.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, January 9, 2014

Ceritera dalam minggu ke 40

9/1/14

Alhamdulillah, fasa kehamilan semakin tiba ke penghujung. Diam-diam dah pun memasuki minggu terakhir kehamilan. Sekarang tengah tak sabar menunggu hari kelahiran si kecil yang aktif dalam perut ni. Kejap mengeras ke kanan, kejap tendang dada ibu, kejap korek2 pinggang ibu. Entah apa la yang dimainnya dalam perut tu. 

Kalau ikut kiraan last menstrual date, expected due date should be on 11th January. Tapi kalau ikut scan 4D hari tu, Dr. Rekha expected the due date is going to be on 13th. Kalau ikut mak bapak dia, nak anak cepat2 keluar. Jangan sampai overdue. Takut nak kena c-zer satu hal, takut nak kena bersalin paksa satu hal, but most importantly tak sabar nak tengok anak sendiri. Nak peluk2, cium2. 

Sekarang ni, aku dah kat kampung. Esok, insyaAllah Mr. Polaris akan bertolak balik sini. Dah sebulan setengah asyik ngadap muka laki je, buat aku rasa kehilangan jugak la bila kena tinggal kat kampung dan dia kembali bekerja. Kalau tak, best jugak la merengek mintak tolong urut, tolong mandikan, tolong masak. Ops! Ngada lebih ye!!!! 

Mau tak ngada. Bagi la chance kat aku untuk mengada dengan laki sendiri sebabnya dari awal hamil sampai 8 bulan aku dok tanggung sorang-sorang kat pulau nun. Dapat peluang mengada, harus la gunakan betul2. Ye dok? 

Hmm, so far aku takde rasa tanda awal bersalin lagi. Orang dok sebok cerita tentang Braxton Hicks, aku rasa cam tak pernah rasa lagi. Adui, baby... Bagi la signal awal2 untuk mommy rasa dulu. Senang mommy nak call ayah suruh zasss balik sini cepat. 

Selera? Still ok. Lagi2 kat umah ni adik2 ramai. Malas nak masak, suruh gi beli je. Malas nak goreng snacks, suruh adik goreng je. Teringin nak pape, sms abah je suruh beli otw back home. Nikmat okeh. 

Cuma.... Lepas subuh nak kena terus breakfast. Kalau takat alas perut dengan hot drink n roti je lepas subuh, pukul 8 tu sila la makan nasik. Kalau tak, memang rasa starved! Cane la baby tak 3.2kg dalam perut.. Tahap lapar pulak tu, kalau tengah baca surah Maryam yang ayat dekat 100 tu, kena berenti sekerat jalan untuk makan roti, minum air dan sambung ngaji.

Kalau tak, memang angin. Sila la telan Gaviscon tablets. Malam tadi, terpaksa tido duduk. Angin punya pasal. Padahal dah makan nasik tu. Kaki pun kerap cramp malam n pagi. Mungkin sebab cuaca sejuk sekarang. Tapi takpe, aku lagi suka cuaca sejuk dari panas. Hehe. 

Lagi dua hari. Kalau tak bersalin, 15hb nanti kena gi check up dengan doktor. N standby untuk booking bersalin di HUSM. Aww! Tak nak la baby ic Kelantan. Hehe. But most importantly, nak bersalin kat hospital Jerteh sebab kat situ takde lelaki terlibat dalam labour room. Kata orang la... 

Baby, ayah balik nanti, baby keluar ye. Kesian ayah dah apply cuti untuk sambut awak. Nanti kalau baby keluar awal, boleh spend masa dengan ayah lama sket sebelum ayah balik Nismilan semula... 


No comments: