.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, April 23, 2014

Di hari ke 97

Hari ni Nasaie demam. Dan aku cuti. Ini pertama kali dia demam semenjak melihat dunia 97 hari lepas. Alhamdulillah, menjaga dia memang senang. 

Patut la malam tadi merengek je. Sepatutnya dia tidur pukul 7.30 malam. Tapi 8.30 pun merengek lagi. Terlelap sekejap, tersedar. Bagi susu tak mau. Lepas tu pun asyik tersedar je. Rupanya dia tak selesa sebab nak selsema. Pukul 5 pagi tadi baru ibu perasan dia demam. Hidung pun dah selsema. Patutlah... Bila cek suhu 36.8... Demam la kan... Hmm, semoga anak ibu cepat sembuh. Amin.