Wednesday, November 27, 2013

Hijrah

Alhamdulillah, hanya padaMu kupanjatkan kesyukuran. 25hb November 2013, akhirnya impian kami untuk tinggal sebumbung tercapai. Alhamdulillah. 

25 November 2013, aku sebenarnya dah tahu keputusan pertukaran boleh disemak pada 9 malam. Tapi memang rasa tak dapat, so aku buat tak tahu je. Relax je tengok tv. Suami pulak tertidur awal depan tv. Pukul 11 malam. Ex-housemate yang dah dapat tukar ke Kedah tahun lepas, sms. 

"Eg, cane? Dapat tukar tak?"

"Ntah la k.yani. Takde mood la nak cek. Tak dapat kot. Dengar cerita, kak Emy dapat."

Selamba yaya je aku balas. Kalau 3 permohonan sebelum ni, aku la yang paling excited nak tahu result dan berangan dapat pindah. Siap gamble angkut kain baju keluar pulau di hujung tahun. Dan buat muka tak malu angkut bawak masuk balik sebab tak dapat pindah di awal tahunnya. Huhu!

Lepas k.yani sms, aku bukak FB jap. Tengok status kawan-kawan. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Kemudian ternampak status kawan aku. Balqis. 

"tawakkal tu 'alaAllah..andai bertukar tmpt kerja itu baik utkku n agamaku, maka Kau luluskanlah pemohonan pertukaranku yaAllah..tapi andai ia tidak baik utkku n agamaku, maka aku redha utk meneruskan kehidupanku d sana lagi..amin ya rabb"

Tetiba, terdetik hati nak cek result. Ya, benar kata Balqis, kalau pertukaran itu yang terbaik untuk kesudahan kami, insyaALLAH, ada rezeki. 

Dannnnn..... 


Terus terkam suami di couch sebelah. 

"Sayang,cuba baca ni! Betul ke ni???"

Suami yang mamai-mamai capai telefon aku. Terus senyum. 

"Betul la tu... Alhamdulillah." Hug!

"Dia tuliis tahniah, kan yang? Betul kan diluluskan, kan yang?" 

Bini masih lagi takleh terima kenyataan. Kot-kot la aku tersalah eja, tertinggal baca perkataan TIDAK di hadapan DILULUSKAN ke apa ke... 

"Ye, betul. Alhamdulillah. Rezeki anak.... " Suami bajet cool sambil usap baby dalam perut. "Baby, nanti baby dengan ibu dah boleh duduk sini dengan ayah.... " 

"Cuba cek dengan telefon abang pulak." Aku masih lagi tak caya. Hehe... Bila suami dah cek, "Betul, lulus la sayang.... " Sambil tunjuk bukti. 

"Jom kita cek guna laptop pulak." Sabo je la suami dapat isteri camni. Maklum la, sikit pun tak terdetik dalam hati aku selepas isi eG-Tukar hari tu bahawa aku dapat pindah. 

Tapi masa nak cek guna laptop tu, website eG-Tukar dah congested. Tak dapat masuk. Masa tu pulak kawan-kawan dok mesej bertalu-talu tanya keputusan. Whatsapp, FB, WeChat, sms tak berenti masuk.  Aku still tak berani nak cakap aku berjaya selagi tak tengok keputusan di laptop. 

Suami dah hilang kantuk. Senyum je tengok bini dok kalut nak login eG-Tukar di laptop. Lama jugak baru dapat masuk website eG-Tukar. Alhamdulillah, betul, permohonan pertukaran aku diluluskan. Alhamdulillah, rezeki anak untuk membesar bersama ibu dan ayah. Terus print screen. Saved!

"Jom sujud syukur."

"Baju seksi sangat ni. Subuh esok lepas solat subuh ye."

Namun hati tak henti-henti ucapkan syukur pada ALLAH. SesungguhNya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Pagi esoknya dapat berita, roomate aku di Tekek pun dapat sama-sama bertukar ke Negeri Sembilan. Alhamdulillah. Berjodoh benar aku dan dia. Masa berkumpul di PPD Temerloh untuk terima surat penempatan pun, dialah sahabat pertama aku kerana kami sama-sama ditempatkan di Pulau Tioman. Sama-sama menangis semasa membuka surat penempatan. Dan petang tu jugak terus ikut dia balik ke rumah keluarganya di Rompin untuk masuk melapor diri di SMK Tekek keesokan harinya. Kemudian menjadi teman sebilik, bersanding pada tarikh yang sama tahun lepas dan kini sama-sama dapat berhijrah ke Negeri Sembilan. Itu tak cerita lagi sama-sama balik jumpa suami di Negeri Sembilan. Sama ada suami aku yang jemput di Rompin atau Mersing atau sama-sama pejam mata spending about RM1K per month for Berjaya Air, twice per month. 

Sungguh, sikit pun tak terlintas di hati aku, permohonan aku akan berjaya. Alhamdulillah, berkat jasa baik pengetua baru yang menyokong semua permohonan guru-guru tak kira tempoh masa berkhidmat. Dan dia juga yang menghantar sendiri borang-borang permohonan guur-guru ke JPN. Kerana prinsipnya, "Semua orang ada alasan tersendiri untuk berpindah. Buat apa nak sekat." Pengetua yang berwajah serius ini, yang sering membuatkan aku kelu kala berbicara dengannya dan jantung berdegup bagai nak pecah dada ini bila berhadapan dengannya, begitu bertanggungjawab membaca satu-satu alasan pindah setiap guru dan akan memanggil guru yang berkenaan dan meminta mengubah alasan kepada yang lebih relevan sekiranya ada kesilapan. Seorang rakan sekerjaku dipanggil untuk mengubah alasan pindah hanya kerana tertinggal perkataan "Bakal" di hadapan isteri kerana dia bakal berkahwin hujung tahun ini. Dia jugalah yang berkongsi tips untuk menanda YA di ruangan Sanggup ditempatkan di PPD lain selain di PPD yang dipohon. Begitu bertanggungjawab dia 

Alhamdulillah, berpeluang bekerja di bawah dua kepimpinan pengetua. Dua pengalaman yang sangat berbeza dan sangat mahal harganya. 

Kalau sebelum ni aku selalu berimaginasi bagaimana keadaan aku menjaga bayi seorang diri di Tekek, membawa bayi menaiki flight Berjaya Air 2 kali sebulan, hantar di ke rumah pengasuh dan pelbagai lagi. Maka minggu terakhir sebelum cuti akhir tahun bermula, aku sibuk menyusun atur buku-buku di mejaku di bilik guru supaya senang guru yang menggantikan aku semasa cuti bersalin mencari buku-buku yag berkaitan.  Memastikan fail-fail PBS lengkap dengan eviden dan sebagainya. Mengemaskini perpustakaan yang aku terima kosong tanpa perabot dan kini lengkap untuk beroperasi. Mengemas baju-baju untuk ditinggalkan selama bercuti 4 bulan setengah. 

Kini, aku wajib mempersiapkan untuk kembali menajamkan skill memandu setelah 2 tahun dimanjakan suami untuk duduk bersenang lenang di kerusi co-pilot. Wajib mempersiapkan mental dan fizikal untuk mengajar subjek-subjek lain yang mencabar, menjadi guru kelas dengan pelbagai sistem e untuk dikemaskini, menguruskan eviden-eviden PBS untuk lebih banyak kelas, memegang lebih banyak waktu mengajar dan pelbagai lagi tugas guru yang lebih mencabar di luar pulau ini. Tiada lagi bersenang lenang mengadap perpustakaan dengan 15 waktu mengajar seminggu kerana aku guru PSS. 

Syukur, ALLAH mendengar doa hambaNya yang bukanlah rajin melazimi solat dhuha, hajat dll setiap hari. Terkadang cuma aku menggagahkan diri mencuri sedikit waktu. Namun aku tak lupa untuk berdoa, "Kurniakanlah yang terbaik untuk kerjayaku, rumahtanggaku, anakkku kerana sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Kiranya aku masih ditakdirkan untuk berada di sini selepas kelahiran anak ini, kuatkan imanku, pinjamkan aku sedikit kekuatanMu untuk aku teruskan hidup di sini. Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui. Amin, ya Rabbal Alamin."

Selalu aku ingatkan diri, jangan tamak meminta dari ALLAH. Ya, memang hanya pada ALLAH kita memohon. Namun jangan tamak. Betapa dah banyak ALLAH beri nikmat, sesekali ALLAH uji dengan dugaan, bersabarlah. Bertabahlah. IKat hati agar sentiasa dekat dengan ALLAH.  Nak kerja, ALLAH dah bagi. Nak kawin, ALLAH dah permudahkan. Nak anak, ALLAH dah kurniakan. Nak duduk bersama suami, alhamdulillah ALLAH dah izinkan kini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Dan kini masih lagi berdoa agar dapat sekolah yang tak jauh dari rumah. 

InsyaALLAH, selepas pantang nanti aku, suami dan our little caliph akan masuk ke pulau untuk menguruskan barang-barang, nota serah tugas dan dokumen pertukaran. Bukan lagi sebagai penduduk Tioman, tapi sebagai pelancong. InsyaALLAH. Alhamdulillah. Amin. Seperti doa-doaku sebelum ini. 

Patutlah petang 25 November, walaupun pulang lewat dari kebiasaannya, suami begitu gigih mengemas rumah, menukar susun atur perabot kerana menginginkan ruang yang lebih luas untuk our ittle caliph meneroka dunia baru nanti. Rupanya, ada berita baik yang menunggu di malam harinya. Sesungguhnya, ALLAH SWT lebih tahu. 

Friday, November 22, 2013

Setelah seminggu....

Dah pun selamat bercuti sekolah seminggu. Takde apa pun yang aku buat. Punya la pemalas nak bergerak sekarang. Kalau boleh, nak keluar rumah pun malas. Padahal orang lain pun pregnant jugak. Tapi aktif je ke mana-mana. Aku je yang bajet wanita sarat yang tak larat. Cehhh....

Tapi sebenarnya memang tak larat pun. Minggu ni dah masuk 33 minggu. Another 7 weeks to go, insyaALLAH. Plan nak balik kampung minggu ke 38. Harap baby jangan la keluar awal sangat. Ibu dan ayah tak nak ic baby, ic orang nogori. Hehe.... Tapi bila dah balik kampung nanti, kalau nak keluar, tunggu ayah sampai dulu ye.

Aktiviti aku kat rumah. Lepas subuh, tido. Pastu bangun masak untuk suami. Pastu selang-selang hari, Mr. Polaris akan bawak aku keluar sedut udara luar. Kalau ikut hati, memang malasnya nak keluar. Nak shopping pun takde hati. Sebab yang pertama, tak larat nak jalan banyak-banyak. Pastu kalau makan kat luar, kena ambil masa untuk makanan turun kalau tak aku muntah. Sebab baby dah makin besar sekarang. Kalau kat rumah pun kena makan secara bertertib gitu. Makan pun dalam kuantiti yang sikit. Pastu makan slow-slow. Pastu mengah susah nak bernafas. Pastu sendawa tak henti-henti. Pun kena pandai-pandai kontrol supaya tak muntah. Lagi satu, malas nak keluar sebab kejap-kejap nak kena carik tandas. Tandas pulak, kena guna tandas duduk. Dah satu hal nak bersihkan dulu public toilet sebelum guna. Tu yang malas tu.

Niat hati masa cuti nak tumpu pada bisnes. Idea banyak. Nak edit gambar, study tentang produk, jurnal-jurnal berkaitan. Sudahnya, hadap laptop pun aku malas. Bila Mr. Polaris dah balik kerja, aku memang lagi malas dah nak hadap laptop. Baik hadap suami kan. Dapat pahala. Hehe....

