.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, January 29, 2014

Jauh di mata, dekat di mulut....

Alhamdulillah hari ni genap 12 hari bergelar ibu. Semakin hari semakin mudah untuk aku uruskan An-Nasaie walaupun berpantang tanpa umi (jeles dgn kak long sebab berpeluang dijaga arwah umi semasa lahirkan Darwisy dulu). 

Hari ni jugak hari pertama aku mandikan anak sendiri. Sebelum ni tok wan yang datang setiap pagi tolong mandikan An-Nasaie. Alhamdulillah, it went well. 

Mungkin kerana semakin hari semakin aku kenal dengan kerenah anak ini. Mula-mula tu susah jugak nak masuk dalam jadual dia. Lama-lama macam dah biasa. 

Hari ni jugak dah 3 hari suami kembali bekerja di Nilai. 3,4 hari sebelum dia kembali ke Nilai, aku asyik nangis je. Takut tak kuat tanpa dia. Tapi alhamdulillah, Allah ada. Sentiasa mempermudahkan urusan aku. 

Mr. Polaris dah siap-siap bersihkan ikan dan belut, perap dan pekkan dalam aluminium foil untuk 2x makan each. Senang nanti aku thaw je sekejap sebelum bakar dalam magic pan. Bertuahnya aku dianugerahkan suami sebaik dia... 

Lambatnya nak tunggu belas-belas haribulan. Mr. Polaris janji nak balik bila sampai masa nak kena bawa anak ke klinik untuk check up sebulan. 

Banyak sebenarnya aku nak cerita. Cerita bersalin, dugaan ditahan di wad 2 malam kerana baby kena monitor for jaundice, pengalaman berpantang dan uruskan anak dan tak lupa review tentang set bersalin Tropical Herbs yang super duper best, Eve Love Flexi Brestpump yang baru sampai tadi dan aku tak sempat guna lagi ni dll.

 Nanti aku dah boleh uruskan masa aku dengan si imam muda ni, aku update lagi ye... 

Wednesday, January 22, 2014

Our little Imam

Assalamualaikum. This is the short update. Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan 

Muhammad Khalish An-Nasaie bin Mohd Nazri (dalam surat beranak takleh ada dash tapinya)

Pada pukul 1.16 pagi, 17 Januari 2014

Dengan berat 3.6kg, tinggi 35cm di Hospital Besar Besut

Banyak nak share, tapi masa belum mengizinkan. Nanti ye... 

Tuesday, January 14, 2014

Overdue

Hari ni dah 14 Januari. It has been 3 days since the expected due date. Ingatkan baby tak nak keluar lagi sebab nak keluar hari ni. Nak share birthdate dengan cik su dia yang lahir di hari maulidurrasul. Tapi still takde pape tanda lagi. Baby still lagi nak stay dalam hotel mommy. Tak nak check out lagi. 

Ayah dah 3 hari cuti. Nasib baik minggu ni Negeri Sembilan ada 3 hari cuti umum. Jimat la cuti ayah. Apply sikit je unpaid leave. Cuti tanpa rekod kalau isteri bersalin, akan dapat 3 hari nanti. Tapi isteri tak bersalin2 pun lagi. 

Mommy, dari cuak, jadi excited, dah jadi macam stress tunggu bila nak merasa tanda-tanda nak bersalin. Amboi mommy, sabar sikit boleh tak??? Tunggu  beberapa hari je pun lagi... Orang lain yang tunggu nak pregnant tu, lagi la banyak sabar. Tunggu nak pregnantkan si anak dalam perut ni pun makan masa setahun lebih. Takkan la nak tunggu si anak keluar, tak leh sabar.... 

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas, Fahri." 

Wah! Tetiba masuk filem cinta Indon... 

Takpe la anak. Mak dan ayah sabar tunggu kamu. Walaupun tiap hari dok tatap gambar dan video 4D kamu... Semoga Allah permudahkan segala urusan melahirkan dan membesarkan kamu. Jadi pejuang agama ye, nanti. InsyaAllah... 

Thursday, January 9, 2014

Ceritera dalam minggu ke 40

9/1/14

Alhamdulillah, fasa kehamilan semakin tiba ke penghujung. Diam-diam dah pun memasuki minggu terakhir kehamilan. Sekarang tengah tak sabar menunggu hari kelahiran si kecil yang aktif dalam perut ni. Kejap mengeras ke kanan, kejap tendang dada ibu, kejap korek2 pinggang ibu. Entah apa la yang dimainnya dalam perut tu. 

Kalau ikut kiraan last menstrual date, expected due date should be on 11th January. Tapi kalau ikut scan 4D hari tu, Dr. Rekha expected the due date is going to be on 13th. Kalau ikut mak bapak dia, nak anak cepat2 keluar. Jangan sampai overdue. Takut nak kena c-zer satu hal, takut nak kena bersalin paksa satu hal, but most importantly tak sabar nak tengok anak sendiri. Nak peluk2, cium2. 

Sekarang ni, aku dah kat kampung. Esok, insyaAllah Mr. Polaris akan bertolak balik sini. Dah sebulan setengah asyik ngadap muka laki je, buat aku rasa kehilangan jugak la bila kena tinggal kat kampung dan dia kembali bekerja. Kalau tak, best jugak la merengek mintak tolong urut, tolong mandikan, tolong masak. Ops! Ngada lebih ye!!!! 

Mau tak ngada. Bagi la chance kat aku untuk mengada dengan laki sendiri sebabnya dari awal hamil sampai 8 bulan aku dok tanggung sorang-sorang kat pulau nun. Dapat peluang mengada, harus la gunakan betul2. Ye dok? 

Hmm, so far aku takde rasa tanda awal bersalin lagi. Orang dok sebok cerita tentang Braxton Hicks, aku rasa cam tak pernah rasa lagi. Adui, baby... Bagi la signal awal2 untuk mommy rasa dulu. Senang mommy nak call ayah suruh zasss balik sini cepat. 

Selera? Still ok. Lagi2 kat umah ni adik2 ramai. Malas nak masak, suruh gi beli je. Malas nak goreng snacks, suruh adik goreng je. Teringin nak pape, sms abah je suruh beli otw back home. Nikmat okeh. 

Cuma.... Lepas subuh nak kena terus breakfast. Kalau takat alas perut dengan hot drink n roti je lepas subuh, pukul 8 tu sila la makan nasik. Kalau tak, memang rasa starved! Cane la baby tak 3.2kg dalam perut.. Tahap lapar pulak tu, kalau tengah baca surah Maryam yang ayat dekat 100 tu, kena berenti sekerat jalan untuk makan roti, minum air dan sambung ngaji.

Kalau tak, memang angin. Sila la telan Gaviscon tablets. Malam tadi, terpaksa tido duduk. Angin punya pasal. Padahal dah makan nasik tu. Kaki pun kerap cramp malam n pagi. Mungkin sebab cuaca sejuk sekarang. Tapi takpe, aku lagi suka cuaca sejuk dari panas. Hehe. 

Lagi dua hari. Kalau tak bersalin, 15hb nanti kena gi check up dengan doktor. N standby untuk booking bersalin di HUSM. Aww! Tak nak la baby ic Kelantan. Hehe. But most importantly, nak bersalin kat hospital Jerteh sebab kat situ takde lelaki terlibat dalam labour room. Kata orang la... 

Baby, ayah balik nanti, baby keluar ye. Kesian ayah dah apply cuti untuk sambut awak. Nanti kalau baby keluar awal, boleh spend masa dengan ayah lama sket sebelum ayah balik Nismilan semula... 


Wednesday, January 1, 2014

First entry in 2014

Assalamualaikum. 
Tak de apa nak dicoretkan walaupun sebenarnya banyak benda nak cerita. Tentang sekolah baru, tentang tugas-tugas di sekolah baru. Tapi tak boleh cerita banyak la sebab sempat pergi lapor diri dan attended first management meeting je sebelum memulakan maternity leave on 28th Disember 2013- 29 mac 2014 insyaAllah. 

Dan kini, bersiaran dari kampung tercinta setelah dihantar pulang oleh suami pada 29 Dis. Tadi suami pun dah selamat sampai kembali ke Labu. Nanti dah nak bersalin, insyaAllah suami akan kembali. 

Aiseh, rindu betul. Tak sampai 24 jam lagi pun dah rindu. Takpe la, jap je. 

Dan kami memulakan 2014 dengan doa semoga rumahtangga ini diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat. InsyaAllah semoga lebih berseri dengan kehadiran permata hati tak lama lagi. InsyaAllah. 

Semoga dipermudahkan.