Saturday, March 29, 2014

Lusa

Errr, ye... memang takut menunggu tibanya hari lusa... 

Lusa, 31 Mac 2014, Isnin. Aku bakal mula bekerja kembali selepas bercuti 4 bulan setengah. Untung giler kan cuti bersalin bersambung dengan cuti akhir tahun. Kalau kerja pun, memang dah tak larat dah nak ke sekolah bila dah masuk 8 bulan. 

Tapi bezanya sekarang, aku bakal mula bekerja di sekolah baru di Port Dickson dan terpaksa memandu sendiri setelah 2 tahun cuma berjalan kaki ke sekolah. Alah, dah kuarters dalam kawasan sekolah... 50 langkah dari kuarters pun dah sampai bangunan sekolah. Hehe... Kali ni, terpaksa memandu hampir sejam ke sekolah. Huuuu! Jauhhhh! Sian An Nasaie lambat dapat jumpa ibu petang.... Dah la pukul 6 pagi dah kena hantar Nasaie ke baby sitter... Sian anak ibuuu! 

Dan bezanya sekarang jugak, kami kini dah sebumbung. Alhamdulillah. Allah takkan membebankan seseorang itu dengan beban yang tak mampu ditanggungnya. Dan tempoh PJJ kami berakhir sampai akhir November 2013 sahaja. Alhamdulillah.... 

Hmm, setelah hampir 2 tahun jugak tak drive, seminggu ni Mr. Polaris paksa aku drive bila kitorang outing. Sanggup tu pujuk Nasaie jangan nangis masa ibu drive.... Nasib baik driving skills ok lagi. Cuma dah tak setajam dulu. Dah kurang alert sebab lama sangat tak drive. Takpe la, slow-slow... 

Doakan semuanya berjalan lancar ye... 

Saturday, March 15, 2014

I am going with the flow....

Pheww, lama gila tak update blog. Gini rupanya ada anak... Hehe.... Bahagia, alhamdulillah.

Alhamdulillah, semalam genaplah 2 tahun usia rumahtangga kami. Semoga rumahtangga yang terbina ini kekal hingga syurga insyaALLAH. Dia suami terbaik pelengkap hidup aku. Alhamdulillah, dulu berdua, kini bertiga dengan hadirnya Muhammad Khalish An Nasaie. Bahagia, tersangat bahagia, alhamdulillah. 

Sambutan sempena anniversary? Hmm, takde... Nasib la kan sambut anni time bini pantang 100 hari pun tak abes lagi. Haha! Ops~ Hehe! Takde la, sejak ada anak ni, memang takde chance langsung nak peram-peram tido lepas subuh. Instead Nasaie bangun awal giler. Around 5 a.m tu, kalau dia nangis, bagi susu pun tolak. Pastu bila kita tegur-tegur, dia senyum manis siap bunyi suar bercerita dengan kita, kena la ibu dan ayah bangun, salinkan pampers dia dan bawak keluar ke  ruang tamu. 5.30 a.m, bukak tv bagi dia dengar Indahnya Iman, memang cantik menarik tertarik kau memang de bomb la mood dia!

Ibu pulak, dah bangun pukul 5 a.m, ingat ada masa nak take a nap siang hari? Nehi! Nehi! Takde masa okeh. Bertemu balik bantal lepas isyak. Pergh, baru tau punya la nikmat tido. Hehe... Nasib baik penyakit susah nak tido malam yang aku alami masa dalam pantang dulu serta merta hilang by the time aku jejak kaki dalam rumah kami di Labu about 2 weeks ago. 

NASAIE DAN TIDURNYA
Masa dalam pantang di kampung, punya la aku stress takut tak reti handle anak sorang-sorang di sini. Memang stress yang amat. Tuhan je yang tahu. Tapi alhamdulillah, ALLAH sentiasa permudahkan urusan hambaNya, segalanya berjalan lancar. Seminggu pertama tu memang tak lancar sangat pun. Adat la kan baru nak merasa pengalaman jaga anak sulung sendiri. Nasib baik ada adik ipar yang kami bawa dari kampung untuk gilir-gilir pegang Nasaie dalam kereta masa nak balik ke sini. Tapi esok, adik ipar dah nak balik dahhh. Huhu... 

Ok, masa mula-mula tu agak kelam kabut jugak la aku tak reti bila masa nak kemas rumah, nak masak, nak mandi dengan Nasaie yang cuma tido tak sampai 5 minit di siang hari. Masa tu aku dah stress jugak la pikir, yang Nasaie ni belum lagi undergo bottle training. Dengan dia yang tak tido tak sampai 3 minit di siang hari, bila masa aku nak buat stok EBM ni... 

2,3 hari kemudian, aku ajak suami beli buai. Mana tau kan dia nak tido dalam buai. Sebab kat rumah aku, Nasaie ada jugak tido dalam buai dan agak lama la. Cuma yang biasanya jaga Nasaie tido dalam buai adalah adik-adik aku. Nina, Iman, Aleya. Aku tak pernah pun. Sebab time tu la aku mandi, rehat dan sebagainya. Tapiiiiii, pun sama. Tido dalam buai pun tak sampai 5 minit. Aku bagi susu, dia terlena. Letak dalam buai. Then dia terjaga. Begitu jugak bila aku dan adik ipar try riba dia masa dia tido. Pun dia terjaga tak sampai 5 minit. Tapi dia memang mengantuk sangat dah. Lepas tu, tak sampai setengah jam, dia menangis mintak susu dan nak tido. Tapi tetap lah begitu endingnya.  

So, bila aku nak masak or mandi, adik ipar aku tu la yang tolong pegangkan Nasaie. 

Tapi, one day, di usianya 53 hari, which is 4 hari lepas, baru aku tahu yang dia selesa tido meniarap. Pehhh! Tepuk dahi emak tau!!!! Memang sebelum ni aku tahu dan biasa tidokan Nasaie dengan meniarap di dada aku sama ada aku dalam kedudukan baring atau duduk. Tapi bila dia dah lena, aku tiarapkan dia, dia tersedar balik. Rupanya salah aku sebab aku alaskan bantal di dada dia. Rupanya dia nak meniarap camtu saja atas tilam. Kali pertama aku tiarapkan masa dia tido, dia tido sejam okeh! Kagum mak! Masa tu aku terus pergi mandi lepas tidokan dia. Then sebelum keluar bilik air, aku dah terfikir, mesti by the time aku keluar bilik air ni, adik ipar aku tengah riba Nasaie. Tapi takde bunyi dia nangis pun. Lepas siap-siap semua, aku keluar bilik, terkagum tengok anak teruna best lagi tido.  Rasa nak lompat bintang 50x. Tapi rasa je la... Mampos turun balik uterus aku kalau aku lompat betul-betul. Haha! 

Then, baru la aku boleh kemas rumah, masak, pam susu di kala dia tido. Tapi kena selalu monitor takut-takut hidung dia tertutup. Tapi setakat ni aku perhatikan yang dia pandai sendiri cari posisi yang membolehkan dia bernafas dengan selesa. Dan kena make sure, tilam dia tak gebu sangat dan tanpa kain, selimut atau bantal yang mana semua tu membahayakan dia. 

Tapi nasib baik, malam elok je dia tidur secara terlentang dengan aku. Maybe sebab ada mak kat sebelah kot. Tu yang dia tak gayat. Tapi kalau tidur terlentang, aku letak bantal kiri kanan la..... 

BOTTLE TRAINING

Ok, kita masuk topik latihan botol pulak. Aku selalu teringat bacaan aku di nurulism.com yang mana Chika mengatakan breastfeeding things ni sesuatu yang mengemosionalkan bila kita berhadapan dengan situasi tak cukup susu, terpaksa bagi anak susu formula dan terpaksa bagi anak botol instead of direct breastfeeding sebab cuma ibu saja yang dapat merasakan betapa kuatnya bonding antara ibu dan anak semasa proses penyusuan secara terus. 

Apatah lagi ada segelintir ahli keluarga yang lebih veteran berterusan menggesa aku untuk ajarkan anak minum formula milk walaupun dah banyak kali aku cakap aku nak fully breastfeed Nasaie. Masa tu, kecik hati tak yah cakap la. Macam geram pulak mereka tak faham niat aku. Ecewahh! Maka, aku beli la susu Dulac Dugro tin kecik dan bagi Nasaie minum dalam botol Pureen bodoh-bodoh tu. Meraung anak aku, langsung tak nak telan susu tu. Tu belum masuk bab susu menjejeh keluar dari tepi mulut dia. Masa tu rasa nak nangis pun ada. 

Then bila tanya kawan2 yang bagi botol dekat anak mereka, mereka recommend botol susu Avent. Aku pun ada jugak la baca-baca tentang anti-colic la, peristaltic la.. Then decide nak try botol susu Avent. Dah order dah dengan kawan. Tapi hari tu, nasib baik aku pergi ke kedai baby Kiddie Garden, Seremban 2, then mereka explain la tentang botol dan teat ni. Tapi aku tak beli pun kat kedai dia sebab kebetulan abis stok. Macam-macam jenama botol susu yang ada. MAM, NUK, Tommee Tippee, First Flow la... Mujur jugak 2 kali aku pergi kedai tu, langsung tak sempat nak beli sebab Nasaie meragam nak susu walaupun dah bagi susu dalam kereta. Aku sua botol Pureen tu, lagi la kuat dia nangis. Terpaksa la balik je. 

Tapi ada hikmah rupanya sebab bila balik rumah, aku survey lagi tentang botol susu, aku tertarik nak cuba botol susu Peritaltic Plus Pigeon. Then, beli di Baby World tepi Giant Nilai tu. Dannnnn, tadaaaaa! Nasaie minum dengan jayanya. Takde susu menjejeh keluar ke apa... Sebab botol tu, kalau baby tak hisap, susu tak keluar kekdahnya. Macam breast ibu. So, settle la kiranya tentang bottle training Nasaie... 

UPDATE HARI NI

Hari ni duduk berdua je dengan Nasaie. Mr. Polaris cuti sebab bawakkan mertua dan adik ipar ke majils apa tah adik ipar kau yang tengah training askar di PD tu. Majlis habis latihan kot. Mertua sampai hari Rabu lagi. Esok malam mereka akan berangkat balik. Sunyi lagi la Nasaie... 

Aku pulak, bila ada mertua ni, kalut dok pikir  nak masak apa. Hehe... Tu la, kalau balik rumah mertua, pemalas yang rabbi nak menolong kat dapur. Haha! Baru tau lepas tu menggagau tanya Mr. Polaris mertua aku makan lauk cane. Nasib baik tak cerewet. Senang hati menantu hantu ni... 

Malam tadi aku tolong mertua buatkan nasik minyak gulai ayam untuk makan hari ni. Bukan nak celebrate anniversary kitorang ye. Jangan nak perasan. Hehe... Mak mertua buatkan special on request dari anak teruna yang tengah training askar tu. 6 bulan setengah tak jumpa family, macam-macam direquestnya. Nak air bikarbonat la, nak nasik minyak la, tu pun nasib tak sempat nak buat kuih yang dia request. Hehe. Lawak pulak adik ipar tu. Biasa la orang tak pernah berpisah dengan family. Padahal next week rasanya dia dah boleh balik kampung dah sebelum report for duty next 2 weeks. Takpe la, layankan aje... 

Okeh la, sekian saje dulu update tentang weols. Macamkan ada orang nak baca sangat la... 

Ehh! Alaaaaa.... Lupa nak update cerita tentang trip Nasaie ke Tioman. Kemahen anak teruna aku, baru 50 hari dah travel ke pulau..... Takpe la, next entry okey. 

Sekian, wassalam.