.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, January 14, 2014

Overdue

Hari ni dah 14 Januari. It has been 3 days since the expected due date. Ingatkan baby tak nak keluar lagi sebab nak keluar hari ni. Nak share birthdate dengan cik su dia yang lahir di hari maulidurrasul. Tapi still takde pape tanda lagi. Baby still lagi nak stay dalam hotel mommy. Tak nak check out lagi. 

Ayah dah 3 hari cuti. Nasib baik minggu ni Negeri Sembilan ada 3 hari cuti umum. Jimat la cuti ayah. Apply sikit je unpaid leave. Cuti tanpa rekod kalau isteri bersalin, akan dapat 3 hari nanti. Tapi isteri tak bersalin2 pun lagi. 

Mommy, dari cuak, jadi excited, dah jadi macam stress tunggu bila nak merasa tanda-tanda nak bersalin. Amboi mommy, sabar sikit boleh tak??? Tunggu  beberapa hari je pun lagi... Orang lain yang tunggu nak pregnant tu, lagi la banyak sabar. Tunggu nak pregnantkan si anak dalam perut ni pun makan masa setahun lebih. Takkan la nak tunggu si anak keluar, tak leh sabar.... 

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas, Fahri." 

Wah! Tetiba masuk filem cinta Indon... 

Takpe la anak. Mak dan ayah sabar tunggu kamu. Walaupun tiap hari dok tatap gambar dan video 4D kamu... Semoga Allah permudahkan segala urusan melahirkan dan membesarkan kamu. Jadi pejuang agama ye, nanti. InsyaAllah... 

No comments: