Monday, July 15, 2013

6 Ramadhan dah.... tapi....

Sekali pun tak dapat bersahur dan berbuka dengan suami. Apatah lagi sama-sama masak untuk berbuka dan bersahur. Bertuahnya aku adalah suami sangat rajin menolong bila aku masuk dapur. Tapi masa alahan teruk hari tu, aku yang tolong dia masak. Hehe... 

Plan nak jumpa cuti Nuzul Quran nanti. Since tiket Berjaya Air mahal nak mam~ maka aku apply cuti sehari awal. So, aku keluar dari pulau pada hari Rabu minggu depan. Masa tu dapat tiket harga RM 183 instead of RM 263 keesokkan harinya. Gila tak, beza sehari je, harga tiket berbeza dekat RM80. Padahal kapal terbang camtu la jugak. Takdenya dapat seat lagi cantik atau lagi luas. Huhu. Tadi pun masa tengah booking tiket, masa nak buat pembayaran, tetiba sistem down. Eh, eh! Aku dah agak dah, ni mesti dia nak tukar harga tiket ni. Sebab pernah jadi dah hari tu, aku sempat book je, then system down. Pastu kawan aku nak beli tiket untuk keluar sama-sama dengan aku, harga tiket naik. Sekali aku cek, ye betollll!!!! Dari RM 183 dalam sekelip mata bertukar jadi RM 228. Hoiii!!! Jangan nak cekik darah sangat bolehhh? Nasib baik aku sempat book. Tapi tak sempat bayar. Maka bertambah satu kerja kena bayar di kaunter selewatnya esok. Awal tahun hari tu tiket dia RM 113 je. Nak buat camne, flight pelancongan. Ada la waktu off season, peak season nyeeee.. 

Lambatnya lagi nak jumpa suami. Sedih betul berjauhan macam ni. Allah je yang tahu perasaannya. Semua kawan-kawan yang berjauhan pun rasa macam tu. Perasaan tu tak terucap. ALLAH je yang faham. Dan alhamdulillah, ALLAH jua yang meminjamkan kekuatan untuk kami mengharungi dugaan ini. Tapi alhamdulillah, dapat jumpa 5 hari masa cuti Nuzul Quran nanti. Rezeki anak dapat jumpa ayah dia lama sikit. 

Then, masuk seminggu ke pulau, keluar lagi hari jumaatnya tu sebab NUTP dah umumkan 5 dan 6 Ogos adalah cuti berganti. Maka, marilah kita bercuti raya 2 minggu. Alhamdulillh sekali lagi. 

Hujung minggu lepas, aku keluar menumpang kasih di rumah family roomate di Selendang. Perghhh, rasa nikmat gila dapat shopping, beli kuih di Bazar Ramadhan, berbuka dan bersahur berhidang dan disediakan. Rasa macam masa zaman umi masih ada. Hmmm. Masuk pulau semalam, perghhh laut bergelora gila. Terumbang ambing feri. Dah la instead of 2 jam, perjalanan semalam mengambil masa 3 jam sebab dia lajak ke Salang. Tak pernah-pernah aku mabuk sampai muntah, semalam nahhhh ambik kau! Pecah rekod sepanjang berada di Tioman 1 tahun setengah, muntah dalam feri. Pembawakan budak kot. Hehe...

Sampai rumah, sambung muntah lagi sebelum tido. Lepas isyak, muntah lagi. Habis nasik berbuka. Phewww! Serik naik feri rasanya. Tapi kalau tiket Berjaya Air RM 263, tak berbaloi nak beli. Baik la aku pujuk anaknda dalam perut ini untuk naik feri lagi. Bertabahlah anakku. Huhu...

Sekian sahaja bebelan tanpa gambar. 

Thursday, July 11, 2013

Day 1 Puasa

Selesai dah hari pertama, kita masuk hari kedua. Alhamdulillah, biasa je rasa. Time breakfast dalam pukul 9 macam tu ada la rasa lapar sikit. Tapi boleh tahan. Sampai habis waktu sekolah pun, tak rasa penat pun. Tq sayang yang kat dalam tu. Tq sebab behave and sama-sama puasa dengan mak. Baik macam ayah dia la. Hehe... 

Sahur dengan nasi sikit, kicap dan tempe goreng. Lepastu minum susu Anmum, makan kurma. Lepas sahur tidur. Lepas tu bangun mandi, muntah. Nice. Nasib baik ok je. 

Dalam bulan Ramadhan sekolah buat program tadarus berkumpulan. Waktu pelaksanaan, waktu kokurikulum, waktu rehat dan waktu pertama hari Jumaat. Alhamdulillah, program semalam berjalan lancar. Setiap guru diberi lebih kurang 10 pelajar untuk bertadarus. Juga Juzuk yang telah ditetapkan. 

Tapi aku mamun kot pagi semalam. Instead of Juzuk 23 dan 24, aku pergi bertadarus surah ke 23 dan 24. Sampai habis pulak tu surah 23. Then baru perasan. Haila! Rasa macam best je bertadarus dengan students pagi-pagi, waktu rehat. Tenang jiwa. Setan pun takde. 

Balik sekolah pukul 2.20. Siapkan itu ini kejap kat bilik guru, then terus ke bazaar ramadhan. Istimewanya Tioman, bazaar ramadhan bermula lepas zohor. Tahun lepas, kemain kami bersiap lepas asar nak beli makanan. Takde makanan dah. Hehe. Lepas tu baru tau yang kena datang awal. 

Ye la, kat sini kan ada pelancong asing. Kedai makan tutup, so kena la jual makanan awal sikit untuk mereka. Tapi dekat Terminal tu, ada 2 meja je bazarnya. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Tak tau nak beli apa. Last-last beli bubur lambuk 2 bekas. Untuk berbuka dan sahur. Nasib baik bubur lambuk kat sini sedap sama macam kat Besut. Sebab Mr. Polaris kata, bubur lambuk kat Nilai lain. Tak sama macam bubur lambuk Besut. So, bersyukur la masih mampu merasa bubur lambuk sedap kat sini. Alhamdulillah. 

Tapi lepas isyak memang flat. Tengah mengaji lepas Maghrib pun mengantuk yang amat. Sampaikan aku kena sandarkan badan masa ngaji. Lepas isyak baru mandi sebab aku dah mula perasan, aku akan cenderung untuk muntah bila mandi lepas makan. So, pandai-pandai la kawal angin sendawa. Kalau tak, memang muntah. Lepas isyak, terus baring. Mengantuk, tapi tak leh tido . Acane tu.... 

Mr. Polaris balik terawih, call aku suruh bangun minum susu dan Obimin pun aku tak bangun. Flat kononnya. Hehe. Sahur tadi baru minum susu, Obimin, bubur lambuk, buah oren dan jugak Performance Drink. Tak lupa kurma. Harap hari ni pun bertenaga. 

Tapi hari ni tak nak dah pergi bazar. Sebab semalam penat sangat kot, rasa senak je perut. Nurse kata kalau penat, jangan paksa-paksa. Bahaya. So, kena beringat la.... InsyaALLAH semoga kandungan sentiasa berada dalam lindungan ALLAH. Amin. 

Mr. Polaris pulak berbuka dengan nasik. Dan gulai kawah. Dia memang suka sangat gulai kawah. Masa majlis kami hari tu pun, dia memang meratah je gulai tu. Semalam pun nasib baik gulai sedap. Rezeki hari pertama berbuka. Alhamdulillah. 

Wednesday, July 10, 2013

Kesilapan Ibu Bapa dalam mendidik anak-anak

Menurut Pakar Motivasi Dato' Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434H

Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna...... 
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua......

Pengalaman pertama berpuasa dengan little caliph di dalam tummy. Semoga ALLAH Ya Qawiy meminjamkan kekuatanNya untuk kami harungi Ramadhan dengan gagah perkasa, insyaALLAH. Harap takde kena tinggal-tinggal puasa, insyaALLAH. 

Dah siap-siap beli stok Performance Drink, kurma, milo, susu Anmum untuk bekalan Ramadhan nanti. 

Azam untuk Ramadhan kali ini, nak cuba khatamkan al-Quran. Dulu, selepas umi meninggal, aku ambil masa  hampir 2 tahun untuk khatamkan Quran sebagai hadiah untuk umi di alam sana. Harap Ramadhan kali ini boleh lebih rajin dan istiqamah membaca 4 mukasurat setiap waktu solat, insyaALLAH.

Terawih? Tak janji sebab sekarang mengah dah nak beraktiviti bangun duduk. InsyaALLAH kalau larat, akan dilaksanakan di rumah sahaja. Dan kalau jumpa suami, insyaALLAH berjemaah bersama. 

Ramadhan 1432H - Kami lalui dengan bersedih hati dengan pemergian umi pada 26 Ramadhan akibat kanser....

Ramadhan 1433H - Aku lalui dengan bersedih hati memikirkan abah dan adik-yang berpuasa tanpa umi dan aku yang dulunya mampu menjaga mereka kini berada jauh di pulau. Sedihnya juga mengenangkan suami yang bersahur dan berbuka tanpa isteri menjaga kebajikannya. 

Ramadhan 1434H - Ramadhan yang akan bermula esok. Semoga membuka lembaran baru untuk kami. Walaupun masih sedih mengenangkan suami yang masih lagi akan berbuka dan bersahur seorang diri, sekurangnya-kurang hati rasa senang memikirkan kini kami ada mama yang menjaga abah dan adik-adik. Dan tahun ini juga insyaALLAH semoga ALLAH memberi peluang untuk kami berhari raya bertiga. InsyaALLAH. Semoga baby baik-baik saja dalam lindungan dan rahmat ALLAH. Amin. 


Monday, July 8, 2013

Goodbye first T

Alhamdulillah, selamat tinggal first trimester. 

Kini kami dalam minggu ke 14. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan kami setakat ini dan insyaALLAH untuk seterusnya juga. Baby kini dipanggil fetus... 

Setakat ni yang aku perasan, memang bila jumpa Mr. Polaris, aku akan kurang alahan dan kurang muntah. Cukup kasih sayang barangkali. Muehehe... 