Dulu masa belum cuti, kemahen aku asyik bagitau Mr. Polaris, bestnya cuti nanti berpeluang jaga makan pakai abang. Sudahnya, makan dia je yang aku jaga. Bab baju, memang dia je yang asyik basuh dan sidai. Aku tukang lipat. Sebabnya mesin basuh yang tuan rumah tinggalkan kat rumah kami ni semi-auto. Mr. Polaris tu bukan boleh tengok kakyong ni duduk bangun, duduk bangun nak tengok air dah penuh belum, nak drain kan air, nak wash la, nak spin la... Tapi sebenarnya aku lagi suka mesin basuh semi-auto sebab baju lagi bersih. Sebabnya, suka hati kita nak bilas baju berapa banyak kali pun. Kan...

Dan minggu ni, sempena baby dah berumur 33 minggu, barulah kami berpeluang gi check-up dengan suami. Tapi betul la kawan-kawan aku cakap. Biasa je. Takde apa yang beza sangat pun pergi check-up sendiri dengan suami teman. Sebab klinik kerajaan kan. Bukannya suami masuk teman masa nurse check pun. Tunggu kat luar saje. Kalau private, memang la dia ajak hubby masuk sama. Bayar mahal tu. Hehe... Tapi takpe, bagi aku tetap istimewa. Tapinya check up kali ni, berat naik mendadak 1.5kg. Sepatutnya naik sekilo je every fortnight. Ni terlebih setengah kilo. Sudahnya kena pergi cek tekanan darah every 2-3 days ikut tarikh yang nurse bagi kat klinik pulak. Nasib baik dia suruh pergi klinik 1 Malaysia dalam taman aku duduk ni je. Ala, setengah kilo je pun. Hehe. Tapi maybe sebab anak sulung, kena beringat. Takpe, gi je la.

Hari ni, sempena hari Jumaat yang mulia, dan aku pulak teringin nak makan nasi minyak dengan gulai daging, maka aku masak la nasi minyak gulai daging hari ni. Memang ni la first time aku masak gulai dan menjadik dengan jayanya. Sebelum ni, tang gulai aku serah kat kak long dan umi saja. Aku masak menda lain. Sebab tak reti nak agak nak kena guna serbuk kari banyak mana, bawang banyak mana, cili giling banyak mana. Tapi tadi, lepas sms-sms dengan kak long, dengan lafaz bismillah, aku mula la menggulai. Perghhhh, senyum je tengok gulai masak dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Eceh. Hehe.

Tapi Mr. Polaris tak berapa sikit lauk bersantan ni. Makan tak bertambah pun. Sentap sikit di situ. Huhu. Padahal bini punya la kembang hati sebab first time berjaya masak gulai. Kalau lauk sup, sayur air/bening, tomyam, singgang, punya la bertambah-tambah dia makan nasik. 

Oleh kerana ini kali pertama aku masak gulai dengan jayanya, maka aku akan tepek resipinya kat sini. Kot la nanti nak masak lagi, boleh revise di sini sahaja. 

Bahan:

  1. Secawan setengah daging
  2. 3 biji bawang  merah kecil dan 2 biji bawang putih, kisar. 
  3. 2 sudu besar cili giling ( tapi aku guna sesudu je sebab cili giling Adabi pedas ya Rabbi
  4. 2 sudu besar serbuk kari
  5. rempah tumisan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan ___ (lupa nama, hehe)
  6. santan pekat
  7. garam gula
  8. Kentang potong 4
  9. Asam keping
Cara:
  • Tumis rempah tumisan dengan bawang hingga wangi dan garing.  Kemudian masukkan cili giling yang dah dicampurkan dengan serbuk kari dan sedikit air sehingga menjadi paste. Tumis hingga pecah minyak. 
  • Masukkan daging, biar sebati dan tunggu hingga air daging kering. Masukkan asam keping. 
  • Masukkan kentang. 
  • Masukkan santan pekat. 
  • Kalau nak cair sikit, tambah air. 
  • Biar hingga masak. 
Ecewahhh... 


Nah, bahan bukti. 


Dan bila adik ipar dan sepupu datang ke rumah hujung minggu tu, kakak ipar yang excited tak habis lagi ni, sekali lagi masak nasik minyak siap dengan tambahan ayam goreng pulak. Muehehe. Sabo je la...