.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, August 1, 2013

22 Ramadhan 1434H

Pejam celik, pejam celik dah 22 Ramadhan. Lagi seminggu, Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih, ya memang sedih. Ramdhan sering membawa kami mengimbau kenangan bersama umi. Dalam bulan Ramdhan juga umi dipanggil bertemu penciptaNya, dalam pangkuan aku. Ye, aku. Anak perempuan keduanya... 

Raya tahun ni bakal menjadi raya ketiga tanpa umi. Umi pergi dulu pun pada 24 Ramadhan. 6 hari sebelum raya. 2 kali kami beraya tanpa umi, alhamdulillah tahun ini ALLAH anugerahkan mama untuk menemani kami sekeluarga meraikan Aidlfitri. Alhamdulillah.... She's a good mother to us. 

Rasa kembali lengkap keluarga kami bila ada seseorang yang boleh kami tanya, 

"Tahun ni, kita nak masak apa ye pagi raya, mama?"

"Stok biskut raya dah cukup ke belum, mama?"

"Baju raya budak-budak ni dah settle ke belum, mama?"

"Ketupat dah tempah belum, mama? Teringin nak makan ketupat dengan rendang la raya nanti.... "

Kalau tak, pandai-pandai aku dengan kak long la buat persiapan untuk raya supaya adik-adik dan abah tak rasa kehilangan umi sangat. Pandai-pandai sendiri ajak adik-adik gi supermarket cari baju. Pandai-pandai sendiri ingatkan abah untuk beli bahan-bahan untuk masak lontong kerana telah menjadi tradisi umi menyediakan lontong untuk hidangan di pagi raya dalam sibuk menyiapkan tempahan baju-baju pelanggan. Pandai-pandai sendiri ingatkan adik lelaki sulung yang dah bekerja untuk topup mana-mana keperluan yang tak cukup di hari raya nanti. 

Alhamdulillah, kehadiran mama menyempunakan kembali keluarga kami. Namun kenangan bersama umi tetap segar dalam ingatan. Rindu tak terucap. Rindu yang teramat. 

Dan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kedua kami sebagai suami isteri. Juga Ramadhan kedua yang kami lalui secara berjauhan. Hujung minggu lepas, masa cuti Nuzul Quran baru kami jumpa selepas 3 minggu. Memandangkan tiket flight mahal melampau sekarang ni, maka aku ambil cuti hari Khamis. Biar lama sikit duduk kat rumah. 

Maka hari Rabu tu, bertemulah kami suami isteri selepas 3 minggu tak jumpa. Balik rumah, masuk bilik tidur tetamu... setimbun kain yang dah basuh. Hehe... Suami saya memang tak suka lipat kain. Tapi rajin betul basuh baju siap bersoftlan lagi. Tapi takpe, still sayang much much much more. 

Sempat masak sekali je untuk suami. Hari ketiga, abang ipar dan kakak ipar ajak berbuka di rumah mereka. Rumah tak jauh, tapi sebab jem, rasa nak muntah dalam kereta. Sabo je la... Nasib lauk pauk sodappp. Hehe. Sejak pregnant, macam suka orang sediakan makanan je. Tapi home cooked meal la... Tak selera tengok lauk kedai. Ngada je kannn. 

Errr, tak tau la pulak nak share apa lagi. Alhamdulillah, semalam kandungan berusia 17 minggu. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH, anakku. Amin. Alhamdulillah ALLAH bagi nikmat berpuasa berbadan dua kali tahun ni. Walaupun sukar, alhamdulillah baru tinggal puasa 4 hari. Kira ok la tu kan. Biasanya yang tak puasa tu sebab perut rasa lain macam dan muntah teruk lepas sahur. InsyaALLAH tahun depan semoga dipanjangkan nikmat berhari raya bertiga.... Amin. 

No comments: