.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, March 29, 2014

Lusa

Errr, ye... memang takut menunggu tibanya hari lusa... 

Lusa, 31 Mac 2014, Isnin. Aku bakal mula bekerja kembali selepas bercuti 4 bulan setengah. Untung giler kan cuti bersalin bersambung dengan cuti akhir tahun. Kalau kerja pun, memang dah tak larat dah nak ke sekolah bila dah masuk 8 bulan. 

Tapi bezanya sekarang, aku bakal mula bekerja di sekolah baru di Port Dickson dan terpaksa memandu sendiri setelah 2 tahun cuma berjalan kaki ke sekolah. Alah, dah kuarters dalam kawasan sekolah... 50 langkah dari kuarters pun dah sampai bangunan sekolah. Hehe... Kali ni, terpaksa memandu hampir sejam ke sekolah. Huuuu! Jauhhhh! Sian An Nasaie lambat dapat jumpa ibu petang.... Dah la pukul 6 pagi dah kena hantar Nasaie ke baby sitter... Sian anak ibuuu! 

Dan bezanya sekarang jugak, kami kini dah sebumbung. Alhamdulillah. Allah takkan membebankan seseorang itu dengan beban yang tak mampu ditanggungnya. Dan tempoh PJJ kami berakhir sampai akhir November 2013 sahaja. Alhamdulillah.... 

Hmm, setelah hampir 2 tahun jugak tak drive, seminggu ni Mr. Polaris paksa aku drive bila kitorang outing. Sanggup tu pujuk Nasaie jangan nangis masa ibu drive.... Nasib baik driving skills ok lagi. Cuma dah tak setajam dulu. Dah kurang alert sebab lama sangat tak drive. Takpe la, slow-slow... 

Doakan semuanya berjalan lancar ye... 

No comments: