.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, July 11, 2013

Day 1 Puasa

Selesai dah hari pertama, kita masuk hari kedua. Alhamdulillah, biasa je rasa. Time breakfast dalam pukul 9 macam tu ada la rasa lapar sikit. Tapi boleh tahan. Sampai habis waktu sekolah pun, tak rasa penat pun. Tq sayang yang kat dalam tu. Tq sebab behave and sama-sama puasa dengan mak. Baik macam ayah dia la. Hehe... 

Sahur dengan nasi sikit, kicap dan tempe goreng. Lepastu minum susu Anmum, makan kurma. Lepas sahur tidur. Lepas tu bangun mandi, muntah. Nice. Nasib baik ok je. 

Dalam bulan Ramadhan sekolah buat program tadarus berkumpulan. Waktu pelaksanaan, waktu kokurikulum, waktu rehat dan waktu pertama hari Jumaat. Alhamdulillah, program semalam berjalan lancar. Setiap guru diberi lebih kurang 10 pelajar untuk bertadarus. Juga Juzuk yang telah ditetapkan. 

Tapi aku mamun kot pagi semalam. Instead of Juzuk 23 dan 24, aku pergi bertadarus surah ke 23 dan 24. Sampai habis pulak tu surah 23. Then baru perasan. Haila! Rasa macam best je bertadarus dengan students pagi-pagi, waktu rehat. Tenang jiwa. Setan pun takde. 

Balik sekolah pukul 2.20. Siapkan itu ini kejap kat bilik guru, then terus ke bazaar ramadhan. Istimewanya Tioman, bazaar ramadhan bermula lepas zohor. Tahun lepas, kemain kami bersiap lepas asar nak beli makanan. Takde makanan dah. Hehe. Lepas tu baru tau yang kena datang awal. 

Ye la, kat sini kan ada pelancong asing. Kedai makan tutup, so kena la jual makanan awal sikit untuk mereka. Tapi dekat Terminal tu, ada 2 meja je bazarnya. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Tak tau nak beli apa. Last-last beli bubur lambuk 2 bekas. Untuk berbuka dan sahur. Nasib baik bubur lambuk kat sini sedap sama macam kat Besut. Sebab Mr. Polaris kata, bubur lambuk kat Nilai lain. Tak sama macam bubur lambuk Besut. So, bersyukur la masih mampu merasa bubur lambuk sedap kat sini. Alhamdulillah. 

Tapi lepas isyak memang flat. Tengah mengaji lepas Maghrib pun mengantuk yang amat. Sampaikan aku kena sandarkan badan masa ngaji. Lepas isyak baru mandi sebab aku dah mula perasan, aku akan cenderung untuk muntah bila mandi lepas makan. So, pandai-pandai la kawal angin sendawa. Kalau tak, memang muntah. Lepas isyak, terus baring. Mengantuk, tapi tak leh tido . Acane tu.... 

Mr. Polaris balik terawih, call aku suruh bangun minum susu dan Obimin pun aku tak bangun. Flat kononnya. Hehe. Sahur tadi baru minum susu, Obimin, bubur lambuk, buah oren dan jugak Performance Drink. Tak lupa kurma. Harap hari ni pun bertenaga. 

Tapi hari ni tak nak dah pergi bazar. Sebab semalam penat sangat kot, rasa senak je perut. Nurse kata kalau penat, jangan paksa-paksa. Bahaya. So, kena beringat la.... InsyaALLAH semoga kandungan sentiasa berada dalam lindungan ALLAH. Amin. 

Mr. Polaris pulak berbuka dengan nasik. Dan gulai kawah. Dia memang suka sangat gulai kawah. Masa majlis kami hari tu pun, dia memang meratah je gulai tu. Semalam pun nasib baik gulai sedap. Rezeki hari pertama berbuka. Alhamdulillah. 

No comments: