.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, January 29, 2014

Jauh di mata, dekat di mulut....

Alhamdulillah hari ni genap 12 hari bergelar ibu. Semakin hari semakin mudah untuk aku uruskan An-Nasaie walaupun berpantang tanpa umi (jeles dgn kak long sebab berpeluang dijaga arwah umi semasa lahirkan Darwisy dulu). 

Hari ni jugak hari pertama aku mandikan anak sendiri. Sebelum ni tok wan yang datang setiap pagi tolong mandikan An-Nasaie. Alhamdulillah, it went well. 

Mungkin kerana semakin hari semakin aku kenal dengan kerenah anak ini. Mula-mula tu susah jugak nak masuk dalam jadual dia. Lama-lama macam dah biasa. 

Hari ni jugak dah 3 hari suami kembali bekerja di Nilai. 3,4 hari sebelum dia kembali ke Nilai, aku asyik nangis je. Takut tak kuat tanpa dia. Tapi alhamdulillah, Allah ada. Sentiasa mempermudahkan urusan aku. 

Mr. Polaris dah siap-siap bersihkan ikan dan belut, perap dan pekkan dalam aluminium foil untuk 2x makan each. Senang nanti aku thaw je sekejap sebelum bakar dalam magic pan. Bertuahnya aku dianugerahkan suami sebaik dia... 

Lambatnya nak tunggu belas-belas haribulan. Mr. Polaris janji nak balik bila sampai masa nak kena bawa anak ke klinik untuk check up sebulan. 

Banyak sebenarnya aku nak cerita. Cerita bersalin, dugaan ditahan di wad 2 malam kerana baby kena monitor for jaundice, pengalaman berpantang dan uruskan anak dan tak lupa review tentang set bersalin Tropical Herbs yang super duper best, Eve Love Flexi Brestpump yang baru sampai tadi dan aku tak sempat guna lagi ni dll.

 Nanti aku dah boleh uruskan masa aku dengan si imam muda ni, aku update lagi ye... 

No comments: