegitu sempurna untuk aku. 

Petang ni ingat nak ke Bagan Lalang. Lemak-lemak badan mengidam nak makan sotong celup tepung. Tapi dari Tioman lagi plan nak masak Swedish Meat Ball Ikea styled untuk hubby. Rasa-rasa macam nak postpone la planning nak ke Bagan Lalang tu. Tunggu cuti mengundi nanti la. 

Petang ni kena pergi KLIA jap. Hantarkan PB untuk customer. Pukul 11 malam nanti dia dijadualkan take off for Paris. Bestnyaaa! Sempat lagi tu janji nak jumpa untuk bagi Long Bra sebabnya aku dah post one full set hari tu. Tapi Long Bra je nak kena tukar to one larger size. Customer nak sangat pakai one whole set of PB masa kat Paris nanti sebab dia dah tau PB ni sifatnya akan regulate our body temperature. Sejukkan badan dalam cuaca panas, panaskan badan bila dalam cuaca sejuk. 

Semalam kan, aku kecik ati sikit. Mood swing kot. Tetiba nak kecik ati. Gedik! Hehe. Puncanya aku upload pic of 4 bungkus sup daging dari Muadzam Shah sebab sup daging dia sangat sedap. Saje tapau banyak sebab nanti boleh frozenkan untuk hubby bila dia penat tak larat nak masak. Ye la, hubby jenis kerja guna tenaga. 

Sekali ada one of my friend komen, "Kalau laki aku tak makan barang dalam peti ni. Dia lempar nanti." 

Sentap aiii!

Ye, ALLAH dah buat elok dah. Jalan cerita kita berbeza. Aku wanita berkerjaya. PJJ pulak tu dengan husband. Kau surirumah. Sebab tu ALLAH dah tetapkan kau jadi isterinya. Kalau dia jadi laki aku, confirm la makan nasik gaul garam je kalau tak nak makan lauk yang aku simpan dalam peti tu. Tak pun makan kat kedai which is my husband dont like to. 

Aku balik rumah suami 2x sebulan. 2 malam je pulak tu. Itu kalau takde program sekolah. Dan itu kalau tiket Berjaya Air available. Kalau jadi macam bulan ni, cane? Dekat sebulan tak balik rumah. So, jumpa kat Mersing je 1 malam. Aku naik feri 4 jam, suami drive about 10 hours untuk jumpa 16 jam. Kau mampu?

So, sesekali balik aku akan penuhkan peti dengan mihun goreng, nasi goreng, air sanquick siap-siap bancuh satu jag besar simpan dalam peti. Lepas tu masak lauk-lauk, sejukkan dalam tupperware dan bekukan. Nak makan nanti, takde la dia nak kena masak lauk lagi. Tinggal masak nasi dan panaskan lauk. That is how i taking care of his stomach. Tak dapat yang panas dari dapur, dapat yang sejuk dari freezer pun kira ok la kan, yang? 

Hmm, tapi dah dapat masak, kemas umah, do the laundry kat rumahku syurgaku, hati dah ok dah. Takpe la, aku anggap dia gurau je tu sebab aku tau, kita tak boleh expect orang faham apa yang kita lalui sebab they never been in our path. So, 0-0 la ye. Hikhikhik!

Harap ujian berjauhan dengan suami ni akan berakhir dengan cepat nanti. InsyaALLAH. Amin... 

No comments: