.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 24, 2014

2 hari lagi!!!!

Weehoo! Lagi dua hari, Nasaie akan genap 40 hari. Maknanya lagi 2 hari akan tamat la tempoh berpantang aku. Tapi in certain things, kena pantang 100 hari... Pantang ais, air kelapa, air tebu, seafood, layan hubby ehem ehem... 100 hari ye... Haha! Pejam mata je la tengok makanan kegemaran aku tu. Dah la sepanjang mengandung, punya la terliur kat air tebu... Sabar je la... Mujur la di akhir kehamilan dah selamat minum air kelapa, aku bantai minum hari-hari. Sebab tu kot senang bersalin dan kulit Nasaie pun bersih je... Wallahuallam. 

Pengalaman menjadi ibu sepanjang 38 hati ni? Priceless. Takde perkataan kalau nak describe. Syukur pada Allah tiap masa.... 

Tido? Betullah kata orang, time takde anak, tido la puas-puas. Dah ada anak, you wont need the alarm clock. Tido sangat sedikit. Tapi insyaAllah, cukup. Terjaga every 2 hours tu normal. Dan aku pulak jenis jakun dapat anak tak hilang lagi, aku bukan boleh tido bila anak dah lena balik lepas kenyang menyusu. Asik la dok tenung wajah tenang anak tido sampai hilang rasa ngantuk. Rasanya lepas sebulan ni je kot aku cepat sikit lena. Kalau sebelum ni, masa kita dah mengantuk tu la anak bangun nak susu, tukar lampin. Bila dah settle kan anak, ngantuk dah hilang time tu. Maka terkebil-kebil la layan phone sambil surf internet. Sekarang ni, anak tido, aku tido. 

Lagi sebulan nak kerja. Bestnya jadi housewife tapi gaji jalan cam biasa. Haha! Berangan itu best oi! Hujung minggu ni dah nak balik Labu. Pheww! Takut sebenarnya nak menjalani hidup bertiga dengan anak dan suami. Takut aku tak mampu menggalas tanggungjawab. Kalau kat kampung, Nasaie berak, boleh mintak tolong adik aku salinkan diapers. Nasaie nangis nak dukung, adik2 aku willingly to dukung and bawak jalan-jalan. Tok bah pun rajin layan cucu. Nanti takde dah la camtu. Aku kena hadapi realiti hidup bersama anak dengan suami je. 

Cuma dua minggu pertama ni, adik ipar aku akan datang teman. Another 2 weeks tu, pandai-pandai la. Driving skills yang dah berkarat sebab dah 2 tahun tak drive pun belum sharpen lagi. Minggu depan jugak la baru boleh start. 2 tahun dalam Tioman, 3,4 kali je aku drive. Dah la sekolah jauh... One hour journey. Sekolah pulak aktif beraktiviti setiap petang. Pukul berapa la aku sampai rumah nanti. Mesti rindu anak... Sobs... 

Nasaie. He is a morning person. Dia akan bangun sebelum subuh. Mood dia paling cantik pagi-pagi. Sebulan umurnya, dia dah pandai senyum bila diagah. Wahhh, melting hati ibu tengok anak teruna senyum manis tau... Lagi-lagi lepas dah salin pampers. macam say tq gitu.. Hilang penat, hilang gundah. Dia jugak dah mula bunyi-bunyi bila diagah. Nangis pun dah ada bunyi yang agak-agak kedengaran macam 'Buuuu...', 'Maaaa....', 'Enggekk...' Apa-apa je la anak. Ibu suka je dengar. 

Apapun, suami adalah orang paling penting. Kalau boleh, pastikan dia ada setiap hari bersama kita dalam tempoh berpantang. Tapi aku xdpt la. Hubby kerja jauh. Aku pulak pantang kat kg.

Hmm, itu je la dulu kot update tentang Nasaie. Dah ada anak, macam susah nak berblog. Anak mencuri sepenuh perhatian. Hehe. Till then.