.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, October 21, 2013

Aidiladha 2013 dan trimester ketiga

Cerita Aidiladha adalah tanpa gambar. Dah kata kan anak aku memang tak suka mak ayah dia bergambar. Hehe. So, kami memang takde bergambar langsung sepanjang raya dan semasa di kampung selama 5 hari tu. 

Kali ni malam raya aku tido di rumah mertua. Tapi takde tolong masak pun sebab aku kan menantu bertuah. Haha! Pemalas nak mampos. Lagi la sekarang tengah pregnant, lagi rasa tak larat. Pagi raya, sebab tengahari nanti nak makan daging-daging, maka mertua goreng kuetiaw je. First time makan kuetiaw di pagi raya. Biasa kalau kat rumah aku kalau raya haji, umi akan buat laksa penang sebab takut muak dengan daging tengahari nanti. Tapi 2 pinggan jugak aku balun kuetiaw goreng. Hehe. Tapi malam raya tu aku ada jugak buat puding trifle. Nak masak rendang kang, mertua takde buat ketupat pulak. Hehe. Jadilah dari tak masak pape kan. 

Lagipun mertua macam tak berapa nak beria berhari raya sebab anak menantu lain semua tak balik. Ye la, tahun ni raya haji jatuh hari Selasa. Banyak tu nak kena mintak cuti. Takat balik kampung 3 hari, tak berbaloi. Buat penat badan je. Kami hari tu pun, biasa balik ikut highway LPT, tetiba ngada nak balik ikut jalan Gua Musang sebab bajet tak jem la sebab maybe tak ramai orang balik beraya. Tapi, dah nama orang Pantai Timur, tak kira la raya haji jatuh hari apa, confirm balik beraya. Maka, merasalah perjalanan 11 jam dari Labu ke Jerteh. Pheww. Penat yang amat.  Jem kat Raub, jem kat Kuala Krai dan jugak Machang kot. 

Lagi satu, adik ipar aku yang bongsu masih lagi dalam wad sebab suspected terkena Leptospirosis aka kencing tikus. 2 minggu demam baru masuk wad. Dan kena keluarkan air dari paru-paru. Tu yang mertua aku tak berapa nak beraya tu kot. 

Pagi raya tu, ada ziarah nenek belah suami dan sedara mara dia. Lepas zohor kot baru balik rumah abah. Mama dan nenek masak nasik arab, pastu mama buat kuzi ayam dan trifle. 

Malam, balik rumah mertua semula sebab nak buat preparation untuk majis pertunangan adik ipar perempuan bongsu. Ada ke disuruhnya kakak ipar yang takde seni ni buat pelamin. Maka, hasilnya camni aje la.... 


Semua DIY. Recycle je barang-barang yang ada kat rumah. Settle. Takpe la tak berapa cantik pun. Dari takde kan. Kalau sewa dah hangus berapa ratus. Baik simpan duit untuk kahwin nanti. 


Itu la gambar adik ipar. Taken okeh. Hehe. 

Pastu malamnya pulak, mertua buat kenduri solat hajat untuk baby sempena dah masuk 28 minggu. Ikut adat, family belah lelaki yang kena buat. Semoga ibu dan baby selamat dan baik-baik sahaja. 

Wah, dah 28 weeks rupanya. Kalau ikut kiraan minggu, dah pun masuk trimester ketiga. Dah 7 bulan. Tapi kalau ikut kiraan bulan, last menstrual date aku 4 April, 4 Oktober lepas baru 6 bulan. Gitu. Tak kesah la kira cane pun. Asal baby sihat-sihat sahaja. 

Hmm, walaupun cuti lama hampir 9 hari dapat tido ada suami kat sebelah, rasa kejap je masa berlalu. Seriously hari Ahad tu memang takde hati langsung nak masuk pulau. Suami pujuk-pujuk jugak, takpe 4 minggu je... Nanti cuti lamaaaa.... Memang la. Tapi saat-saat dah masuk 3rd trimester ni, lagi la aku memerlukan dia. Mintak tolong urut, sapu minyak, potong kuku kaki pun dah tak berapa nak sampai. Pastu time tak larat, sedap sikit mintak tolong bancuh susu, hulur itu ini. 

Takpe la, ini bahagian kami. Tempuh dengan redha. Pujuk-pujuk hati. Nasib baik anak behave je. Lately, makin suka pulak main-main dengan anak sebab dia dah bijak bagi respond bila kita cakap-cakap dengan dia. Aktif pulak tu bergurau dengan ayah dia. Sampai bergelombang perut mommy. 

Malam Sabtu hari tu pun ada ke klinik swasta untuk mintak surat untuk naik flight tu, ada la jugak scan. Doc cakap tak nampak private parts dia, tapi bila mommy tepuk-tepuk suruh tunjuk, terus je nampak. Baiknya anak mommy. Dengar cakap. Happy la ayah dia. Hehe. 

Ok la. Sekian sahaja. 

No comments: