.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, May 8, 2013

Hadiah Percintaan Kedua

8 Mei 2013; 7.24 a.m. (Taman Gadong Jaya, Labu)

Alhamdulillah, 8 Mei 2013, kami sekali lagi mendapat hadiah percintaan kami yang kedua. 

Beberapa hari sebelum balik mengundi, aku dah rasa lenguh sangat pinggang. Tapi sebab time tu tengah pulun kerja sebab Jemaah Nazir nak datang ke sekolah, aku ingat sebab banyak sangat buat kerja. Masa tu pun breast dah start rasa tender. Tapi fikir sebab nak datang bulan je tak lama lagi. 

Kemudiannya, dalam perjalanan balik kampung untuk mengundi, 4 Mei 2013, pinggang rasa sangat lenguh. Walaupun dah urut, tetap lenguh macam tak pernah kena urut... Bila dah sampai kampung pun, aku sangat 'berangin' sampai banyak kali gaduh-gaduh manja dengan Mr. Polaris. Hehe... Ntah la, tak tau nak cakap. Tapi sangat mood swing. 

Lepas tu, bila balik semula ke sini, terpaksa bawak bantal dari kampung untuk letak kat pinggang masa dalam kereta. Dan, masa tu dah terdetik, hamil kot? Sebab ini pengalaman aku yang kedua, so macam dah boleh agak. Tapi tak nak berharap. Kami sampai rumah dari kampung, pukul 5 pagi. Pagi tu dalam pukul 9 ingat nak cuba buat UPT, sekalinya baru ingat UPT aku dah guna bulan lepas. 

So, petang semalam pergi Guardian. Dan pagi ni, pukul 5.30 pagi Mr. Polaris kejut. Suruh bangun buat UPT. Hamboi suamiku... Tak menyabar. Tapi sebab bini solehah, maka aku bangun la dan buat UPT.

Memula tu selesai je titis 3 titis urin, terus aku frust sebab nampak 1 line Control saja. Tapi cuba relax kejap sebab teringat dalam kertas instruction tu, dia tulis tunggu 1-5 minit. So, tunggu kejap. Then nampak one really faint pink Test line appeared. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Keluar dari bilik air tunjuk dekat suami. 

Itulah kali pertama aku melihat dengan mata sendiri dua garisan di UPT kit seumur hidup aku. Alhamdulillah atas peluang yang ALLAH berikan ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semasa hamil kali pertama dulu, nurse yang cekkan. Aku tak tengok pun. Huhu... 

Tapi dah bincang dengan suami, lepas 3 bulan baru kita share dengan orang lain ye. Semoga baby kat dalam ni kuat bertahan hingga dilahirkan. Dan semoga rahim aku cukup kuat dan sihat untuk menampung baby. Semoga baby sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH. Amin, amin, amin.... 

No comments: