Monday, May 20, 2013

Setimbun.

ye, aku ada setimbun entries dalam tempayan draft. Nanti one day, bila sampai masanya aku akan publish keluar semua. Cuma sebab aku tak reti nak set-set tarikh, maybe akan keluar pada 1 tarikh yang sama je. Huhu. 

For the time being, marilah kita doakan yang terbaik buat kami. Juga buat anda semua.... 

Wednesday, May 8, 2013

Ucapan Selamat Pengantin Baru secara bundle!

Pheww, tengok invitation for wedding in May berlambak dalam Event FB. Semua kawan-kawan. Tapi semua aku tak boleh attend. Wuwu! Sorry tau! Bukan sengaja. 

11 Mei 2013 - Hajar dan Rezza. Yang ni kawan se'company di GEMS SRC'02 dulu.
19 Mei 2013 - Nahariah dan Razif. Ni kawan se DPLI SP UPM 2011-2012.
25 mei 2013 - Alia dan Fahuzi. Ni best friend suami. 
25 Mei 2013 - Haninah dan W.M. Zulkifli. Ni ex-schoolmate di SMK Tengku Mahmud. 
25 Mei 2013 - Asmerawati dan Isa. Ni ex-coursemate Postharvet di UMT.
26 Mei 2013 - Noor Syazwani dan pasangan. Juga ex-schoolmate di SMK Tengku Mahmud. 
30 Mei 2013 - Wanie dan Bad. Juga rakan semasa join GEMS SRC02 dulu. 
31 Mei 2013 - Naniey dan Amerul. Ex-coursemate Postharvest UMT. 

1 Jun 2013 - Ihsan dan Khalisah -ex-UMT
2 Jun 2013 - Ely dan Ery - GEMS SRC 02
8 Jun 2013 - Elly dan Ikal - GEMS SRC 02

Seeee!!!!! Phewww! Semua aku tak dapat attend. Sorry sangat-sangat. 

Maka aku wish, 

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN LINDUNGAN ALLAH SWT
DUNIA AKHIRAT
SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. 
AMIN.... 

Kalau nak hadiah, jemput datang rumah kami. Nanti aku masak sedap-sedap. Hehe.... 





Hadiah Percintaan Kedua

8 Mei 2013; 7.24 a.m. (Taman Gadong Jaya, Labu)

Alhamdulillah, 8 Mei 2013, kami sekali lagi mendapat hadiah percintaan kami yang kedua. 

Beberapa hari sebelum balik mengundi, aku dah rasa lenguh sangat pinggang. Tapi sebab time tu tengah pulun kerja sebab Jemaah Nazir nak datang ke sekolah, aku ingat sebab banyak sangat buat kerja. Masa tu pun breast dah start rasa tender. Tapi fikir sebab nak datang bulan je tak lama lagi. 

Kemudiannya, dalam perjalanan balik kampung untuk mengundi, 4 Mei 2013, pinggang rasa sangat lenguh. Walaupun dah urut, tetap lenguh macam tak pernah kena urut... Bila dah sampai kampung pun, aku sangat 'berangin' sampai banyak kali gaduh-gaduh manja dengan Mr. Polaris. Hehe... Ntah la, tak tau nak cakap. Tapi sangat mood swing. 

Lepas tu, bila balik semula ke sini, terpaksa bawak bantal dari kampung untuk letak kat pinggang masa dalam kereta. Dan, masa tu dah terdetik, hamil kot? Sebab ini pengalaman aku yang kedua, so macam dah boleh agak. Tapi tak nak berharap. Kami sampai rumah dari kampung, pukul 5 pagi. Pagi tu dalam pukul 9 ingat nak cuba buat UPT, sekalinya baru ingat UPT aku dah guna bulan lepas. 

So, petang semalam pergi Guardian. Dan pagi ni, pukul 5.30 pagi Mr. Polaris kejut. Suruh bangun buat UPT. Hamboi suamiku... Tak menyabar. Tapi sebab bini solehah, maka aku bangun la dan buat UPT.

Memula tu selesai je titis 3 titis urin, terus aku frust sebab nampak 1 line Control saja. Tapi cuba relax kejap sebab teringat dalam kertas instruction tu, dia tulis tunggu 1-5 minit. So, tunggu kejap. Then nampak one really faint pink Test line appeared. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Keluar dari bilik air tunjuk dekat suami. 

Itulah kali pertama aku melihat dengan mata sendiri dua garisan di UPT kit seumur hidup aku. Alhamdulillah atas peluang yang ALLAH berikan ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semasa hamil kali pertama dulu, nurse yang cekkan. Aku tak tengok pun. Huhu... 

Tapi dah bincang dengan suami, lepas 3 bulan baru kita share dengan orang lain ye. Semoga baby kat dalam ni kuat bertahan hingga dilahirkan. Dan semoga rahim aku cukup kuat dan sihat untuk menampung baby. Semoga baby sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH. Amin, amin, amin....