.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, November 22, 2013

Setelah seminggu....

Dah pun selamat bercuti sekolah seminggu. Takde apa pun yang aku buat. Punya la pemalas nak bergerak sekarang. Kalau boleh, nak keluar rumah pun malas. Padahal orang lain pun pregnant jugak. Tapi aktif je ke mana-mana. Aku je yang bajet wanita sarat yang tak larat. Cehhh....

Tapi sebenarnya memang tak larat pun. Minggu ni dah masuk 33 minggu. Another 7 weeks to go, insyaALLAH. Plan nak balik kampung minggu ke 38. Harap baby jangan la keluar awal sangat. Ibu dan ayah tak nak ic baby, ic orang nogori. Hehe.... Tapi bila dah balik kampung nanti, kalau nak keluar, tunggu ayah sampai dulu ye.

Aktiviti aku kat rumah. Lepas subuh, tido. Pastu bangun masak untuk suami. Pastu selang-selang hari, Mr. Polaris akan bawak aku keluar sedut udara luar. Kalau ikut hati, memang malasnya nak keluar. Nak shopping pun takde hati. Sebab yang pertama, tak larat nak jalan banyak-banyak. Pastu kalau makan kat luar, kena ambil masa untuk makanan turun kalau tak aku muntah. Sebab baby dah makin besar sekarang. Kalau kat rumah pun kena makan secara bertertib gitu. Makan pun dalam kuantiti yang sikit. Pastu makan slow-slow. Pastu mengah susah nak bernafas. Pastu sendawa tak henti-henti. Pun kena pandai-pandai kontrol supaya tak muntah. Lagi satu, malas nak keluar sebab kejap-kejap nak kena carik tandas. Tandas pulak, kena guna tandas duduk. Dah satu hal nak bersihkan dulu public toilet sebelum guna. Tu yang malas tu.

Niat hati masa cuti nak tumpu pada bisnes. Idea banyak. Nak edit gambar, study tentang produk, jurnal-jurnal berkaitan. Sudahnya, hadap laptop pun aku malas. Bila Mr. Polaris dah balik kerja, aku memang lagi malas dah nak hadap laptop. Baik hadap suami kan. Dapat pahala. Hehe....

Dulu masa belum cuti, kemahen aku asyik bagitau Mr. Polaris, bestnya cuti nanti berpeluang jaga makan pakai abang. Sudahnya, makan dia je yang aku jaga. Bab baju, memang dia je yang asyik basuh dan sidai. Aku tukang lipat. Sebabnya mesin basuh yang tuan rumah tinggalkan kat rumah kami ni semi-auto. Mr. Polaris tu bukan boleh tengok kakyong ni duduk bangun, duduk bangun nak tengok air dah penuh belum, nak drain kan air, nak wash la, nak spin la... Tapi sebenarnya aku lagi suka mesin basuh semi-auto sebab baju lagi bersih. Sebabnya, suka hati kita nak bilas baju berapa banyak kali pun. Kan...

Dan minggu ni, sempena baby dah berumur 33 minggu, barulah kami berpeluang gi check-up dengan suami. Tapi betul la kawan-kawan aku cakap. Biasa je. Takde apa yang beza sangat pun pergi check-up sendiri dengan suami teman. Sebab klinik kerajaan kan. Bukannya suami masuk teman masa nurse check pun. Tunggu kat luar saje. Kalau private, memang la dia ajak hubby masuk sama. Bayar mahal tu. Hehe... Tapi takpe, bagi aku tetap istimewa. Tapinya check up kali ni, berat naik mendadak 1.5kg. Sepatutnya naik sekilo je every fortnight. Ni terlebih setengah kilo. Sudahnya kena pergi cek tekanan darah every 2-3 days ikut tarikh yang nurse bagi kat klinik pulak. Nasib baik dia suruh pergi klinik 1 Malaysia dalam taman aku duduk ni je. Ala, setengah kilo je pun. Hehe. Tapi maybe sebab anak sulung, kena beringat. Takpe, gi je la.

Hari ni, sempena hari Jumaat yang mulia, dan aku pulak teringin nak makan nasi minyak dengan gulai daging, maka aku masak la nasi minyak gulai daging hari ni. Memang ni la first time aku masak gulai dan menjadik dengan jayanya. Sebelum ni, tang gulai aku serah kat kak long dan umi saja. Aku masak menda lain. Sebab tak reti nak agak nak kena guna serbuk kari banyak mana, bawang banyak mana, cili giling banyak mana. Tapi tadi, lepas sms-sms dengan kak long, dengan lafaz bismillah, aku mula la menggulai. Perghhhh, senyum je tengok gulai masak dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Eceh. Hehe.

Tapi Mr. Polaris tak berapa sikit lauk bersantan ni. Makan tak bertambah pun. Sentap sikit di situ. Huhu. Padahal bini punya la kembang hati sebab first time berjaya masak gulai. Kalau lauk sup, sayur air/bening, tomyam, singgang, punya la bertambah-tambah dia makan nasik. 

Oleh kerana ini kali pertama aku masak gulai dengan jayanya, maka aku akan tepek resipinya kat sini. Kot la nanti nak masak lagi, boleh revise di sini sahaja. 

Bahan:

  1. Secawan setengah daging
  2. 3 biji bawang  merah kecil dan 2 biji bawang putih, kisar. 
  3. 2 sudu besar cili giling ( tapi aku guna sesudu je sebab cili giling Adabi pedas ya Rabbi
  4. 2 sudu besar serbuk kari
  5. rempah tumisan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan ___ (lupa nama, hehe)
  6. santan pekat
  7. garam gula
  8. Kentang potong 4
  9. Asam keping
Cara:
  • Tumis rempah tumisan dengan bawang hingga wangi dan garing.  Kemudian masukkan cili giling yang dah dicampurkan dengan serbuk kari dan sedikit air sehingga menjadi paste. Tumis hingga pecah minyak. 
  • Masukkan daging, biar sebati dan tunggu hingga air daging kering. Masukkan asam keping. 
  • Masukkan kentang. 
  • Masukkan santan pekat. 
  • Kalau nak cair sikit, tambah air. 
  • Biar hingga masak. 
Ecewahhh... 


Nah, bahan bukti. 


Dan bila adik ipar dan sepupu datang ke rumah hujung minggu tu, kakak ipar yang excited tak habis lagi ni, sekali lagi masak nasik minyak siap dengan tambahan ayam goreng pulak. Muehehe. Sabo je la... 

No comments: