.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, June 5, 2013

First official ultrasound

Hari ni, 5 Jun 2013, suami ambil EL untuk bawa kami check up sebelum balik ke pulau Ahad ni. Tak de masa dah sebab kena check up on workdays kan. So setelah survey antara Poliklinik An-Najihah, Hospital Bersalin Dr. Sukhilmi, Pusat Perubatan Islam Az-Zahra dan juga Hospital Pakar An-Nur, maka kami decide nak try An-Nur. Tak buat appointment pun, aci redah je. Memula tu ingat nak pergi jumpa pakar, tapi bila tanya kat kaunter, jumpa doktor biasa pun boleh. So, daftar dan tunggu turn. 

Kemudian tunggu nombor giliran dipanggil. Kami dapat no xx17, dan nombor patient yang tengah jumpa doktor, xx15. Sekejap je la tunggu. Around 15-20 minit kot. Tak ramai pun. Mungkin sebab hari kerja. Kami jumpa Dr. Phia binti Muajer. 

Mula-mula masuk tu, doktor sapa, aku dah jatuh hati dah dengan Dr. Phia. Ololo lembut jeeeee suara. Baik je tanya-tanya soalan, bagi penerangan. Dah la pakai tudung labuh. Sejuk ati tau. Dah la bila bagi explanation, dia bahasakan kita "ibu"... Dan-dan menyerap masuk aura keibuan dalam diri. Ecewah. Lepas ni rasa macam nak stick dengan Dr. Phia je. 

Then, Dr. Phia scan la perut. Tapi time tu aku tak rasa nak kencing sangat. Tu pun dah paksa minum milo segelas, vitagen sebotol. So, cuma boleh nampak kantung baby. Baby dan denyutan jantung baby pun tak nampak lagi. Mula tu aku cuak jugak. Sebab aku mempunyai Retroverted Uterus. So, memang susah sikit nak nampak bila scan. Tapi lembut je Dr. Phia cakap, "Tu la... Dah ibu tak tahan kencing, tak dapat la tengok baby. Nanti next 2 weeks, ibu datang minum air banyak-banyak sikit. Baru boleh nampak baby." Ololo, lembutnya nada dan suara. Macam ustazah-ustazah gitu. Hilang gundah hati kita tau. 

Bayaran? Aku rasa murah je. Affordable la untuk monthly checkup. 

  • Consultation fees - RM 15.00
  • Equipment usage - RM 35.00
  • Procedure fees - RM 10.00
  • Maxolon Tab (10 biji) ~ ubat tahan muntah - RM 6.00
  • TOTAL: RM 66.00 
Kira ok la kan. Dan Dr. Phia kata aku boleh je stop makan Duphaston tu. Makan kalau ada spotting je. Kira ok la sebab dia tak bagi ubat bukan-bukan yang kita tak perlu or kita dah ada. Sebab sebelum ni aku pergi klinik lain, mentang-mentang klinik dia, 30 biji Acid Folic tu dia cas RM7. Padahal kalau beli di farmasi, RM3 jer. Maxolon tu pun Dr. Phia recommend, tapi memula tu tak termasuk dalam bil. Bila kami mintak di kaunter baru dia bagi. Kiranya kalau kita tak nak pun takpe kot. Ok la kan, sebab takde self-interest semasa berurusan. 


So far, alhamdulillah, doktor cakap baby's sac nampak kukuh dan melekat kuat di dinding uterus ibu. Dan saiz baby pun sepadan dengan umur. Alhamdulillah. Baby kena kuat tau. Kuat macam arwah Tok Mi... 

Doakan yang terbaik untuk kami, kali ni dan seterusnya. Amin...