.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 19, 2014

JTX Airtracker - Penyelamat duit minyak kereta anda!

PUTRAJAYA 17 Mei - Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan terhadap alat penjimat minyak kenderaan begitu tinggi di pasaran.

Ini kerana enjin yang menggunakan petrol secara efisien dapat menjimatkan wang setiap kali mengisi minyak.

JTX Airtracker merupakan produk penjimatan minyak terbaharu di pasaran yang berfungsi menjadikan enjin kenderaan melakukan proses pembakaran lengkap, sekali gus menjimatkan minyak serta mengurangkan pelepasan karbon monoksida dan karbon dioksida yang membahayakan alam sekitar.

Menariknya, berbanding produk penjimatan petrol lain yang menggunakan minyak atau magnet, ciptaan JTX Airtacker yang dimiliki syarikat tempatan, Hai-O Enterprise merupakan pelekat yang ditampal di atas penapis udara kenderaan.

Perunding produk tersebut, Dr. Muhammad Saleh Kamaruddin berkata, pelekat itu akan menukar molekul udara menjadi molekul yang sangat halus bagi mengoptimumkan proses pembakaran petrol oleh enjin kenderaan.

“Dengan itu, enapan karbon di dalam enjin dan pelepasan karbon monoksida daripada ekzos dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan prestasi dan memanjangkan hayat enjin kenderaan.

“Berdasarkan ujian yang dibuat, JTX Airtracker memberikan penjimatan minyak sehingga 30 peratus dan mengurangkan pelepasan karbon monoksida sebanyak 87 peratus selepas 150 minit digunakan. Ekzos juga lebih tidak panas dan boleh dipegang kerana peralatan itu akan mengeluarkan hidrokarbon," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Muhammad Saleh, kenderaan dengan kapasiti enjin di bawah 1,600cc perlu menggunakan tiga keping pelekat JTX Airtracker, 3,000cc ke bawah (enam keping) dan melebihi 3,000cc (sembilan keping).

“Pelekat ini mempunyai jangka hayat selama dua tahun selepas dipasang. Walaupun harga satu set JTX Airtracker yang mempunyai tiga keping pelekat ialah RM296, pengguna akan mendapat penjimatan petrol sehingga RM4,380 dalam tempoh tersebut.

“Sekiranya isi petrol RM20 sehari, JTX Airtracker menjimatkan 30 peratus atau RM6 sehari. Ini bermakna, dalam tempoh dua tahun, jumlah penjimatan adalah RM4,380. Pengguna hanya membelanjakan tambahan 35 sen sehari bagi setiap isian petrol RM20 dengan JTX Airtracker," katanya.

Beliau berkata, produk JTX Airtracker yang dicipta oleh sekumpulan saintis dari dalam dan luar negara pernah memenangi pingat emas bagi kategori alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013).

“Pada masa itu, nama ciptaan itu ialah Pro Green. Selepas dipatenkan, namanya ditukar kepada JTX Airtracker," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140518/dn_29/JTX-Airtracker-jimat-minyak-pelihara-alam-sekitar#ixzz328RHT44I 


Untuk keterangan lanjut, boleh ke blog DDM Ridhuan Che Rus

Berminat mendapatkan JTX Airtracker dengan harga special, boleh hubungi:

Izyan 0139943935
Nazri 0132189433

Saturday, May 17, 2014

Kelebihan Mineral Coffee

Tahukah anda bahawa Mineral Coffee adalah satu-satunya kopi di pasaran dan di dunia yang mengandungi garam buluh? Garam buluh yang digunakan merupakan garam yang berkualiti tinggi yang diimport oleh syarikat KAEAM Trading di Korea- satu-satunya syarikat yang diiktiraf kerajaan Korea untuk mengeluarkan garam buluh bermutu tinggi.


Elemen Magnesium di dalam garam sangat penting untuk penyerapan kalsium dan menjaga kesihatan jantung. Apabila kalsium diserap dengan baik dan tekanan darah dapat distabilkan, badan kita dapat berada di dalam keadaan tenang.


Paling menarik bagi mineral coffee ini ialah unsur CHLOROGENIC ACID yang tinggi di dalamnya. Ia adalah sejenis protein yang dapat menghalang penyerapan gula dalam darah. Chlorogenic acid ini yang MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN. Inilah keunikan mineral coffee dibandingkan dengan kopi sachet atau 3 in 1 yang di dalam pasaran di mana Mineral Coffee bersifat ANTI-OBESITI.




Kelebihan Mineral Coffee yang lain:


  1. Kaya dengan anti-pengoksidaan
  2. Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium
  3. Hilangkan keletihan fizikal dan mental
  4. Melegakan tekanan

Mineral coffee sesuai untuk:


1. Pesakit darah tinggi - membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Ini dikongsikan oleh seorang pesakit darah tinggi yang menyemak tekanan darah beliau sebelum dan seminggu selepas minum mineral coffee. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.


2. Pesakit imsomnia - kebiasaannya pesakit imsomnia ini antara lain masalahnya ialah kerana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.


3. Pesakit migrain - pada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.


4. Pesakit kencing manis - Garam Buluh tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi. Pesakit juga harus mengambilkira segi nasihat doktor.


5. Pesakit yang mempunyai HB rendah - Contohnya ibu mengandung yang mempunyai HB yang rendah boleh cuba minum mineral coffee. Magnesium di dalam mineral coffee juga boleh meningkatkan jumlah darah ke paras yang sihat.




Setengah orang tak suka dengan garam buluh dengan baunya yang kurang enak.. So ni adalah alternatifnya.. Minum kopi sambil tu boleh jaga kesihatan diri..

Tuesday, May 13, 2014

Rawatan klinik kanak-kanak pertama Nasaie

Malam tadi bawa Nasaie ke klinik pakar kanak-kanak di Seremban. Niatnya nak bawa ke klinik Dr.Bee yang famous tu, tapi tutup pukul 4.30 petang la pulak.... 

Then google lagi dan jumpa klinik Dato Dr. Dhillon. Boleh la... Sebabnya Nasaie dah selsema 2 minggu lebih. Pastu batuk dah seminggu kot. Then semalam ada cikgu cakap, jangan biar anak selsema lama-lama takut nanti paru-paru kena jangkitan kuman. 

Allah! My bad... I thought baby tak payah bagi ubat kalau batuk n selsema. Cukup dengan susu ibu je. Maklum la, first time being a mother.  Then, terus bagitau Mr. Polaris nak bawak ke klinik malam tu jugak. 

Dr. Dhillon baik sangat. Dia pun terkejut bila aku cakap Nasaie dah selsema 2 minggu. But alhamdulillah, bila dia cek, nothing serious. Bila dia baringkan Nasaie atas bed Angry Bird merah tu, Nasaie senyum-senyum je bila Doc bukak baju dia. Agaknya dia fikir time to take bath kot... Hehe.. 

Then, bila Doc bagi pegang jari dia, terus Nasaie gengam and cuba bangun... 

"Wow, kuat!" Puji Doc. 

Lepas tu, timbang berat. 7kg! Naik 500gm dari 3 minggu lepas. No wonder semalam baby sitter cakap rasa berat sikit dukung Nasaie. Alhamdulillah, berkat  fully breastfeeding. Semoga production susu sentiasa cukup untuk keperluan Nasaie. Amin.