.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, December 7, 2013

Ujian kasih buat suami....

Rabu, 4 Disember 2013. 

Hari ni, ada check up lagi. Kali ni suami tak ambil cuti pun. Tapi dia sampai je kat rumah pukul 3.30, terus laju-laju gerak gi klinik desa. Takut tak sempat pulak. Tapi kan, aku rasa lagi best check up di KK Tekek, Pulau Tioman kot. Ngada kan.. Hehe. Time kena gi check up sorang-sorang di Tekek dulu, ngada nak suami teman. Ni, suami teman, komplen lagi. Luku baru tawww! Hehe. 

Maghrib tu, masa nak berwuduk dalam bilik air, sebaik sahaja aku melangkah turun ke dalam bilik air, aku nyaris tergelincir sikit. Nasib baik tak jatuh, sempat berpaut dan bertahan dengan kaki kanan yang sedikit ke depan. Tapi memang rasa baby tersentak turun sedikit. Lepas berwuduk tu, dah rasa macam sakit je di kawasan pelvik bila nak angkat tapak kaki nak berjalan.

Lepas solat tu, telefon tukang urut. Ingatkan mak cik orang sini, rupanya orang Indonesia. Dan masih muda kot. Are 40-45 gitu kot umurnya. Then akak tu cakap memang baby terturun banyak. Sebab tu sakit sangat. Lepas mengurut tu, rasa macam makin sakit. 

Memang la bila masuk trimester kedua dan ketiga ni akan rasa sakit di bahagian pelvik. Tapi ini sakit yang bukan main-main. Nak berjalan pun kena berpaut pada suami. Apatah lagi nak bangun dan duduk. Paling menduga perasaan bila dah duduk di tepi katil tu, nak rebahkan badan dan angkat kaki ke atas katil pun tak mampu. Sakit yang teramat. Memang suami la tempat bergantung harap. 

Malam tu memang sakit badan dan tak dapat tidur. Aku siap nangis lagi senyap-senyap sebab rasa tak tahan sangat. Bayangkanlah, bila perut dah besar, memang tak boleh tidur terlentang kan sebab perut menekan tulang belakang menyebabkan sukar bernafas. So, aku tidur mengiring ke kanan. Tapi bila dah lenguh, rasa nak tukar posisi ke kiri pulak kan. Tapi itu pun tak mampu. Kena kejutkan suami minta tolong tukarkan posisi aku. Ya ALLAH, masa tu baru faham, macam mana lenguhnya rasa badan bila tak mampu bergerak macam tu. 

Kesian sangat dekat Mr. Polaris sebab ye la, tengok la saiz bini. Sabo je la... 

Subuh tu, rasa sakit tak berkurang walaupun sebelum tidur aku telan jugak sebijik ubat KK. Then suami decide tak nak gi kerja dan nak bawak aku ke klinik. Wuwu, rasa bersalahnya. 

Tapi pergi klinik pun, doktor tak nak bagi ubat sebab pregnant kan. Dia nasihatkan supaya rehat je. Nasib baik baby ok je. Lepas tu takde keluar darah atau pun air ketuban pun. So, balik rehat sahaja. 

Merasa la makan masakan suami di tenghari tu. Sedapnya makan sawi tumis air dengan lada hitam dan ayam goreng. Sakit-sakit pun, nasik habis sepinggan sebab sedap. Hehe.  Pandai rupanya laki aku masak. Hehe. 

Esoknya suami terpaksa bercuti lagi sebab aku masih lagi tak boleh bangkit sendiri. Dia nak tinggal pun bimbang walaupun aku dah berkali-kali cakap aku ok je. Sebenarnya tak ok pun. Tapi nasib baik dia faham. Petang semalam baru rasa ok sikit. Dah boleh berjalan sendiri. 

So, suami ajak pergi scan 4D. Hamboi, dah 35 weeks baru nak scan. Aku sebenarnya malas sebab baby dah besar. Takut tak nampak. Tapi mujur la, sebelum masuk scan tu Dr. Rekha dah cakap, dia tak janji akan nampak muka baby sebab baby dah besar sangat. Tapi masa menunggu turn tu, aku usap-usap baby sambil pesan dekat baby supaya tunjuk muka, tunjuk dia punya gender nanti. 

Dan alhamdulillah, baby dengar kata mak dia. Baik sungguh. Tunjuk je semua. Muka macam mak dia je... Hidung mahal mak dia ni pun menurun kat dia jugak. Frust la ayah dia sebab anak tak menurun hidung ayah. Hehe. Takpe, anak nombor dua nanti ikut hidung ayah. Apapun, alhamdulillah yang lain-lainnya sempurna. InsyaALLAH. Itu yang paling penting, kan. 

Dan dah dapat video dan gambar anak, asyik la maknye ni tatap muka anak. Tak sabar nak pelok ciom baby. Muehehe... Sabar. Lagi 5 minggu je lagi. InsyaALLAH. 

Sepanjang pregnant ni, ALLAH uji aku dengan alahan yang teruk, sehinggakan hingga hari ni pun aku masih lagi muntah-muntah. Namun, hati selalu terpujuk dengan pergerakan baby dalam perut. Lama kami tunggu anak ini. Berpengalaman merasa bergelar TTC, membuatkan aku lebih menikmati setiap momen sepanjang kehamilan ini. Dugaan-dugaan sepanjang hamil pun membuatkan aku mengerti, besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Rindu umi. Alhamdulillah, Allah kurniakan peluang untuk aku merasainya. Terima kasih ya ALLAH.