.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 21, 2013

20 weeks check up

Alhamdulillah, hari ni checkup minggu ke 20. Dah 5 bulan si kecik ni dalam perut. Tak sangka cepat pulak masa berlalu. 

Hari ni, kenaikan berat 1kg je dari minggu lepas. Alhamdulillah walaupun raya pertama aku melantak habis-habisan sebab merayakan alahan dah makin hilang. Kira hilang la kan sebab dalam seminggu tu ada la sekali je muntah berbanding setiap masa alahan teruk bulan ketiga tu, 2-3 kali sehari. Tapi aku memang yang jenis suka makan, bila dah ada selera dan kurang muntah, rasa kemaruk nak makan. Terkejut agaknya baby masa raya pertama hari tu. Aku breakfast lontong, bersambung dengan pasta bakar, pastu ketupat dengan rendang. Minum bicarbonate drinks tu yang paling heaven sebab dah lama teringin nak minum tapi tak berani sebab orang kata tajam. Tapi aku minum bicarbonate drinks yang murah tu je, Maduria kot. Sebab gas dia kurang sket dari Mirinda. Kan? Tu pun bila ais dah cair-cair dalam  tu. Sedap kan hati sendiri, dah kurang gas dan kurang gula dah tu. Hehe. Pastu ke rumah nenek, makan nasik minyak, balik rumah mertua, nasik minyak seround lagi. Itu raya pertama sahaja. Raya kedua, baru kawal makan. Makan secara normal sahaja. 

Aku sebenarnya dah cuak, sebab dah tau lepas raya nak kena minum air gula. Aku pulak, manjang je minum air manis. Biskut raya. Kek lapis Sarawak yang anak bekas jiran aku buat tu pun sedap yang amat. Rugi beli dua bijik je. 2 hari dah licin kat rumah. Blueberry cheesetart tempah dengan cikgu Biologi yang ajar aku masa STPM dulu pun sodappp. 150 bijik aku tempah. Bimbang jugak kotnya bacaan gula dalam darah naik. Aku pulak dah masuk kategori obes lepas nikah dulu. Muehehe. 

Tapi pagi tadi, bacaan gula dalam darah 4.6 saje. Normal katanya.. Berat hari ni, ehem ehem. Masuk siri baru dah nombor depan tu. Dan kena naik lagi 2 kg untuk check up bulan depan dan seterusnya. Mak oiii, nak tunggu 9 bulan, berapa kilo kah berat hakuuu? Dan berapa besarkah haku nanti???? Jeng jeng jeng!

Baby? Baby's doing very good. Semalam aku dah rasa macam gelombang manja-manja dalam perut. Pergerakan babykah? Kawan-kawan kata ye. Sebab dah nak masuk 5 bulan. I feel blessed and loved. Alhamdulillah, ALLAH bagi nikmat dan peluang ini. Sebelum ni, bila masuk bulan ke 4 rasanya, eh ke bulan ke 3 eh, lupa pulak, aku rasa macam denyut2 macam ada jari cuit dari dalam perut tu je. Comelnya anak nak gurau-gurau dengan mak. Hehe.. 

So, ayahanda baby pun pesan, bonda kena rajin-rajin ngaji. Sebab roh baby dah masuk kan. Mak baby pun pesan jugak kat ayahanda, ayahanda pun kena  rajin la ngaji jugak. Tunjuk contoh kat baby. Ecewahh. Gedik la nk main pesan-pesan gitu. Hikhikhik! Ignore je la keterujaan first timer ni. Hehe. 

Dan ini check up kali ke 5 tanpa husband. T___________T That is why aku suka scan n check up sekali sekala kat An-Nur sebab nak jugak feeling-feeling laki I teman masa check up baby. Hehe. Nak la jugak bagi dia rasa teruja tengok baby gerak2 masa doktor scan kan. Doktor pun boleh la pesan-pesan apa yang patut untuk bakal ayah tu. Gitu. 

Gitu je la kot. Saiz aku? Jap aku attach gambo. Perkembangan yang sangat kembang weii!

19w 3d

Sekian~

Monday, August 19, 2013

Kerja! Kerja! Kerja!

Perghhhh, seksa gila nak bersiap ke sekolah hari ni. Set alarm pukul 6.20 a.m hari ni. Pastu bila alarm berbunyi, terkebil2 pandang handset. "Kenapa aku set alarm pukul 6.15 ye?" Peram tido 5 minit sambil fikir-fikir lagi. Baru teringat, ooooo sekolahhhh.... Perghhh, tu baru cuti raya 2 minggu. Lepas bersalin nanti, aku cuti lump sum 5 bulan, tak tau la apa perasaan bila dengar alarm berbunyik!

Dah la malam tadi tak leh tido. Dah 2 minggu tido berteman, malam tadi terkebil-kebil pandang siling. Pusing kiri, bantal. Pusing kanan, bantal. Lastnya tido berteman air mata dan pagi tadi mata bengkak. Nice! 

Dah siap nak ke sekolah, breakfast minum Anmum coklat 1 mug, makan roti. Tapi separuh pun tak dapat nak telan roti. Selera tertinggal di Labu kot. T_____________T Sandang beg laptop, galas handbag, tutup pintu rumah, sekali termuntah depan rumah. Dah satu kerja kena bersihkan muntah dulu.... Ye anakku, mak tau kamu sedih jauh dari ayah. Tetiba. Padahal mak yang lebih-lebih. 

Berat je kepala masa punch card. 

Begitu la permulaan hari pertama bekerja selepas bercuti raya 14 hari. Sejak kahwin dan menjalani perkahwinan jarak jauh, saat bersama suami terlalu berharga bagi aku. Sebulan cuma dapat jumpa 2x atau terkadang, sekali. Itu pun kalau tiket flight available, dapat la jumpa 3 hari 2 malam. Kalau takde tiket flight atau tiket mahal melampau, terpaksa la jumpa 2 hari 1 malam sahaja. Apa yang kami lalui ini menyebabkan bila kami bertemu, atau balik ke kampung bersama, aku asyik mengekor dia. Dia pulak, nak keluar ke mana-mana, hatta nak gi servis kereta pun mesti ajak aku ikut sama. How we treasure the moments of togetherness. 

Sampaikan ada masanya, bila berada di rumah parents aku atau mertua, bila aku sedang rehat di bilik dan di keluar bersantai di ruang tamu, atau aku di dapur membantu mertua atau mama masak, dan dia berada di bilik atau ruang tamu, aku dah rasa 'kehilangan'. Rasa jauh. Rasa ruginya berpeluang duduk bersama tapi terpisah. Gedik? Whatever! Tak kesah apa orang nak kata. Cuma PJJ husband n wife je yang akan faham. 

Mungkin sebab itu, bila balik kampung, mesti ada gaduh-gaduh manja. Dia nak spend more time at his parents', and so do I. Tapi dalam masa yang sama, nak duduk sama. Acaner tu?

Ok, bab kerja pulak. 

# Paper 2 English -Trial exam belum habis tanda lagi. 
# Markah pun of course la belum key in dalam SAPS.
# Minggu depan, BTPN nak datang buat khidmat bantu dari pagi sampai ke malam, dari Selasa sampai Jumaat. Belum apa-apa lagi aku dah rasa nak pitam. Kakyong flat dah lepas habis sekolah. Acaner nak bertahan sampai malam ni?????
# 14-16 September ada sekolah nak datang buat program kepimpinan pengawas asrama. Nak libatkan sekali pelajar asrama SMK Tekek. Hamboiiih, ngada eh nak datang sini time cuti. Dah la cuti Hari Malaysia tu. Kakyong nak keluar jumpa laki la hoiii! 

Sekian bebelan kakyong yang tengah carik mood nak kerja ni... Wassalam. 

Saturday, August 17, 2013

First time mengari... (Itu pun nak cerita.. hehe)

Ehh, first time ke eh? Rasa kalau diingat-ingat secara jujurnya, kali ke dua kot. Kali pertama masak kari sotong, tak menjadik oiii! Malu mak cik kat periuk kat dapur tu. Lepas tu memang tak pandang la rempah kari. Aku lagi suka masak lemak cili padi. Senang. Campak-campak, menjadik! Tapi hari ni sebab dari semalam suami request nak kari telur, maka try la mengari buat kali kedua dalam hidup.Kali ni online dulu sepam dua carik resipi. Muehehe... 

Lalu, tertarik dengan resipi kari telur pecah. Boleh la try. Tapi resipi aku ubah-ubah sesuka hati jugak. Maka, macam menjadik je. Hehe.. Nanti nak tambah kubis goreng. Ok la tu kot...  

Biasanya pun kalau aku masak memang dua lauk je. Kalau banyak-banyak suami tak reti makan. Nasib la dapat suami tak suka sangat kari2, santan2 nih. Biasa dia request asam pedas, singgang, singgang pedas je... Kali ni aiii, request kari pulak. Pembawakan budak kottt. Hehe... 

Esok dah balik pulau. Dah 2,3 hari asik menangis je. Sian baby, mak dia asik sedih je. Nak buat macam mana, hati memang tak rela nak tinggalkan suami. Lalui lagi hidup berjauhan. Sakit pening, tanggung sorang-sorang. Suami pun makin kurus. Kadang-kadang, dia tengah rehat balik dari kerja, rasa sedih sangat renung muka dia tengah tido. Dah la kerja berat. Penat. Makan minum takde isteri jaga. Kain baju, pinggan mangkuk kena cuci sendiri. Harap nanti ada rezeki baby untuk duduk sebumbung dengan mak ayah dia. Amin. 

Thursday, August 15, 2013

Aidilfitri 1434H

Dalam banyak-banyak Aidilfitri, Aidilfitri kali ni aku paling malas nak bergambar. Pembawakan budak barangkali. Anak menurun ayah dia yang tak suka bergambar agaknya. Hehe... 

Kami balik ke kampung pada hari Ahad, sebelum raya. Sempat la berbuka 2 malam di rumah mertua, 2 malam di rumah aku. Lepas tu tetapkan lagi giliran 2 malam bermalam di rumah aku dan 2 malam di rumah mertua selepas raya. Itu pun masih lagi gaduh manja-manja tak cukup jam yang di spend di rumah aku. Hehe. Itu cara-cara rumah mertua berjarak 20 minit drive dari rumah aku. Kalau berbeza negeri, tak tau la. Haha! Saje je kan nak carik pasal. 

Dan sejak mengandung ni memang aku malas yang amat. Asyik nak tidur je. Masak memang takde nafsu langsung. Lagi suka orang hidangkan makanan yang dah siap. Suka sangat makan masakan orang. Tapi kalau lauk pauk nasi campur kat kedai, aku kurang selera sikit. Lagi suka home cooked meals. Ecewah, demanding!

So, berbuka di rumah mertua, mertua masakkan bubur lambuk kesukaan menantu pemalas dia ni. Hehe.. Memang hantu betul la aku duduk rumah mertua. Lepas raya, lepas subuh aku bantai tidur berjemaah laki bini. Pastu bangun pukul 9, 10 pagi, mertua dengan adik ipar jemput breakfast. Muehehe. Takpe la, nanti lepas bersalin sok, mesti aku rajin balik. Hehe.. 

Gambar raya ni pun, hasil dari snap guna iPhone je. Bateri kamera pun aku tak cas langsung. Dan memang tak keluarkan pun dari luggage. Dan gambar ni pun, dari FB aku. Takat tu je la tahap kerajinan aku. 

5 Syawal 1434 H
Raya ke-5, mood raya dah habis dah. Kami bertolak balik ke Labu pukul 11 pagi dari rumah mertua. Plan nak balik ikut jalan Gua Musang tapi jem melampau dari Machang ke Kuala Krai, kami decided untuk patah balik dan lalu LPT. Alhamdulillah, walaupun jauh sikit, tapi tak jem. Tapi sebab dah rugi 4 jam nak patah balik tu, lambat sikit la kami sampai di Labu. 

Kami berbekalkan nasi lemak dari rumah aku dan mertua bekalkan mihun goreng. Mihun goreng tu, sampai kat bandar Jerteh pun kami dah bukak bekal mihun goreng tu. Hehe... 




4 Syawal 1434 H
Kami beraya di rumah my BFF je. Dia buat open house. Lagipun excited nak tengok baby bump Najwa. Hehe... Tapinya memang baby bump dia comel jek. Badan tak kembang langsung. Masih sama dengan sebelum ni. Cuma tambah baby bump kecik tu je. Aku ni, dah bersaiz 2x Najwa dah. 

Due date Najwa beza sebulan awal je dari aku. Dia punya 11/12/13 dan aku pulak 11/1/14. Comel pulak due datenya. Tapi perut aku lagi besar dari dia. Lemak perut tebal sangat. Hehe...



18-week-pregnant mommy with 22-week-pregnant mommy



Jubah purple dijahit oleh mak sedara



3 SyawaL 1434 H
Beraya rumah BFF jugak. Rumah Lin. Sedap dapat makan nasik ayam. Hehe.. Sejak habis alahan ni, memang aku kemaruk nak makan je. Patut la kawan aku cakap, second trimester adalam tempoh pregnant paling heaven.


Tudung~ pinjam tudung mama. Hehe....

Baju beli dari butik di Mesra Mall. Selesa betul kainnya.
1 Syawal 1434 H
Aku masakkan 2kg rendang daging dan seperiuk besar lontong ikut resipi umi. Mama buatkan pasta bakar dan kak long buatkan sambal bilis. Tapi takde gambar sebab aku malas nak snap-snap pics. 


Makan nasik minyak di rumah tok wan



Baju raya dijahit oleh mak sedara. Tapi manik jahit sendiri.

Bersama Mr. Polaris di pagi raya
Tengahari raya pertama dah balik rumah mertua. Tak sempat pun ke kubur umi. Tapi kami pergi ke kubur hari raya ketiga. Zaman-zaman bujang dulu, seorang diri pun aku pergi kalau rasa rindu umi. Tak banyak rumah pun berziarah raya. Sejak masing-masing dah kawen ni, aku faham sangat kalau mereka sibuk. Ye la, nak ke rumah sedara mara belah isteri lagi, sedara mara belah suami lagi... Semuanya banyak komitmen. 

Then we ended up tak attend langsung wedding kawan-kawan. Sorry ye. 

Sekian saja cerita raya kami. 

Tuesday, August 13, 2013

An-Nur lagi.... Gender baby? Surpriseee!!!!

4 minggu lepas, ada scan baby di klinik kesihatan Tekek. Seorang diri tanpa suami. Masa tu bila aku cerita dekat suami yang doktor susah nak snap gambar baby sebab aktif dia pusing-pusing, suami senyum mcam tak percaya. Hari ni kita tunjuk bukti dekat dia. .

Kebetulan kami sampai dari kampung pukul 4.15 pagi tadi, suami yang septutnya kerja terpaksa cuti. Lalu, marilah kita ke Klinik An-Nur lagi untuk scan baby. Kali ni pun request nak jumpa Dr. Phia Muajer. Walaupun lambat jugak nak tunggu turn, around 2 hours sebab doktor rehat 30 minit untuk solat zohor, tapi masuk je jumpa doktor, terus senyum je. 

Pastu masa nak start scan, doktor ajak suami tengok sama. "Jom ayah, kita scan baby." Alahai, senyum je Mr. Polaris bila doktor panggil ayah. 

"Ok, ni kepala dia. Ni hidung dia. Mancung hidung dia ni..."

"Ye la, ikut ayah la tu." Kata ibu yang sedar hidung dia tak mancung. Hehe... 

"Bila boleh tau jantina dia ye, Dr."

"Sekarang baru 18w 3d, awal sangat lagi ni tau gender."

Pastu Dr. Phia scan tunjuk satu-satu, lengan baby, perut baby, jantung dia, kaki dia. Dan tiba-tiba....

"Eh, ni nampak dia punya tuttt..." Kami senyum-senyum je la... Tapi kejap je la pun baby tunjuk sebab lepas tu dia dah kepit kaki dia. Tau la malu. Hehe.. Suka la tu Mr. Polaris dapat apa yang dia nak. Hehe... 

And a long list of the baby's name that I have now, have to be kept for the next baby. InsyaALLAH. The first wrong mother's instinct. Hehe... So ayahnya, moh la kita carik nama lain.... 

So far, berat baby boleh tahan kata doktor. Sesuai dengan usianya. Alhamdulillah, semoga baby sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH. Amin. 

Total cost untuk scan dan consultation semalam RM 65. 

Sekian sahaja update tentang baby. Next entry, insyaALLAH cerita tentang raya. 


Thursday, August 1, 2013

22 Ramadhan 1434H

Pejam celik, pejam celik dah 22 Ramadhan. Lagi seminggu, Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih, ya memang sedih. Ramdhan sering membawa kami mengimbau kenangan bersama umi. Dalam bulan Ramdhan juga umi dipanggil bertemu penciptaNya, dalam pangkuan aku. Ye, aku. Anak perempuan keduanya... 

Raya tahun ni bakal menjadi raya ketiga tanpa umi. Umi pergi dulu pun pada 24 Ramadhan. 6 hari sebelum raya. 2 kali kami beraya tanpa umi, alhamdulillah tahun ini ALLAH anugerahkan mama untuk menemani kami sekeluarga meraikan Aidlfitri. Alhamdulillah.... She's a good mother to us. 

Rasa kembali lengkap keluarga kami bila ada seseorang yang boleh kami tanya, 

"Tahun ni, kita nak masak apa ye pagi raya, mama?"

"Stok biskut raya dah cukup ke belum, mama?"

"Baju raya budak-budak ni dah settle ke belum, mama?"

"Ketupat dah tempah belum, mama? Teringin nak makan ketupat dengan rendang la raya nanti.... "

Kalau tak, pandai-pandai aku dengan kak long la buat persiapan untuk raya supaya adik-adik dan abah tak rasa kehilangan umi sangat. Pandai-pandai sendiri ajak adik-adik gi supermarket cari baju. Pandai-pandai sendiri ingatkan abah untuk beli bahan-bahan untuk masak lontong kerana telah menjadi tradisi umi menyediakan lontong untuk hidangan di pagi raya dalam sibuk menyiapkan tempahan baju-baju pelanggan. Pandai-pandai sendiri ingatkan adik lelaki sulung yang dah bekerja untuk topup mana-mana keperluan yang tak cukup di hari raya nanti. 

Alhamdulillah, kehadiran mama menyempunakan kembali keluarga kami. Namun kenangan bersama umi tetap segar dalam ingatan. Rindu tak terucap. Rindu yang teramat. 

Dan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kedua kami sebagai suami isteri. Juga Ramadhan kedua yang kami lalui secara berjauhan. Hujung minggu lepas, masa cuti Nuzul Quran baru kami jumpa selepas 3 minggu. Memandangkan tiket flight mahal melampau sekarang ni, maka aku ambil cuti hari Khamis. Biar lama sikit duduk kat rumah. 

Maka hari Rabu tu, bertemulah kami suami isteri selepas 3 minggu tak jumpa. Balik rumah, masuk bilik tidur tetamu... setimbun kain yang dah basuh. Hehe... Suami saya memang tak suka lipat kain. Tapi rajin betul basuh baju siap bersoftlan lagi. Tapi takpe, still sayang much much much more. 

Sempat masak sekali je untuk suami. Hari ketiga, abang ipar dan kakak ipar ajak berbuka di rumah mereka. Rumah tak jauh, tapi sebab jem, rasa nak muntah dalam kereta. Sabo je la... Nasib lauk pauk sodappp. Hehe. Sejak pregnant, macam suka orang sediakan makanan je. Tapi home cooked meal la... Tak selera tengok lauk kedai. Ngada je kannn. 

Errr, tak tau la pulak nak share apa lagi. Alhamdulillah, semalam kandungan berusia 17 minggu. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH, anakku. Amin. Alhamdulillah ALLAH bagi nikmat berpuasa berbadan dua kali tahun ni. Walaupun sukar, alhamdulillah baru tinggal puasa 4 hari. Kira ok la tu kan. Biasanya yang tak puasa tu sebab perut rasa lain macam dan muntah teruk lepas sahur. InsyaALLAH tahun depan semoga dipanjangkan nikmat berhari raya bertiga.... Amin.