Baby pun behave je bila jumpa ayah dia. Takde rasa senak-senak langsung di perut sampai aku bimbang. Bila masuk pulau, dia start balik rasa senak-senak, muntah-muntah.... Hmmm, anak pun tau rindu ayah dia. Mak ni, ALLAH je yang tau... 

Aku dah mula rasa sakit tulang punggung bila nak bangun duduk. Lepas tu pagi tadi gigi berdarah. Kurang kalsium kot. Masa alahan teruk hari tu memang tak minum sangat pun susu. Beli susu Anmum perasa mangga yang kotak kecik tu pun tak habis-habis. Tapi ujung minggu lepas dah beli pil kalsium dan susu Anmum perasa coklat pulak. Pun beli kotak kecik sebab tak tau lagi rasa dia ok ke tak. Pagi tadi minum, alhamdulillah, rasa dia acceptable.

Dan harap kalsium cukup untuk ibu dan anak. InsyaALLAH. 

Friday, July 5, 2013

Leader

Dari minggu lepas lagi rasa bimbang sebab tau pengetua akan keluar pulau untuk menghadiri meeting. Dan hari ni pulak dia bercuti. Hmm, melepas la nak mintak tandatangan sokongan untuk rayuan pertukaran sebelum aku keluar berjumpa suami hari ni. 

Tapi bila ALLAH dah kata "Kun fayakun", ada rezeki untuk aku berjumpa dengan pengetua hari ni sebab dia batalkan cuti dan masuk ke pulau semalam. Alhamdulillah.

Pengetua baru aku ni, muka dia serius dan garang je. Tapi hati baik. Hehe. Betul. Jenis yang bila buat kerja, buat betul-betul. Gitu. 

Aih, panjang pulak puji. Tak bodek pun tau. State the facts je. 

Dan masuk la aku dalam biliknya dengan jantung yang berdegup kencang. 

Dup dap dup dap aku tengok dia renung surat rayuan aku. Sambil belek-belek dokumen sokongan. 

Dannnnn.... 

Dia tulis, DISOKONG

Aku ni pulak gatal mulut ngengada pergi cakap, "SEPENUHNYA la cikgu. Sekolah kita kan dah lebih cikgu." 

Kof kof kof. Berani kau yeee! Berani kerana benar. Dah memang nak camtu kan. Mintaklah.. Tak mintak, orang tak tau. Nanti tak dapat. Nyesal. 

Dan dia sambungnya tulis sepenuhnya di surat rayuanku. Alhamdulillah. Semoga urusannya juga sentiasa dipermudahkan ALLAH sebab dia permudahkan urusan ku... Amin. 

Harap ada rezeki anak. InsyaALLAH, amin. 

Tuesday, July 2, 2013

12W 5D

Alhamdulillah, tadi pergi scan baby. Subhanallah, dah nampak dah kepala, kaki, tangan. Aktif pulak tu dia shuffle, tangan tumbuk-tumbuk, kaki tendang-tendang. Subhanallah. Anak aku... Allahuakbar. 

"Susah nak ambil gambar dia ni. Subhanallah, tengok, aktif betul." Senyum je aku dengar doktor cakap camtu. 

Doktor tunjukkan juga heart beats dia. Dalam hati, tak henti-henti bersyukur. Alhamdulillah, subhanAllah, Allahuakbar.

Walaupun mak tak paham tengok gambar scan tu, mak mintak jugak doktor printkan gambar. Hehe. Nanti nak tunjuk dekat ayah. Haisyh, gini rupanya perasaan seorang ibu. Excited. Alhamdulillah. 

Semoga baby sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH. Amin. 

Monday, July 1, 2013

1/3 almost done, insyaALLAH.

Buku pink kedua dalam hidup
Alhamdulillah, lusa kami akan meninggalkan trimester pertama dan bakal memasuki trimester kedua, insyaALLAH. Dah janji dengan suami, lepas 3 bulan baru umum kat blog. Tapi sebenarnya hari tu dah tulis dah di blog kat tab Our TTC Journey kan. Tu tak aci sebab tak dikira entry. Hehe... 

Semoga kandungan kali ini dan seterusnya dilindungi ALLAH dunia akhirat. Amin. 


Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,

Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Ini doa yang aku amal selepas solat maghrib setiap hari. 

Alahan? Orang kata dah lepas tiga bulan, alahan akan hilang. Tapi aku tak pun. Masih lagi muntah-muntah setiap hari. Walaupun kadang-kadang sedih sebab kena muntah sorang-sorang tanpa suami, at least aku tau, baby is giving the good respond to mommy. Itu tanda baby ok ok saja. InsyaALLAH. Dan selera makan masih lagi belum dikembalikan ALLAH. Tapi takpe, bersederhana itu lebih baik. Maka aku makan la apa yang boleh ditelan. Kadang-kadang tu paksa makan sambil pujuk anak, jangan la muntah, ibu dah takde makanan dah nak makan ni. Sedih betul kan. Hehe... 

Semoga ada rezeki untuk kami besarkan anak ini bersama-sama di bawah satu bumbung. InsyaALLAH... 

Amin.